Percaya

Bismillahirrahmanirrahim


أَشْهَدُ أَن لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ الل

“Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang sebenarnya melainkan Allah, dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu utusan Allah”.

saban hari kita mengucapkannya dalam solat 5 waktu. inilah lafaz yang paling sesuai bagi menjelaskan tuntutan iman dan islam. setiap pengakuan hendaklah didahului dengan kepercayaan, dan setiap kepercayaan hendaklah didahului dengan pengetahuan dan ilmu. jika tidak,pengakuan dan kepercayaan itu suatu pembohongan.

percaya tak pada Allah?
percaya
percaya Rasulullah?
percaya

semua percaya kalau ditanya soalan macam ni. jawapan semua sama. tapi kepercayaan tu kat mana? di hati atau di bibir semata?
 re-check balik diri kita. kepercayaan kita setakat mana?

andai kata kita dicampakkan di satu lubang besar. kosong. gelap. senyi sepi. apakah kepercayaan kita masih utuh?
andai diberi ujian, Allah tarik insan-insan yang kita sayang, insan yang rapat dengan kita. apakah kita masih percayakan qada' dan qadar Allah?
andai kata kita sering dihina, di caci maki, dibenci seluruh dunia. adakah kita masih percaya Allah masih bersama kita? Allah sayangkan hambaNya?

cakap memang senang. ya. saya percaya. cuba letakkan diri kamu dalam situasi2 genting macam tu. pertimbangan kamu apa? iman masih goyahkah?

terbaca satu artikel daripada 'whatssapp'. bekas pelajar sebuat institusi islam di malaysia*tak ingat kat mana* kejadian berlaku lebih 10 tahun yang lepas. dia ni seorang ustazah. dah kahwin dah tapi malangnya telah bercerai akibat sering di dera sang suami. dalam keadaan yang lemah dan hilang tempat pergantungan, datang seorang makhluk ni beragama kristian menghulurkan bantuan. segala makan pakai wanita ini dijaga. sambil2 itu, dia bercerita tentang agamanya. akibat tidak lagi percayakan takdir Allah terhadap ujian yang di timpa ke atasnya, wanita tadi mengambil keputusan bertukar agama. dari Islam kepada Cristian. Allahuakbar. senipis kulit bawang imannya. dan semudah abc dia menukarkan agamanya. hilang segala ilmu dan kepercayaan yang dimiliki dan dipegang selama ini hanya kerana sekecil ujian yang Allah timpakan. wanita berkenaan berkahwin dengan lelaki yang membantunya selama ini dan berpindah hidup ke US. sekarang menjadi salah satu duta bantuan dalam agama baru yang dianutinya.

hilang sudah kepercayaan terhadap agama Allah. astaghfirullah. moga kita dijauhkan daripada kejadian seperti ini.

macam mana nak renew iman kita? nak letakkan Allah dihati kita?
banyakkan membaca kitab cintaNya, al-Quran. baca pulak jangan men hentam je. tak faham apa. kalau boleh, carilah yang ada tafsir. banyak dah yang jual ada tafsir sekarang. memudahkan mereka yang membaca memahami isi-isi dan kata-kata Allah. fahami maksud yang nak Allah sampaikan.
banyakkan berzikir muhasabah diri.
insyaAllah Allah jaga iman kita.

nasihat buat kalian dan diri ini juga yang sering lalai.
semoga bermanfaat dan selamat beramal

No comments:

Post a Comment