Sahabat Sampai Syurga?

Dairi di tangannya digenggam erat lalu di bawa ke dadanya. Pandangannya dilempar jauh ke tengah lautan. Terasa angin lembut membelai wajahnya. Bibirnya sentiasa basah dengan zikrullah. Subhanallah, Allahuakbar, Alhamdulillah, Lailahaillah.

Terasa tenang sebentar hatinya yang gundah. Sebuah keluhan dilepaskan.Berat.Entah mengapa sejak kebelakangan ini hatinya sering saja di uji dengan permainan dunia.Batinnya kadang-kadang terasa seperti diseksa. Lantas zikrullah menjadi peneman bicara. Benarlah ‘Sesunguhnya dengan mengingati Allah itu hati akan menjadi tenang’.

Dia tunduk merenung pasir halus dikakinya, lantas digenggam dan di biarkan habis di tiup angin di telapak tangannya. Hatinya merintih ‘tak semua benda kekal kat atas dunia ini melainkan Allah. Allahuakbar.’ Air mata kini menjadi peneman setia si gadis yang kepiluan.Teresak-esak di bawah pokok rendang itu. Bagai ingin melepaskan semua bebanan yang ditanggung, lantas mutiara jernih itu melegakannya. Dia merapatkan lututyna ke dada ,menutup wajahnya ke bawah di alas dengan kedua lengannya. Terhinggut-hinggut bahunya menangis.Terasa seperti ada yang menyentuh bahu kanannya, lantas wajahnya diangkat melihat gerangan yang menyapa.

“Jannah, bukankah aku ada,sahabat?” suara itu menegur.

“Humaira” lantas sahabatnya itu dipeluk erat.Ucapan sahabat yang dituturkanHumaira’ sangat meruntun perasaannya ketika ini. Ya. Dia lupa. Dia masih punya sahabat. Dia tidak sendiri. Seorang sahabat yang sentiasa ada di saatdia rasa lemah keseorangan. ‘Ya Allah, terima kasih kerna kau hantarkan seorang sahabat yang sangat memahami diriku’

“ Sahabatku Nur Jannah,cahaya syurga, cinta itu fitrah sayangku, jangan jadikan ia sebagai fitnah buat dirimu. Tak salah untuk kau jatuh cinta.Sedangkan Rasulullah sendiri pernah jatuh cinta.Cintanya suci buat yang halal baginya, Siti Khadijah.Cintanya berlandaskan cinta kepada sang pencipta. Namun, bagaimana dengan kita? Adakah cinta kita benar berlandaskan syariat islam atau pun hanya sekadar nafsu hati sahaja? Buka mata hatimu sahabat, jangan kau kelabui hatimu dengan cinta yang belum tentu halal buatmu. Jangan lemparkan dirimu ke lembah hina sahabat. Jika Dia boleh memberikanmu cinta, maka Dia juga yang bias menarik cinta itu kembali.”

“Cinta manusia tak pernah kekal Jannah.Tapi ingatlah, Allah tidak pernah sedetik pun meninggalkanmu. Bahkan, Dia sentiasa pula menantimu untuk datang bercinta denganNya. Jikalau cinta, pasti mahu berpimpin tangan menuju syurga kan. Bukan melempar pasangan ke neraka. Muhasabah kembali diri kita sahabat. Aku sahabat kamu. Andai kau jatuh ke neraka sekalipun, aku tetap akan terjun jua menyambutmu agar kita dapat bersama-sama berpimpin tangan menuju syurga.” Dia terpana dengan kata-kata si gadis bertudung labuh disebelahnya itu. Dipandang tepatwajahnya mengharapkan pengertian.

“ kenapa??”

“ kerna aku mencintaimu sahabat. Sahabat sampai syurga?” tangan dihulur untuk berjabat.

Namun pelukan yang dibalas menandakan syukur dikurniakan seseorang seperti Aisya Humaira’

“ ku sayang kamu, sahabat.”
****************************

Aku Rindu TarbiyyahMu

Bismillahirrahmanirrahim
Salam sejahtera ke atas junjungan mulia nabi kita Muhammad s.a.w. dan buat para pembaca sekalian. moga sentiasa di rahmati Allah sentiasa.

LIQA'. atyn rindu liqa'. liqa' bersama sahabat-sahabat, senior-senior yang atyn rindu. apa itu liqa'? kata kak Aisyah, liqa' ni macam halaqah. duduk dlm bulatan, lutut ke lutut dan membicarakan tentang Allah dan Rasulnya. Subhanallah. indah sekali saat itu. first time atyn dpt join bile dpt msok iic. dulu pernah dengar jugak halaqah, usrah tp, tak pernah terdetik pon dlm hati nak tau ap semua tu. Alhamdulillah Allah buka pintu hati untuk mencari ilmu. indah percaturanNya. dalam halaqah, macam-macam yang dapat atyn tahu.. kami tadabbur al-quran. tadabbur ni ialah membaca dan memahami isi al-quran. dr satu surah ke surah yang lain. balik dari liqa', atyn bukak balik al-quran dan tengok balik  surah-surah yang kami bincangkan.. dan subhanallah. Allah beri ketenangan yang tak pernah atyn rasa selama ini. peluk al-quran, air mata dengan mudahnya mengalir mengingati kebesaran Allah... bersama dalam liqa' jua kami berkonsi masalah bersama.. ibarat sebuah keluarga yang baru. saling menghormati, menyayangi dan ambil berat antara satu sama lain. walaupun baru je atyn join, rasa kasih sayang mereka tumpah walaupun baru je bersua muka.

tapi, kita hanya mampu merancang.. Allah jua perancang yang terbaik..atyn terpaksa undur diri dari liqa' kerana terikat dengan peraturan hostel.. masa tak mengizinkan... kini atyn rindu nak share masalah hati dengan sahabat liqa' semua. rindu nak dengar kak Aisyah bercerita tentang kebesaran Allah, kasih sayang nabi. rindu nak nangis dalam pelukan akak. dan kini, hati ini sedang di uji dengan permainan dunia kak.. atyn ingt lg pesan akak.. 'hati kita adalah sesuatu yang sangat mudah dipengaruhi.sangat rapuh untuk dinodai.. peganglah hati kita dengan kalamullah, bentengkan hati kita dengan zikrullah.. jaga hati kerana ia adalah raja buat diri kita.. saat kita rasa hati kita hiba, hina, kembali pada Allah, sebaik-baik penawar'
inshaAllah,, suatu hari nanti atyn nak sampaikan pesan akak kepada semua..

~ALLAH ADALAH SEBAIK-BAIK TEMPAT KAMU UNTUK KEMBALI~

SELAMAT HARI GURU

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979