Cerita Raya?

Bismillahirrahmanirrahim.
sollualannabi.
moga kalian-kalian semua berada dalam rahmat dan kasih sayang Allah hendaknya,, insyaAllah, na cerita apa? atyn pun tak tahu sebenarnya nak taip apa,, tapi tangan ni macam gatal je nak menekan-nekan keyboard yang ade ni.. so, wujudlah entry kali. disebabkan mood semua tengah raye, ramai la yang bercerita tentang raye raya mereka. atyn? tade yang best kot..

cume yang paling atyn suke time hari raya ni, part mintak ampun ngan parents. kami adik beradik ramai,,mulalah keluar segala bagai kesalahan dan air mata,hahaha. nak mintak ampun kan.. dan for the first time dalam hidup atyn, atyn nampak abah mengalirkan air mata. walaupun dia cuba cover, tapi nampak bergenang air mata kat mata abah tu tak bole nak sorok. lagi la sebak time tu. tak pernah-pernah abah macam tu.

and.... atyn paling suka kena peluk ngan parents.haha. yela.. sape yang tak suke kne peluk kan.. dia memang ade masalah lah kalau macam tu..



mereka adalah anugerah terindah hadiah dari Allah yang atyn miliki.

jangan lupe doakan untuk parents korang jugak tau^^


oh! sebelum lupe,, ade lagi cerita *winkwink*
tanggal 15/8/2013... atyn dapat adk sepupu babru.. baby boy..


woah~ atyn sangat suke kiss baby, bau baby sangatlah wangi.. lagi pun ade yg ckp, bau syurga macam bau baby. wangi kan.. hoho.. tak puas kalau na kiss budak kecik macam nih. tapi atyn tak sempat na jumpa si comel ni sebab  dia lahir sehari selepas atyn balik johor.. kita jumpa nanti lah sayang^^..
doakan moga baby ni jadi mujahid Islam yg berjaya. jadi anak yang soleh, syabab harapan ummah. insyaAllah. 


~ Syawal dah Tiba ~


nah! untuk kalian semua yang dikasihi. Salam Aidilfitri.
Alhamdulillah Allah panjangkan umur untuk kita semua menyambut lebaran.
tahun ni for the first time atyn raye kat Johor.. sedey kan cite dye. sebab semua sedara mara kat Kelantan. tak boleh nak balik sebab abah jadi imam time raye nanti. dah tanggungjawab nak buat macam mane kan. redho je lah. takpe2, selagi bersama family, Alhamdulillah, raye pon raye lah.

ni, nak tunjuk video yang terjumpa kat youtube tadi. kesalahan-kesalah di hari raya. dari ustaz kazim elias. ramai tak sedar. meh nak sedarkan.. selamat menonton. ^^




raye2 jugak. t puasa enam jangan lupa taw.. banyak kelebihannya.

Bila Hati Mula Berbicara

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

sebenarnya, atyn jumpa ni kat satu wall fb,, just na share sebab ap yang dikatakan ini benar belaka



Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mendongak megah,
lelaki kami Asadullah, Saifullah,
Tokoh ramai tak terkira,
Kini,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya menunduk lemah,
Tokoh kami sedikit sekali,
Ramainya, boneka Yahudi.
Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya tenang di hati,
Lelaki kami menjaga, melindungi,
Kini,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mahu cabut lari,
Lelaki khianat, perogol bersiri.
Dulu,
Bila seorang wanita teraniaya,
Sepasukan kuda putih membela,
Al-Mu'tasim kebanggaan wanita,
Kini,
Ribuan wanita suci dipenjara,
Fatimah diperkosa minta dibela,
Lelaki tunduk tak bertenaga.
Dulu,
Bila wanita di bawah jagaannya,
Lelaki memagari sehabis daya,
Tiada siapa berani menggoda,
Kini,
Bila wanita di bawah jagaannya,
Lelaki tak kisah auratnya terbuka,
Wanitanya dibiar bebas, binasa.
Dulu,
Lelaki menggadai harta dan nyawa,
Untuk mengangkat kemuliaan agama,
Kini,
Lelaki menggadai ketinggian agama,
Demi nafsu, dunia dan seisinya.
Dulu,
Lelaki bermatian mencipta sejarah,
Kental berjihad, tekun berdakwah,
Kini,
Lelaki hanya menyanjungi sejarah,
Diri bermalasan, tenaga tak dikerah.
Dulu,
Lelaki memperjuangkan deen dan ummah,
Al-Farouq, Zunurain mati terbunuh,
Kini,
Lelaki memperjuangkan diri dan kroninya,
Hingga sanggup membunuh.
Dulu,
Lelaki bersatu menghadapi musuh,
Angkatannya kuat dan teguh,
Kini,
Lelakinya berpuak dan berpecah,
Sesama sendiri saling bertelingkah.
Kembalilah lelakiku,
Pada kelakianmu,
Kami rindukan lelaki dulu,
Acuan Madrasah Rasul.




~ MerekA ~



                                                             Bismillahirrahmanirrahim




lupe nak cerite haritu~~ ape tu?
tu lah kitab cinta atyn n buah hati pengarang jantung atyn time masa lapang atyn..haha
time2 tak dak keje, baru pas kelas ke, dok tunggu bus ke, kawan ke, yang ni lah teman setia atyn,, best se bace 'mereka-mereka' ni. macam-macam dapat tahu taw.
yang bawah kitab cinta tu, buku Khalid Al-Walid, panglima Islam.. nak taw cite dye, beli la..hahaha.. siyes best sangat.. atyn suka gaya penulisan Abdul Latif Talib,penulis novel sejarah islam. ni atara buku, buku dia tulis lah. cara dia tulis maca kita berada pada zama tu tau. rasa macam mana berjuang dengan Rasulullah, berperang menentang orang kafir, macam mana islam tersebar ke seluruh dunia, MasyaAllah, sangat hebat sahabat-sahabat nabi suatu ketika dahulu. lagipun nama khalid tu nama abang atyn..hehehehe.. best jugak name dye.(puji abang sendiri)haha..

korang try la cari kat kedai-kedai buu. murah je, bawah RM 50 je. kompem tak menyesal lepas bace.haha.
tapi yang atas buku tu lagi best. semua kisah ada dalam tu. semua soalan, jawapannya adadlam tu. tinggal kita nak cari ke tak aje. kadang-kadang, baca tafsir dye baru kita tau, oh, macam tu rupanyya, oh, patutlah Allah tetapkan begini, oh, ni semua kisah para nabi dan rasul ada kat dalam ni. ha.. macam-macam kita tau.. jangan dok menonong je bace tak tau maksud nya. dapat tau maksudnya lagi la bagus. at least kita tahu apa yang kita baca kan..
beli tu, jangan tak beli*promote nih*haha

oke lah. tak taw dah nak tulis ape..
btw, lepak ngna diorang nih pon bende paling best..haha.dok ngan diorang asyik na gelak je..otak gile-gile semuanya..
ni lah jadinye, ble dok depan 'mini DSLR' yang bergaye..ble kanak-kanak riang Rebina jumpa kamera. (^0^)
 sahabat ye sayang. sayang korang. love u lillah. saranghea^^





~ encik kacak ^^~

Bismillahirrahmanirrahim. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
selawat dan salam atas rasul junjungan mulia, Muhammad s.a.w. sollualannabi.

awok-awok sihat dop blako??haha.. harap2 sihat sejahtera hendaknya. ^^
en.kacak?? siape tu? tak kenal? tak pe. tak payah kenal pun tak pe..haha. dah tu kenapa tajuk entry dye gempak semacam? gempak ke?(perasan kejap) -,- biasa saja.hee..okeh2 dah. stop merapu.




dear kamu,
sebenarnya atyn tak tau nak tulis apa pasal kamu,
sebab nanty atyn jeles ble ramai yang tau pasal kamu,
tapi atyn tak reti nak simpan bende macam ni lame2 sorang2,
so, sbb tu atyn menulis kat sini,
sorry kalau kamu tak suka,

kamu,
banyak beza antara atyn dengan kamu,
kamu banyak kelebihan,
atyn banyak lagi kekurangan,
kamu,
atyn tau apa yang atyn buat tak betul sebenanye kan,
atyn kalah kalau bab-bab 'feeling' ni,
atyn tak reti nak handle,
itu kelemahan atyn,
tapi atyn aka cuba perbaiki, ikut situasi,^^
im try to be better. pray for me,
kamu,
atyn bukan lah seorang wanita solehah yg kamu cari,
atyn bukan lah seorang wanita yang kamu impi,
atyn bukan lah seorang manusia yang sempurna,
atyn bukanlah mawar berduri yang dipagari
atyn masih lemah imannya,
salahkan atyn impikan kamu menjadi pembimbing suatu hati nanti?
salahkah atyn mencari seorang mujahid Islam?
salahkah atyn menjadi timba yg mencari perigi?

kamu,
terkadang atyn rasa bersalah,
rasa malu sangat,
apa yang atyn buat pun kdg2 atyn tak tahu,
boleh tak kalau atyn cakap,
semua yang berlaku ini, Allah dah takdirkan
Allah dah tulis dan aturkan?

kamu,
andai suatu hari nanti,
kamu di takdirkan untuk atyn,
atyn mohon,
terima kekurangan atyn,
maafkan apa yang terjadi selama ini,

kamu,
kita sama-sama nak ke Jannah kan,
ingatkan atyn andai terlupa,
tunjukkan jalan andai terleka,
tegurlah andai terlalai,
atyn manusia biasa,
yang masih mengharap,
redha Allah,
dan masih mencari-cari jalan,
menuju kesempurnaan,
kerana kita tak akan pernah sempurna,
andai kita berhenti mencuba,

kamu,awak yang kacak lagi bergaya ^^




~ Ramadhan ~

Bismillahirrahmanirrahim. selawat dan salam atas junjungan mulia, Muhammad s.a.aw. sollualannabi.
hyep kalian-kalian, kamu-kamu, awak-awak sekalian. thanks for sudi bace my blog (ade yang bace ke? o_0)haha. tak kisah la kan.. mana yang baik tu datangnya dari Allah jua dan ambil lah sebagai panduan hidup. yang buruk tu datangnya dari atyn sendiri dan tegurlah jika ada silap dan salah ye.
lame rasenyer atyn tak update blog ni.. Alhandulillah, umur Allah panjangkan lagi, maka wujudlah entry pada kali ni..hehehe. ni pon dah nak akhir Ramadhan baru sempat nak di updatekan. tak pe lah kan.. daripada tak ade kan.kan.kan.. ~~
acaner Ramadhan korang? makin bertambah tak keimanannya?harap-harap begitulah ye. bagi atyn, Ramadhan kali ini sangat lah rase kelainannya. ape yang lain tu? adelah ^^. sangat bermakna kali ni. ni Ramadhan da nak pergi, rase sedih tu tetap ada.. masih sempatkah lagi untuk kita jumpa Ramadhan seterusnya? sekali setahun je. moga Allah panjangkan umur. insyaAllah.

a couple weeks ago, still dalam bulan Ramadhan, ada sorang lecturer atyn ni bercerita tentang malam lailatul qadr, malam yang lebih baik dari seribu bulan.. brape tahun tu? 84 tahun, brape bulan(x ingat) sir yang cakap la..hee.. cuba korang bayangkan.. andai kata kita ditemukan dengan malam yang tu tu, Masyallah, seolah-olah kita beribadat sepanjang hidup kita, tanpa makan, minum, rehat, tidur. setiap masa, setiap saat hanya beribadat kepada Allah. kalau nak di kira dengan hari-hari yang lain, kita makan je dah hampir 20 tahun, tak campur ngan tidur la, kerja la,, macam-macam lagi.
Allah bagi kita peluang untuk rebut pahala dalam masa sebulan ni. dikhususkan lagi, beruntung bagi mereka yang menemui lailatul qadr, bile tu? di 10 malam terakhir, dispecifickan lagi, di malam-malam ganjil. Allah dah bagi klu dah. banyak pulak tu.tinggal kita je mencari antara nak ke idok.
~Subhanallah~

oke. berbalik kepada cerita sir atyn tadi.. macam ni ceritanya......(situasi:dalam kelas math,di bulan Ramadhan)
" hari ni saya nak kongsikan sedikit tentang malam lailatul qadr. sape tahu ape itu malam lailatul qadr? semuatahu kan. (semua angguk) Alahamdulillah. malam yang lebih baik dari seribu bulan.betul?  (semua angguk) saya nak cerita sedikit tentang pngalaman saya mencari malam lailatul qadr ni. boleh? (semua angguk).oke. ceritanya macam ni, saya mula mengenali malam itu melalui ibu saya. masa tu umur saya baru 12 tahun. time tu rasa semangat sangat nak cari malam yang satu tu selepas dengar cerita-certa dari ibu saya. setiap tahn di bulan ramadhan, di 10 malam terakhir, saya mesti bangun malam. nak cari lailatul qadr kan. tak jumpa-jumpa jugak. tau tak petanda dia ap? pokok rukuk kan, malam tu rasa tenang, sejuk je. kalau keesokan harinya, cuaca pun tenang je. nampak matahari, tapi tak rasa panasnya, tu petanda berlakunya  lailatul qadr pada malam tersebut.oke. saya tak juga berjumpa dengan malam yang satu tu. tapi saya terus mencari dari tahun ke tahun sampai lah masa tu umur saya 21 tahun. saya masa tu sedang belajar di uia. tak ingat malam keberapa. tapi malam ganjil la. biasa la student kan, tido lambat. minggu tu minggu exam, so, saya stay up l.. tido lambat.. masa tu jam pukul 2 @ 3 pagi. saya terdetik nak pergi toilet. keluat dari bilik, saya tengok langit, nak tengok ada tak kelainan pada malam tu kan. tak ada. saya masuk toilet macam biasa. lepas tu saya ambil wuduk. saya pun nat dalam hati, Ya Allah, jadikanlah wuduk aku ini kekal sperti aku sedang berwuduk selama 84 tahun itu yaAllah.. lepas tu saya keluar toilet, saya pandang lagi ke langit. tiba-tiba saya nampak something yang pelik kat suatu tempat dekat dengan bilik saya. saya nampak awan, berada rendah sangat. separas dengan kita. putih je. saya pena dengar dalam ceramah cakap awan itu tanda malaikat turun. means macam malaikat yang menyerupai awan la. tapi, wallahua'lam. saya tak boleh nak cakap apa. tapi hati saya kuat rasa macam malam tu malam lailatul qadr. saya balik bilik, mesej semua kawan-kawan saya. terpulang la mereka na percaya ke tidak. malam tu, saya buat la solat-solat sunat. kemudian, tahun berikutnya, saya jumpa perkara yang sama berlaku juga dalam hidup saya.. masa tu pulak, di 10 malam terakhir, ada surau buat qiamullail. saya dengan kawan saya sorang ni join la jugak kan.masa kami bangun pagi tu, otw ke surau, kami nampak kabus yang sangat tebal.kabus tu pulak kat kawasan sekeliling masjid tu je. mungkin itu antara petanda-petanda yang saya alami yang Allah bagi. Alhamdulillah. saya harap moga Ramadhan kali ini kita semua boleh berjumpa dengan malam yang satu tu la. insyaAllah."

so, tu lah citenyer.. time kiteorang dengar tu, sornag pu tak bersuara, khuyuk je. bertuah betul sir..moga2 kita semua juga ada juga yang macam tu kan. mungkin dengan cara yang lain. mana tahu kan.. perancangan Allah itu yang terbaik.


oke, this is Ramadhan song from Maher Zain.. hampir setipa hari atyn dengar.. n tiap kali tu jugak sebak rase..sedey nih..huu~~

Ku menantimu saban waktu
bangkit jiwaku

Kau suluh hatiku
Dengan sinar
Kudus kasihmu

Ku harap kan terus
Bersamamu selamanya

Ramadan, Ramadan
Ramadan di hati
Ramadan, Ramadan
Ku mohon usah pergi

Rahmat melimpah
Damainya ku rasakan

Ramadan bulan al-Quran
Mendidik jiwaku
Menyuburkan iman

Ku harap kan terus
Bersamamu selamanya

Ramadan, Ramadan
Ramadan di hati
Ramadan, Ramadan
Ku mohon usah pergi

Sememangnya kau ku nantikan
Hadirmu hidupkan suram di jiwaku
Dan ku berjanji
Akan ku teruskan
Semangatmu itu
Sepanjang hidupku
Oh Ramadan

Ramadan, Ramadan
Ramadan di hati
Ramadan, Ramadan
Ku mohon usah pergi


oh,btw, alang-alang dah dekat nak raye ni,, atyn ucapkan Selamat Hari Raya untuk kalian-kalian sekalian.. (n_n)