cerita dulu kala.

Bismillah.
berzaman tak update, post semua lah draft yg ada.
lama tak menaip. ingat nak bersara dah. tak jadi. sekarang aku menaip, menulis, untuk kepuasan diri sendiri. nak baca, bca, nak komen, komen. tak nak sudah. sila blah. simple kan?

terasa nak describe diri sendiri tapi tak reti. kah. :3
bila tanya orang lae, aku ni cemana dulu, jawapan paling aku bosan dengar,
' kau ni misteri. lama mana kenal kau pun, aku tetap tak kenal kau'
' sombong'
'berlagak'
'pendiam'

hmm. ada aku kesah semua tu? tak. ahahaha. zaman sekolah, aku lebih suka and bahagia dengan dunia aku sendiri. aku tak suka mengenali dan dikenali. nampak sadis tak? aku peduli ape. asal hati aku bukan kau yang bahagiakan.  hidup aku, kawan kat sekolah, sekolah ja. balik ghumah, famili. aku-sekolah-famili. itu sahaja. tak dak la time tu kata nak hang out ngn kengkawan ka, jenjalan ka, lepak pepetang ke. no.no.no. tak dak dalam kamus hidup aku. selagi mana aku ada kat rumah boleh tengok mak bapak, selagi tu la aku tak peduli yang lain. nak kawan kat sekolah ja. 
bagi aku, oh gila bahagia boleh duduk rumah sama ummi abah.adik adik. 
entah kenapa. tapi, itu yang ummi abah ajar. 

lagi satu. 
zaman sekolah dulu aku cukup anti dengan lelaki. cikgu lelaki terkecuali.
budak lelaki, memang aku anti. tp takde lah anti sampai jeling maut ke nak bunuh diorang ke apa. 
cuma aku tak suka. tak suka berurusan dengan lelaki. 
borak lagi jaoh. kenapa? ada sejarah hitam yang buat aku jadi gitu.

nak dijadikan cerita, meh nak cite.
ada seorang budak lelaki indian mix.( sebb kulit dia tak macam indian sgt)
dia ni pulak duk kelas sebelah kelas aku. and dia tak kawan pun ngn budak sebangsa dengan dia. i mean bukan tak kawan langsung. tp tak rapat. best friend dia semua melayu. astu siap masuk geng kompang dipalu eh eh eh eh. haa. tak ke pelik. aku nmpak dia masuk kompang sebb ritu ada majlis yg kene men kompang kat dataran sekolah tu lah. nama dia pun aku lupa dah.

pendekkan cerita. aku ni tak reti nak ambik kesah pasal apa yang jadi ngn bebudak kelas aku tetiba bff aku yg duk sebelah aku dr form 1 sampai 3 sampaikan mesej kejam gila kat aku ritu.
 mamat indian tu suka aku !!!! 
whatttt????
dia cakap, mamat tu tiap hari lalu depan kelas kteorang sebb just nak tengok kau dtg tak sekolah aritu.
ada aku kesah ke kau lalu berapa banyak kat kelas aku tuh? yang aku pelik, dia suka budak melayu. ha?? moga Tuhan bagi petunjuk hidayah kat kau cecepat la eah.amin.

hmm. dia nak aku perasan kut tu yg dia lalu depan kelas aku tetiap ari. lantak dia lah. sampai ke sudah aku buat bodoh. 
satu hari tu, tengah exam. beg kene letak luar. last exam, bila dah habis, balik lah kan.
cari beg aku, tak jumpa. sampai kesudah. dekat 15 minit aku cari. tetiba ada yang huluq beg aku tetengah aku tension ngadap meja sekolah time tu. tahu siapa? dia lah.! kwangjaq. bff aku a.k.a body guard aku pun siasat lah dia kenapa ambik beg aku.
boleh dia jawab , sebb aku tak pernah nak perasan dia. even dia tegur pun aku tak layan dia. heh! nak je menyumpah b****k kat situ.  pastu aku terus blah. boleh tahan lagi sabar time tu. 

ada satu hari tu, aku perasan masuk sekolah pagi tu, dia ada kat tepi tangga nak nek kelas. sebb tu ja jalan yang ada terpaksa lalu. aku tak tahu la dia geram ke dendam ngan aku, tengah tengah aku nek tangga tu, dia tarik beg aku dari belakang. apa lagi, nak jatuh tergolek la wei ! naseb sempat aku pegang palang tu ja. nak tahu apa aku buat? pepagi dah buat aku baran.
aku nampak dia macam terkejut and tak sangka aku nak jatuh kut. tetiba mintak sorry bagai. tau takut. tp aku tak peduli dah. lama dah aku tahan. aku diri depan dia. dengan senyuman dipaksa aku mintak pinjam buku kat tangan dia.
aku belek belek sikit acah acah nengok padahal buku geografi ting 3. agak lah tebal mana.
and dengan muka tak bersalah, tangan yg pegang buku tu aku hayun setinggi mungkin. pap! hinggap kat muka dia.

amaran akhir aku bg ' sekali lagi kau kacau aku, bukan setakat  tapak kasut aku ni hinggap kat muka kau, tp dengan muka kau sekali aku bg cium lantai!'
ayat tu aku ingt sampai mati lah !
dia? dengan pipi nampak merah, pandang aku dengn terngaga.
hambek kau. cari pasal lagi. 
kesudahnya, aku masuk kelas dengan badan yang menggigil teramat. 
satu sebb aku geram sangat dia tak reti nak  hormat aku sebagai perempuan and yg kedua,
sebab aku tampar dia pakai buku tebal . benda yg tak pernah aku buat! hahahaha.

aman hidup aku lepas tu. tp aku dengar je diorang duk ngumpat cerita pasal aku.
hmm. mcam biasa, ada aku kesah? ceit !

itu cerita lama aku. panjang pulak.
sekarang? next post la sambung.
ok.bye.  


cerita angan angan

Assalamualaikum
bismillahirrahmanirrahim.


tiap-tiap hari aku berangan. 
berangan nak itu berangan nak ini. angan angan akan tetap jadi angan angan kalau tak usaha untuk capai angan angn tu.
dreams until your dreams come true.

disebabkan angan-angan aku terlalu banyak :p
meh cerita satu je lah.

cerita dia, aku suka berangan. kbye.

Dia ada.




Bismillahirrahmanirrahim.
segala pujian pujian buat kekasih Allah, Muhammad Rasulullah.
Alhamdulillah masih diberi peluang untuk menghirup secebis nikmat yang Allah kurnia. Alhamdulillah.

ingin aku singkap kembali
kenangan lama agar bersemi
ingin ku ulangi kisah manis
agar terus bersemadi
kenangan. tak siapa pun boleh merangut kenangn tanpa izin yang Esa. 
Allah cipta dalam satu ingatan manusia dinamakan kenangan untuk manusia tu sedar. setiap yang telah berlaku tak mungkin mampu disentuh kembali..
setiap kenangan pasti ada ibrahnya. pasti ada hikmah yang Allah selitkan.
Aku punya cerita kali ini, aku punya teman.kawan.sahabat. 
beza antara mereka. 
kawan, mereka yang kau kenal tanpa tahu ceritanya.
teman. mereka yang dikongsi cerita bersama.
sahabat. mereka yang ada sentiasa bersama. erat,
aku layari alam remaja, aku tak punya sahabat. cuma ramainya kenalan kawan. 
yang datang silih berganti. tipu lah kata kalau tak pernah cakap kawan kita tu 'bff' kononnya. haha. :p
itu zaman aku tak mengerti apa-apa.  

aku cuba. bawa diri sendiri dikala perantauan. aku temui ramai kawan. dari kawan yang ramai semakin aku kenal yang mana teman. masa berjalan pantas, semakin lama mengenali manusia, aku ketemu sahabat dalam teman. 
aku akur aku dulu lain. mencari sahabat tak semudah yang disangka. 
kau kene korek kaca untuk capai permata. 
pedih.sakit.luka.semua kau kena rasa.
aku rasa semua tu. 
Allah hantar someone kat kita sama ada untuk menguji kita atau sebaliknya.
sama ada kita yang berubah atau dia yang berubah. 
sama ada kau ikot dia atau dia yang ikut kau.
aku pernah berubah. aku pernah menjadi bukan diri aku sendiri. 
aku dipulau. aku dipinggirkan oleh someone yang ketika itu aku anggap sahabat. 
aku ditinggal tanpa aku tahu sebab apa yang tak aku mampu rasa dengan hati. 
aku ingin ditegur oleh sahabat aku sendiri. bukan dibiar hanyut leka dengan duniawi.
namun itu yang jadi pada aku. 
ku cuba cari jalan pulang sendiri. tapi aku terkapai tanpa tali yang mengikat aku kembali.
terombang ambing rasa. pernah aku sendiri tak menngenal siapa diri aku sendiri. 
lama aku begitu. aku usaha bangun sendiri. Tuhan sudah lama memanggil.
sampai suatu ketika, saat tanggapan aku tak punya teman, rupanya ada sahabat yang masih peduli. 
katanya, dia masih lagi peduli dari jauh. melihat aku apa aku masih perlukan dia. 
hati aku dia mampu rasa. 
cuma dia yang masih bertanya soal aku. 
peduli kamu?
yang masih terima aku bila aku leka tinggalkan dia.
dia yang masih mengukir senyuman menanti aku.
Allahu. Aku khilaf dalam pencarian. 
terima kasih atas pemberian, Tuhan.
terima kasih atas pinjaman, sahabat
sekurangnya aku masih punya tempat meluah rasa

Ya Allah, tempatkan sahabatku di tempat paling mulia. 
berkati dia. ampuni dosanya .redhai dia. rahmati dia. 
Ya Allah, aku punya juga rakan dan teman, jadikanlah mereka sahabatku disana kelak.
moga aku bisa kembali berukhuwah dengan mereka.
kembali mencipta kenagan indah bersama atas namaMu yang Esa.

Sahabat. sungguh aku sayang kamu lillah.



dah namanya perempuan, tak sah tak letak gambaq kan. kah :3
nak letak jugak. :p

itu rama- ramaku


ada ketika rama-ramaku terasa indah sekali saat diri merasa bahagia.
kembang sayapnya berterbangan di sekelilingku.
hanya aku yang melihat ia. begitu indah sekali
seiring dengan rentak hatiku yang bahagia gembira
senyuman pasti terukir
mataku terbuka luas melihat keindahan rama-ramaku sendiri.
indah sungguh ciptaanMu yaAllah.
tiada terkata rasa bahagia itu
kemana jua aku pergi, 
pasti rama-ramaku sentiasa mengiringi.
indahnya rasa itu.


ada juga ketikanya,
saat aku lemah, rebah tak berdaya 
dek tangan tangan manusia yang mencalar robek hatiku
rama-ramaku juga rebah tak berdaya
tiada lagi kembang indah sayapnya
bahkan unruk mengepak pun ia tak mampu
mataku bagai pudar cahayanya
tiada lagi warna ceria indah rama-ramaku
semuanya pudar
bagai hitam putih hidupku.
keceriannku direnggut.
aku lemah. rama-ramaku juga lemah.
kasihan rama-ramaku yang indah.

Ramadhan.


aku pernah jatuh
aku pernah tersungkur
aku pernah berputus asa
aku pernah membenci
aku pernah memusuhi
aku pernah memungkiri
mungkir  sebuah janji
aku pernah dilukai
aku pernah disakiti
aku pernah dibenci
aku pernah dimusuhi
aku pernah merasa jauh dari Ilahi

aku mengharap
aku memohon
moga bulan indah yg menjelma
menjadikan aku semakin kuat
kuat dalam ujianMu
hikmahMu akan ku tunggu.

aku ingin kembali
pulang mencari nur Ilahi
yang semakin jauh aku tinggalkan
semakin aku merasa kegelapan.
harus aku bangkit dari kesilapan lalu
bukan terus hanyut dibuai nafsu

Allah, pinjamkan aku sedikit kekuatanMu
moga bisa aku tempuh hari yang mendatang
dengan rasa syukur
dengan rasa hamba
kerana aku masih
manusia yang hina
penuh dengan lumpur dosa.

the journey just began!

Bismillahirrahmanirrahim.

salam sejahtera buat semua yang sudi membaca. may Allah bless you always.
lame doh dok hupdate mende kat sini. lame doh dok naip rasenye. payoh etek. laapy wak masaloh. jadual pulok bizi sokmo. dok dang. ni baru ado kelapangn nok naip. baru pah exam etek. haha. pehe dok?

hmm. hidup ni kadang-kadang susah kita nak duga. kita rasa macam kita rapat sangat dengan someone tu. padahal jauh. kita anggap kita boleh genggam tangan dia. padahal kehadiran kita langsung tak di senanginya. rencah dunia, kita tak tahu siapa kawan and siapa lawan hingga suatu saat. saat kita jatuh. adakah dia yang hadir menghulur tangan atau apakah kita yang ditinggalkan sendirian.

truly i said, bila berjauhan ngan parents, baru rasa rencah hidup ni macam mana. bile kenal macam- macam orang, baru rasa ' i need to explore my life'  sebelum ni life ngan parents rasa aman je dunia. haha. op cosh. buah hati kitew tu.

start ble kne hidup di atas kaki sendiri. bukan di atas kaki orang laen. jangan sampai kene pijak ngan orang laen, jangan sampai terpijak orang laen. 
kene pandai berdikari. kene pandai disiplinkan diri.
basuh baju sendiri. bukan mak basuhkan.bukan mesin basuhkan. 
kene cari makan sendiri. bukan mak bagi makan, suap dah.
kene bangun pagi sendiri. bukan bapak kejutkan dah.



kene pegi kolej sendiri. bukan bapak hantarkan dah.
kene hantar assignment sendiri, bukan kawan buatkan dah.
kene pakai duit sendiri. kene berjimt cermat. bukan dari famili kaya raya.
kene beli barang sendiri.
kene tanggung masalah sendiri.
kene pandai behave. jaga maruah diri. nama keluarga.
kene pandai cari kawan.
kene pandai jaga hati kawan. eh!
kene kawal emosi sendiri. 
semua on your shoulder now.
and baru sedar
your journey just began.



and!
life tak akan sentiasa jalannya straight cenggitu. 
dy camni ha


ini baru the 'real' life. 
hidup ni kalau asyik duk di tahap yang sama je, takdak perubahan, kita akan bosan lama-lama. bila ada ujian datang, bila ada masalah barulah best. walaupun pahit, its meaningful. barulah kita akan rasa nak explore apa erti hidup yang sebenarnya.

we met different people.
different character
different attitude.
but! someone yang hadir dalam hidup kita ni Allah hantar bersebab. 
sama ada untuk kita berubah atau untuk dyorang a.k.a mereka yang berubah.
sama ada kita ambik peringatan @ pengajaran daripada mereka. hidup ni, kita tak akan jumpa orang yang sama. macam2 pesen ade. so, kene pandai lah nak bawak diri kan.

ni formula dia dalam life kite.
walaupon life kte tak sama.
formula dia tetap sama.



act. bukan ni yang nak di ceghitakan. tapi memandangkan dah terpesong, jalan je lah.
nak ceghita tu next post la eah.
selamat menelaah!




















purdah @ niqab ??

 bismillahirrahmanirrahim
dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
moga kalian sihat dan sentiasa dirahmati Allah sentiasa hendaknya.




Dia merenung tudung labuh yang siap disetarika dua hari lepas tergantung di hujung kamar biliknya. fikirannya menerawang entah kemana. baju yang siap diliipat diangkat menuju ke almarinya. pintu almari ditolak. bajunya disusun rapi. kemas. saat pintu almari ingin dia tutup kembali, terpandangkan purdah buatan kakaknya di celahan pintu almari. tudung labuh bertonakan ungu lembut kembali dipandang sepi. silih berganti pandangannya antara tudung labuh itu dan purdah di depannya.



lantas purdah berwarna sekata dengan tudung labuhnya dicapai.
Di belek terlebih dahulu. halus jahitan tangan kakaknya mengagumkan. "subhanaAllah" ucapan memuji meniti di bibirnya.
dia menuju ke hujung bilik dimana tudung labuhnya digantung. berdiri di situ. lama. tanpa banyak bicara, tudung labuhnya disarung, purdah menutupi wajahnya. usai menyelesakan diri, wajah ditatap di cermin.

"subhanaAllah.Allah"

tangannya lantas merasai degupan jantung yang semakin laju berdegup. bibir masih lagi basah dengan zikrullah. dia semakin mendekati cermin kemudian berhenti beberapa tapak di hadapan cermin penuh di kamarnya. mata dikerdipkan beberapa kali.

äkukah ini?"

soalan itu terus berlagu di kalbu. terasa basah tubir matanya. dia sebak. mengapa? dia sendiri keliru.

"perasaan apakah ini ya Allah?"

lama dia menghadap dirinya yang 'baru'dihapan cermin itu. pelbagai persoalan menerjah di minda.

ketukan di pintu kedengaran. adiknya sudah pulang mungkin. sekali lagi dia menatap dirinya di hadapan cermin itu. terdetik satu niat. kemudian dia menyimpan kembali tudung dan purdah ditempatnya semula.

kerjanya disambung semula. dalam pada itu, fikirannya kembali menagih jawapan daripada persoalan yang timbul.

mengapa dia begitu terkejut dan jantungnya berdegup laju menatap wajah 'baru'nya sendiri tadi?
kenapa wanita itu begitu indah Allah ciptakan?
apa pandangan 'mereka' andaikata dia .........?
beginikah rasanya terlindung?

selama ini, dia cuma memakai tudung labuh ataupun tudung bidang besar menutupi auratnya. tidak terlintas lagi akan purdah yang menyinggahi wajahnya sebentar tadi.

ketika Tuhan menciptakan wanita, malaikat datang dan bertanya,
"mengapa begitu lama engkau ciptakan wanita, Tuhan?"
"sudahkan engkau melihat setiap detail yang telah aku ciptakan untuk wanita? lihatlah dua tangannya mampu menjaga  banyak anak pada saat yang sama, punya pelukan yang dapat menyembuhkan sakit hati dan kerisauan, dan semua itu dengan hanya dua tangan."
malaikat menjawab dan takjub "hanya dengan dua tangan? tidak mungkin.!"

Tuhan menjawab,
"tidakkah kau tahu, dia juga mampu menyembuhkan dirinya sendiri dan boleh bekerja 18 jam sehari."

malaikat mendekati dan mengamati wanita tersebut dan bertanya,
"Tuhan. mengapa wanita terlihat  begitu lelah dan rapuh seolah-olah terlalu banyak beban baginya?"
"itu tidak seperti yang engkau bayangkan. itu adalah air mata."
"untuk apa???"tanya malaikat.                    

" air mata adalah salah satu cara dia menunjukkan kegembiraan, kerisauan, cinta, kesepian, penderitaan dan kebanggaan, serta wanita ini mempunyai kekuatan mempesona lelaki. ini hanya dengan beberapa kemampuan yang dimiliki wanita.dia dapat mengatasi beban lebihbaik daripada lelaki. dia mampu meniman kebahagiaan dan pendapatnya sendiri. dia mampu tersenyum ketika hatinya menjerit kesedihan. mampu menyanyi ketika menangis, menangis saat terharu, bahkan  tertawa ketika ketakutan. dia berkorban demi orang yang dicintainya.dia menangis saat melihat anaknya adalah pemenang. dia gembira dan bersoraksaat sahabatnya tertawa bahagia.  dia begitu bahagia mendengar suara kelahiran. dia begitu bersedih mendengar berita kesakitan dan kematian, tapi dia mampu mengatasinya. dia tahu bahawa sebuah ciuman dan pelukan dapat menyembuhkan luka"

Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:
"ketika aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia, namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."

"aku mmberikannya kekuatan dari dalaman untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya."


" aku memberikannya kepekaan untuk mncintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya"
"aku memberikannya kekuatan utk menyokong suaminya dalam kegagalan dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya.
"aku memberikannya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik  takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu"

"dan akhirnya aku memberikan air mata untuk dititiskan. ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun is perlukan."

"kecantikan sorang wanita bukanlah daripakaian yang dikenakannya, susuk tubuh yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. kecantikan wanita haruslah dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."

cuma wanita itu sentiasa terlupa. betapa berharganya ia. sedangkan yang tertutup indah ini juga dipandang begitu cantik dan takjub oleh sang ajnabi. apatah lagi yang terbuka. Allahu.