Beza Kita dan Dia

Bismillahirrahmanirrahim.
solluallannabi.

tadi layan youtube. ni memang my favourite bile time lapang. macam-macam kita boleh explore dalam youtube. tapi kena hati-hati la sebab 'macam-macam' ada kat dalam youtube.kan,kan,kan.
dalam dok tekan sane, tekan sini, then atyn found this video. (woah¬im speaking -,-)

jemputlah tengok eh. tekan kat situ je.

dah tengok dah? okay. apa yang kalian fikir @ rasa sekarang? sedih?kesian?insaf? syukur? alhamdulillah. at least korang masih ada perasaan. means masih ada hati. dan hati belum mati. based on apa yang kita tengok dalam video tadi, budak tu buta kan. tapi dia seorang HAFIZ. subhanallah! kita? bute tak?tak kan. nak baca al-quran pun payah.pegang quran pun jarang.bace quran pun masih gagap.(malu ngan diri sendiri kejap) .Adik ni tak pernah merungut dengan kekurangan dia kan. Dia bersyukur Allah taik penglihatan dia. kenapa? agar bisa menjadi penyelamat buatnya di akhirat kelak. matanya suci dari segala dosa. beza dengan kita yang cukup sifat. sempurna kejadiannya. mampukah kita menjaga pandangan kita dari perkara yang sia-sia? atau sebaliknya?

kembali muhasabah diri. kelak setiap anggota badan kita akan bercakap tentang apa yang dilihat, di lakukan oleh setiap diri manusia itu. mulut tidak mampu lagi berkata-kata. kerana di dunia, mulut sudah terlalu banyak mengeluarkan bicara.

Rasulullah S.A.W. bersabda : "Maka kamu semua adalah pemimpin dan kamu semua akan disoal akan kepimpinannya". Riwayat Bukhairi dan Muslim dari IbnuUmar R.A. Semua anggota akan menjadi saksi di atas segala perbuatan di Padang Mahsyar. 

Firman Allah S.W.T : "Dihari itu (Kiamat) akan bersaksilah ke atas kamu oleh segala lidah mu, tangan mu dan kakimu dengan segala sesuatu yang telah kamu perbuat (di Dunia dahulu)." - Surah An Nur : Ayat 24. "Pada hari ini (Kiamat) Kami akan kunci mulut-mulut mereka dan akan bercakap kepada Kami tangan-tangan mereka dan bersaksi di hadapan Kami kaki-kaki mereka terhadap apa-apa yang mereka telah lakukan (di Dunia dahulu)." SurahYassin : ayat 65

ucaplah Alhamdulillah atas nikmat yang Allah telah pinjamkan sementara ini buat kita. gunakan dengan sebaiknya di jalan Allah. kita sebagai seorang khalifah dan hamba di muka bumi ini. tugas yang tak pernah surut rintangan dan cabarannya. mohonlah pertolongan Allah dalam segala sesuatu yang kita lakukan. moga Allah redha.

"aku tinggalkan dikalangan kamu dua perkara yang kamu tidak akan sekali-kali sesat selagi kamu berpegang teguh kepada keduanya iaitu, kitab Allah dan sunnah Rasulullah s.a.w"- Imam Malik

dalam melihat mereka
kembali menilai diri kita
beza kita dan dia?
kesedaran
di mana kita?
di mana dia?
di sedang mengejar syurga Allah
kita? mengejar duniakah?
koreksi diri
dosa masih menyelaputi diri
apakah harus bertangguh lagi?
Dia memanggil
sahutlah panggilan seruan Ilahi
terbanglah ke syurga
dengan bertapak di bumi yang hina.

adek angkat????!

Bismillahirrahmanirrahim

nampak tak tajuk tu pasal apa? boleh baca kan. bagus! dua tiga hari ni, atyn tak tau kenapa kat mukabuku, ramai sangat yang inbox atyn, nak mintak atyn jadi akak angkat dia lah, dia jadi adek angkat atyn lah. erk! kenapakah? kukepelikan o_O. tak cukup akak and adik ke korang. kalau yang anak tunggal tu,no comment! yang mintak pulak kalau perempuan takpe. ni laki-laki bak anggg! terkejut la eden oii!

i dun know why. apekah kepentingan, keperluan, segala jenis 'ke' lah untuk benda semua tu. lagi-lagi time sekolah. memang fevret dari sekolah kot berangkat'angkat' nih. 
"kau nak pegi mane tu senah?jom lah rehat ngan aku"
"eh. aku nak jumpa abang angkat aku ni. dia ajak makan sama"
"abang angkat?form bape?sejak bile kau pandai berangkat2 nih?"
"form 5. tue setahun je dari kite. baru semalam. dye yang mintak aku okay je."
"abang angkat ke pakwe hah!"
"erk!"

ha. macam tu lah time sekolah dulu-dulu. mula-mula memang la ber'angkat-angkat'. last-last nanti yang lain pulak ter'angkat'. mintak dijauhkanlah. bukan lah perkara ni jahat sangat. tapi sangatlah tak elok. cube cari yang perempuan ngan perempuan. lelaki ngan lelaki. pastu si abang and akak 'angkat' ni kalau dah ade si adik-adik 'angkat' ni. pimpin lah mereka. dah jadi tanggungjawab kita. nak sangat ada adik akak, abang 'angkat' kan. kalau salah tegur. kalau ada ilmu, sampaikan. nasihat. share-share. eratkan ukhuwah. bina ummah bermaruah. ummah yang cemerlang. bagi mereka tarbiyyah. baru lah terasa indahnya berukhuwah. kemudian, sebarkan lah. tambah lah lagi akak ,abang@adik 'angkat' lagi. (sama jantina sahaja okay). 

okay. sampai situ saje.nak lepas geram je.
yang baik datangnya dari Allah. kalau ada salah dari atyn, tegurlah ye. sama-sama perbaiki diri. thanks ^^

aku menyapa
dia bersuara
tangan dihulur
jemari di sambut
erat.
terasa ukhuwah
biar baru bermula
namun kekal ke akhirnya
atas nama cinta kepadaNya
kerana mengejar syurga yang Esa
kerana ingin bertemu kekasihNya
dan ku ingin
kita berpimpin tangan
bersama ke sana.
insyaAllah

Amjad Punya Cerite

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Selawat dan salam buat kekasih Allah,Muhammad s.a.w. solluallannabi.
Astaghfirullahaladzim.Astaghfirullahaladzim.Astaghfirullahaladzim.Alhamdulillah. dah dapat pahala free kan? ;)

kali ni, amjad punye ceriteeee~~ngeh3..haha.-,-
nama: ahmad amjad huzaifi bin mohd fauzi
umur: 5 tahun
sekolah: tadika pasti al-amin
hobi : tengok cite katun, men game
kepakaran : bercakap
kemalasan : belajar, makan.

oh..amjad. budak ni adik atyn.hehehe. dye sangatlaaah comel (puji adik sendiri tak pe kan)hahaha..
nak di jadikan cerita, beberapa hari yang lepas, atyn ngan akak try2 pakai celak. maklumlah kami tak pernah nak 'lukis2' muke kami sebelum ni.. simple suda.haha. oke. saje je try2 isi masa lapang tak ada kerja. 'girls time' (^o^). amjad masuk bilik. dye tengok kiteorang pelik ja. awat adik aku ni? amjad tanya. kak nim ngan kak yah pakai ape kat mate tu? we all jawab lah. celak la dik oii.. 

hari ni, akak atyn try pakai mende alah tu lagi. test2. maklumlah anak dara punye keje kan.haha. oke dah. atyn time tu kat bilik sebelah(bilik adik). amjad datang kat atyn. dye tengok atyn pelik je.
"kenapa jad?"
" kak nim tak pakai benda hitam tu ke?"
"ha?benda hitam?benda apa?"
"yang kak yah pakai kat mata dia tu."
"oh. tak2. kak nim tak pakai."
"ha.kak nim tak payah pakai tau. amjad takut.bukannya lawa pun kan."
"erk!okay2. -,-"

budak kecik ni cakap macam tuh!-,-. 
jelas terang nyata lagi bersuluh. natural beauty tu memang lawa dari dok lukis-lukis kat muke tu kan. budak kecik besar tu pon boleh nilai.haha. pasni. tak dak dah mende alah sume tu. tak salah nak 'mekap' semua tu, tapi simpan-simpan lah buat sang suami tercinta ye sayang^^. 
Allah dah ciptakan setiap daripada kita, cantik-cantik belaka. cuma kecantikan itu je yang berbeza. kan,kan,kan . senyum sikit.kan comel tu.(n_n)

Abah


Bismillahirrahmanirrahim

kepulanganku disambut ceria oleh abah di perhentian bus. senyuman lebar terukir diwajah abah menyambut anaknya pulang dari 'kesibukan kota raya'. salam kuhulur. pipi kami berlaga. abah ku peluk erat. lama tidak ketemu. rindu rasanya. mata abah merah. abah selau begitu. rehat abah korbankan dengan melunaskan kerja yang sememangnya tak akan pernah habis. kerja abah sebagai seorang ayah,guru, imam dan ketua usrah bagiku sangat memenatkan untuk abah. abah bukanlah kuat seperti dulu. abah kian dimamah usia. tapi semangat abah tetap seperti dulu. tak pernah berubah. setiap kerja yang diamanahkan tidak pernah abah serahkan kepada yang lain untuk dibereskan. semua abah buat sendiri. kata abah, 
'orang bagi amanah kat kita.kenapa kena pass kat orang lain? kalau orang tu tak buat macam mana? sape kena?kita jugak. lagipun, untuk anak-anak abah jugak'

hari ni abah balik dari sekolah jam 4.30 petang. kata abah ada mesyuarat. sebab tu lambat balik. selepas solat asar abah ambil laptopnya. tanganku menatang dulang minum petang, mataku melihat abah dimeja. abah ku ajak minum bersama. abah kata '
"kejap.abah tengah siapkan power point untuk ceramah malam ni""
"ceramah kat mane abah?"tanyaku
"kat masjid dekat ngan buloh kasap. untuk orang kampung.pasal korban ni."
"tak ada orang lain ke boleh bagi ceramah ni abah?abah baru balik tadi"
örang dah berharap kat abah. tak akan abah nak suruh orang lain pulak. kesian mereka kalau kecewa nanti."
"hmm."

jam 6.30 petang, kami mnemani abah pergi ke tempat yang dituju. selepas magrib, abah menyampaikan ceramahnya. aku duduk di belakang. aku lihat abah menyampaikan tugasnya dengan penuh bersemangat. walhal abah tidak sempat untuk berehat lagi hari ini. abah bangun seawal jam 5 pagi, ke masjid dan bersiap-siap untuk hantar adik-adik ke sekolah dan memulakan tugasnya sebgai seorang guru. dari jauh ku lihat abah. mane datang segala tenaga itu. Allahu. besar pengorbanan abah. semuanya selesai jam 10 malam. kami bertolak pulang. dalam kereta, ada yang menelefon abah. selsai sudah menelefon, abah memberitahu kami, esok abah akan ke Johor Bharu. ada kursus di situ. abah akan bertolak jam 5 pagi nanti.

kami sampai dirumah jam 11.15 malam. abah ganti jubah yang dipakai tadi dengan t shirt dan kain pelikat. kopiah abah capai. kunci kereta abah cari. aku bertanya.
"nak pegi mana lagi abah?"
"nak pegi sekolah kejap. snak siapkan fail dan ambil dokumen untuk esok.kejap lagi abah balik lah"

aku tunggu abah. jam 12.30 pagi. bunyi kereta abah masuk di halaman rumah. abah meletakkan dokumen di atas meja.kemudian abah masuk tidur. jam 4.00 pagi abah dah bangun. abah siap-siap untuk ke JB. sedang kami enak diulit mimpi, abah tinggalkan kami mencari rezeki. jam 5.00 petang abah sampai dirumah. mata abah makin bengkak tanda tak cukup rehat. abah duduk minum petang bersama kami. abah bercerita tentang kursus yang diikuti. sebentar kemudian, adikku yang berada di asrama menelefon abah. minta abah hantarkan barang utuknya. abah menghabiskan minumnya, lalu bergegas ke sana.

jam 6.30 abah pulang dari tempat adik. wajah abah terpancar kepenatan. berapa jam saja abah rehat? tak sampai 4 jam pun. namun, abah masih lagi bertenaga melayan kerenah anak-anaknya. lepas magrib, kami berbual. abah meminta maaf hujung minggu ini abah tiada dirumah. abah ada kerja.
"la. penat la macam tu abah.abah tak cukup rehat nanti"kakakku berkata
"nak buat macam mana. kalau tak anak-anak abah nak makan apa? abah baru penat sikit je nak. malu dengan Rasulullah. Rasulullah tak pernah rehat. dia lagi penat. nak sebarkan islam ke seluruh dunia. apa lah sangat nak dibandingkan dengan penat abah mencari rezeki untuk keluarga."
kami terkedu di situ.

abah. penat abah, abah abaikan. asalkan keluarga abah terjaga. asalkan anak-anak abah mampu memberi sumbangan untuk ummah.untuk Islam. abah selalu pesan.
"setiap apa yang kita lakukan niatkan kerana Allah. kerana apa, apa2 perkara yang kita lakukan bukan kerana Allah, akan jadi sia-sia" 
abah nak anak-anak abah jadi anak yang soleh dan solehah. boleh doakan abah nanti. boleh pimpin abah masuk syurga sama-sama. InsyaAllah abah.

tak pernah aku mendengar perkataan "tak boleh"dari bibir abah jika anak-anaknya meminta sesuatu. abah akan jawab
"nanti kita beli ye"

ingatkan hal itu, air mataku laju mengenangkan jasa abah.doa pasti tidak putusku kirim buat abah. tak mampu untuk dibalas pengorbanan abah buat keluarga. moga Allah sentiasa memberkati abah. moga tersedia syurga palig indah buat abah.
amin.
abah.we love you abah.

Meniti Jalan Ke Sana

Bismillahirrahmanirrahim 


am i? dah kahwin? eh, tak,tak,, saje buat gempak kalian,, hoho (^_^) terserlah kemengongan
kahwin. siapa tak nak kahwin? ce angkat tangan sikit.. tak nampak pun.. haaa.. semua nak kahwin la kan maksudnye di situ..gatai eh..ngeh3..oke dah.stop merapu

bicara tentang perkahwinan. apa yang terlintas di fikiran kalian? cinta? pasangan? baju kahwin? kad kahwin? parents? yes,yes,yes,yes. betul semua tu. semuanya indah belaka. tapi, kehidupan lepas kahwin bagaimana? ada fikir tak? buat si bakal suami, pendapatan mestilah kukuh untuk menyara keluarga kamu. bila kita kahwin, kita bukan sahaja berkahwin dengan si gadis pilihan, malah keluarganya juga. that the most important part yang ramai pandang remeh. eh! kalu parents korang tak redha korang berkahwin, tunggang langgang hidup tau. redha Allah terletak pada redha kedua ibubapa mu sayang.

atyn pun terfikir, macam mana kalau aku kahwin nanti, macam mana parents aku terima dia nanti, tanggungjawab? oh! sangat besar okay. at least keinginan tu ada kan. jadi, bila keinginan, kesedaran tentang tanggungjawab semua tu ada, perlulah seiring dengan usaha kan. mestilah kalian nak jadi suami yang soleh, isteri yang solehah dan anak yang membahagiakan ibu ayahnya kan,kan,kan. so, ilmu perlu ditimba, sahsiah,akhlak dan iman perlu sentiasa di'upgrade'.  insyaAllah lahirlah generasi ummah yang cemerlang.

bagi kaum adam, kalian nak pilih isteri jangan pakai tangkap muat je. nanti menyesal jangan tak sudah-sudah ye. Rasulullah dah guide kita macam mana nak pilih pasangan yang baik
Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Kahwinilah wanita itu kerana empat perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikan dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, engkau akan selamat".
teet¬¬ buat kaum hawa pula, tak semestinya kita kena tunggu si Adam masuk meminang je. terima dengan redho je, tapi andai kata, kalian sudah ketemu si jejaka idaman, yang baik akhlaknya, soleh, tinggi budi pekertinya, yang boleh pimpin kamu menuju syurgaNya, why not kalian yang purpose dia. nanti terlepas, kecewa sedunia. even, nabi kita Muhammad, Siti Khadijah yang datang merisik baginda kan. tak salah kalau timba yang mencari perigi. as long as lelaki itu baik buatnya. tapi andai kata si dia bukan jodoh kalian, jangan sesekali berburuk sangka dengan Allah.mungkin Allah nak hantar yang lebih baik untuk kamu kan. perancangan Allah sentiasa yang terbaik. ada hikmah di sebalik setiap kejadian.


Rasulullah bersabda yang bermaksud :
“Jika seorang lelaki datang untuk meminang anak perempuan kamu 
dan kamu redha (berpuas hati) tentang agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah dia (dengan anak perempuan kamu). Jika hal itu tidak kamu lakukan, akan 
berlakulah fitnah di muka bumi dan kerosakan yang besar”.

Diriwayatkan dalam sebuah kisah, seorang lelaki datang menemui Hasan 
bin Ali RA (cucu Rasulullah SAW) untuk meminta nasihat. Katanya, “Anak 
perempuanku dipinang oleh beberapa orang lelaki. Dengan lelaki yang 
bagaimanakah yang layak dikahwinkan dengan puteriku?” Hasan menjawab, 
“Kahwinkanlah dia dengan lelaki yang bertakwa kepada Allah, kerana jika ia 
menyukai isterinya ia pasti mengasihinya, teteapi jika ia tidak menyukai isterinya 
pasti ia tidak akan berlaku zalim terhadapnya (tetap menghormati isterinya)”. 

sayang-sayang saudara seislamku sekalian, perkahwinan adalah ikatan hidup mati antara pasangan . sekali seumur hidup. maka, sebelum kalian melangkah ke gerbang perkahwinan, membina masjid, memimpin ahli keluargamu ke syurgaNya, persiapkanlah dirimu untuk menjadi yang terbaik buat keluargamu. moga Allah lindungi dan merahmati kalian semuanya. Wanita solehah?itu kamu, pemuda soleh? itu kamu. insyaAllah
andai ada tersalah, terlanjur kata dari atyn, mohon sejuta kemaafan. andai ada perkongsian, share yuk ^^

aku hanya gadis biasa
yang masih lagi terkapai-kapai
mencari jalan pulang
yang cuba menjadi wanita solehah
kerana aku mengimpikan
seorang pemuda soleh
datang memimpinku
tatkala aku jatuh tersungkur
erat memegang hati dan jiwaku
menuju JannahnNya.

aku impikan seorang pemuda soleh
dan dengan itu
aku mempersiapkan diriku 
untuk menjadi
puteri solehahnya nanti
insyaAllah
moga Allah redha

Our Exhibition

Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan nama Allah aku hidup dan aku mati.
Sollualannabi.selawat dan salam atas rasul junjungan mulia, nabi kita,Muhammad s.a.w serta ahli keluarga dan juga sahabatnya.
salam buat sahabat pembaca sekalian. moga sentiasa berada dalam lindungan rahmat Allah hendaknya, insyaAllah.

minggu lepas, kolej kteorang(atyn n kwan2) ade buat exhibition. ni adalah antara salah satu assessment kami untuk subject islamic studies. kami perlu membincangkan tentang isu semasa yang berlaku kat Malaysia nih. Tajuk yang kami dapat adalah pasal baby dumping or bile di translatekan bermaksud pembuangan bayi. 

ni time kteorang kne jaga booth


ada nampak tak ap yg kami na sampaikan?

each of us kene ambil tahu pasal tajuk yang kami dapat ni. yela, nanti ada yang tanya tak lah tergagap-gagap nak jawab kan. krenye macam kami kena bagi kesedaran kat student2 yang pi situ dan terangkan kat mereka-mereka ini tentang isu pembuangan bayi. Bagi mereka pencerahan yang lebih sikit. kenapa perkara ni perlu dititikberatkan.

okay. apa yang nak ditekankan kat sini adalah. DIDIKAN AGAMA ITU PENTING! sebab, islam dah ajar cara hidup yang sempurna. ibu bapa main peranan penting dalam masalah ini. parents haruslah mendidik anak-anak mereka dari KECIK tentang agama. terapkan akhlak yang baik dalam diri anak-anak. bile akhlak tu dah mantap, tade lah berlakunya gejala sosial macam ini kan,kan,kan,,, kalau kita tengok sekarang, parents banyak habiskan masa dengan bekerja hingga anak-anak mereka abaikan. membesar di tangan orang asing. 
bile anak-anak meningkat remaja, kurang kasih sayang dari ibu bapa, mulalah mereka mencari kepuasan untuk diri. tak tahu mana yang betul, mana yang salah. fitrah remaja. suka memberontak dan suke meng'explore' something. cuma cara yang melalui itu saja yang berbeza. ada yang tahu batas-batas hukum itu, terjagalah ia. jika sebaliknya? mana salahnya.

Statistic menunjukkan remaja belasan tahun paling ramai melakukan pembuagan bayi ni. kesian budak tu, tak salah apa-apa tapi dah kene hukum sebegitu. yang salah itu perlakuan si ibu dan ayah. tolong jangan benci pelaku.tapi benci apa yang dilakukannya.  banyak sangat faktor@punca-punca masalah ni berlaku. atyn cerita apa yang tahu je lah ye.^^

so, please. stop killing babies. parents, dekati anak-anak kalian.mereka sangat memerlukan kalian saat melewati usia matang mereka. 




contoh baby yg dipamerkan. mahal kot na beli mende alah patung ni -,-

contoh gambar2 yang di pamerkan.

aku melihat,
semakin hari,
ummahku semakin sakit,
menderita dunia,
yang baginya syurga,
bagaimana akan wujudnya,
generasi al-fateh?
aku harus bergerak mencari
bergerak merubah  persepsi
islam akan bangkit semula berdiri
syabab2 harapan ummah
akan bangun dari mimpi
dan dengan itu
aku ingin mulai dengan
diriku sendiri.