last but not least

bismillahirrahmanirrahim
sollualannabi.

esok akn berangkatnya daku ke dunia seorang pelajar. balik hostel maa.. akan bersawanglah sebentar belog ini. moga apa yang dikarang sebelum ini mampu memberi sebijik due kata bermakna buat silent readers sekalian. saham akhirat jugak ni.

tak tau nak taip apa. perasaan tengah berkecamuk.berserabut sekarang. ujian datang tiba-tiba. tak bagi salam pun -,-
Allah. rasa macam nak menangis, melalak, menjerit semua ada ni. tapi atyn masih normal. tak minat nak buat semua tu.

berat rasa ujian Allah bagi. sesak nafas jadinya. tengah-tengah tension tadi fikir masalah yg membelenggu, ternampak buku 'khutbah Rasulullah' kat atas katil. teringan kat baginda. teringat perjuangan baginda. dakwah baginda. Allahu. jauh sangat nak dibandingkan dengan diri ni. baru Allah sentuh sikit dah goyang nak jatuh. 

Nabi dulu Allah uji lagi kuat. Allah tarik insan yang dia sayang. ni, Allah baru uji dengan jauhkan atyn dengan dia. dah rasa gelap dunia. teruk kan. sape tak sedih bile orang yang paling kita rapat, paling kita sayang, tiba-tiba kena uji, ramai tak suka atyn kawan ngan dia. cakap yang tak elok pasal dia. padahal kita lagi mengenal dia dari yang lain. benda kecik je kan rasenye.. hati masih tak kuat lagi ni.. sebab tu Allah nak uji dengan hadirkan orang orang macam tu kan.

time rasa down ni mula lah nak cari someone yang boleh kongsi rasa ngan kita kan. contact semua.
'assalamualaikum A'
'waalaikumsalam tyn. wei, kau kol aku la..gempak la..haha.. kau tau tak aku kt mane?langkawi. syok gile pegi sini.'
'oh ye ke? bestnye. eh sorry ganngu. t aku kol len kali la.'
'okay'
hampa. 
'salam B'
'wassalam tyn.. nsib bek kau msj. ni nak cite ni..bla.bla...bla..'
'oh..gitu. hmm tape la gitu'
hampa.
'assalamualaikum C'
'waalaikumsalam tyn.'
'eh, kenapa suara lain je ni. demam ea.?'
'hmm.. demam sikit2 je.. ni sakit kepala la'
'eh, sorry kacau.rehatlah.salam.'
'okay.wssalam'
sekali lagi. hampa.

selalu dengan situasi macam ni saat saat macam ni. tak sampai hati nak cerita masalah kita pada mereka bila mana keaadaan mereka sedang bergembira, sakit and so on..
kenapa?
Allah nak hambaNya mengadu kat Dia. Dia yang setia mendengar segala rintihan hambaNya. tak kira siang mahupun malam. setiap saat dan ketika. setia mendengar keluhan hambaNya. hanya kita yang telalu buta untuk menilai cintaNya.

salam sayang,
insanbiasa

u_u

tak mampu meluah kata bicara
biar gambar meyampaikan rahsia hati
selama ini









hakikatnya

In The Name of Allah The Most Compassionate, The Most Merciful
Love our Prophet, Muhammad s.a.w.

'free burger at McD'
'buy 1 free 1'

hai.hai. semua suka dengar perkataan FREE tu kan. lagi-lagi makcik2 sekalian.haha.gurau je. pantang dengar free sana, free sini, kita semua tersenyum lebar kan. nak lah. dapat free kan.kan.kan. semua free.sekarang ni no money no talk kan..semua benda dalam dunia sekarang ni nok pitih. nak pi masuk tandas pun bebayor tau. amek kau. 30 sen sorang. tak tau la kalau sekarang dah naik rega kan. bub tu semua suka benda free kan.

cuba fikir sejenak. macam mana kalau udara kena bayar. nak hirup udara pun kena bayar.erk!boleh hidup ke macam tuh?we need air 24 hours okay. nazak.!! ramai yang dah mati la cenggitu.
tapi Allah dah bagi kat kita FREE OF CHARGE je. tak yah dok baya2 nih. nampak tak kasih sayang Dia kat situ. He love you.mata Dia bagi kat kita percuma je nak lihat dunia. jantung berdegup, semua Dia bagi free nak bagi hambaNya hidup kat dunia ni. pijak atas bumi ni pon free je tau. 
hakikatnya manusia lupa

macam-macam nikmat dah Dia bagi kat kita. takkan untuk sesaaat dua kita tak leh nak ucap Alhamdulillah. jangan jadi manusia ego sangat. hidung tinggi walaupun pendek.ngeh3. u_u
kita sentiasa buat salah. Allah bagi peluang untuk bertaubat. tapi apa yang dijawab? dibalasnya, nanti-nantilah.esok masih ada. ingat ni iklan dalam tibi ke ap? eh bro, sis, dibuatnya Allah tarik nyawa kau kejap lagi, sempat ke nak tobat? jangan ditangguh-tangguhkan perkara yang baik. dah ada niat nak taubat dah dapat satu pahala. bile dah buat, berganda-ganda pahala dapat. tak nak jugak? ucaplah astaghfirullah.. taubat tu Allah terima ke tak tu yang nombor dua. tu urusan Allah. yang penting, tugas kita, kita jalankan.kan.kan.

bile ditegur, dinasihatkan, jagan maki orang, jangan buat jahat kat orang, jangan tu, jangan ni, Allah tak suka. nabi tak ajar kita buat macam tu, 
kau sape nak ceramah aku, kau sape nak tegur aku, mak bapak aku pun tak pernah jentik aku.
-,- dapat yang macam ni, rase nak pelempang sebijik dua bagi sedaq sikit.tapi, kesabaran masih ada. tak buat kot. *peacenowar*
eh sayang, pijak ni bumi sape? kau ummat mane? kite ni saudare beb. kita tegur tak nak bagi kau kena bakaq sesorang. kita tegur nak ajak kau masuk taman syurga ramai-ramai.
kalau nak masuk neraka jangan ajak orang, nak masuk syurga jangan lah sensorang. orang tegur tanda dia sayang. 

hidup ni memerlukan bimbingan. kalau tak nak, pi dok gua sane sensorang. selfish sangat. 
setiap antara kita ni adalah pemimpin. hakikatnya kita adalah pemimpin buat diri sendiri. bimbingan tu perlu untuk pimpin diri kita. mana betul.mane yang salah. 
andai kata kalau kita tegur someone tuh, dibalas ngan caci maki, ingat dakwah Rasulullah lagi la kuat cabarannya. kena ludah. kena pinggir.kena ugut. macam -macam.
kita ni, kena ludah sikit, agak2 melenting tak.
ya.kita memang tak sesempurna Rasulullah. tapi, tak salah kan mencontohi akhlaknya menjadi lebih baik dari sebelum ni kan.
memang hakikatnya, cabaran dan dugaan tak akan pernah berhenti mengejar mereka yang inginkan syurga.
tapi, andai iman menebal dalam dada, kesudahannya, bile kita mampu melalui semua ujian tu, kita mampu tersenyum bangga. kuat aku sebenarnya. Alhamdulillah.

sesungguhnya tugas sebagai da'ie kat dunia tidak akan pernah habis sehinggalah kedua kakinya telah menginjak ke syurga.

Percaya

Bismillahirrahmanirrahim


أَشْهَدُ أَن لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ الل

“Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang sebenarnya melainkan Allah, dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu utusan Allah”.

saban hari kita mengucapkannya dalam solat 5 waktu. inilah lafaz yang paling sesuai bagi menjelaskan tuntutan iman dan islam. setiap pengakuan hendaklah didahului dengan kepercayaan, dan setiap kepercayaan hendaklah didahului dengan pengetahuan dan ilmu. jika tidak,pengakuan dan kepercayaan itu suatu pembohongan.

percaya tak pada Allah?
percaya
percaya Rasulullah?
percaya

semua percaya kalau ditanya soalan macam ni. jawapan semua sama. tapi kepercayaan tu kat mana? di hati atau di bibir semata?
 re-check balik diri kita. kepercayaan kita setakat mana?

andai kata kita dicampakkan di satu lubang besar. kosong. gelap. senyi sepi. apakah kepercayaan kita masih utuh?
andai diberi ujian, Allah tarik insan-insan yang kita sayang, insan yang rapat dengan kita. apakah kita masih percayakan qada' dan qadar Allah?
andai kata kita sering dihina, di caci maki, dibenci seluruh dunia. adakah kita masih percaya Allah masih bersama kita? Allah sayangkan hambaNya?

cakap memang senang. ya. saya percaya. cuba letakkan diri kamu dalam situasi2 genting macam tu. pertimbangan kamu apa? iman masih goyahkah?

terbaca satu artikel daripada 'whatssapp'. bekas pelajar sebuat institusi islam di malaysia*tak ingat kat mana* kejadian berlaku lebih 10 tahun yang lepas. dia ni seorang ustazah. dah kahwin dah tapi malangnya telah bercerai akibat sering di dera sang suami. dalam keadaan yang lemah dan hilang tempat pergantungan, datang seorang makhluk ni beragama kristian menghulurkan bantuan. segala makan pakai wanita ini dijaga. sambil2 itu, dia bercerita tentang agamanya. akibat tidak lagi percayakan takdir Allah terhadap ujian yang di timpa ke atasnya, wanita tadi mengambil keputusan bertukar agama. dari Islam kepada Cristian. Allahuakbar. senipis kulit bawang imannya. dan semudah abc dia menukarkan agamanya. hilang segala ilmu dan kepercayaan yang dimiliki dan dipegang selama ini hanya kerana sekecil ujian yang Allah timpakan. wanita berkenaan berkahwin dengan lelaki yang membantunya selama ini dan berpindah hidup ke US. sekarang menjadi salah satu duta bantuan dalam agama baru yang dianutinya.

hilang sudah kepercayaan terhadap agama Allah. astaghfirullah. moga kita dijauhkan daripada kejadian seperti ini.

macam mana nak renew iman kita? nak letakkan Allah dihati kita?
banyakkan membaca kitab cintaNya, al-Quran. baca pulak jangan men hentam je. tak faham apa. kalau boleh, carilah yang ada tafsir. banyak dah yang jual ada tafsir sekarang. memudahkan mereka yang membaca memahami isi-isi dan kata-kata Allah. fahami maksud yang nak Allah sampaikan.
banyakkan berzikir muhasabah diri.
insyaAllah Allah jaga iman kita.

nasihat buat kalian dan diri ini juga yang sering lalai.
semoga bermanfaat dan selamat beramal

Doa Qunut Nazilah


BISMILLAH AR RAHMAN AR RAHIM

Ya Allah. kami letakkanMu di batang leher musuh-musuh kami
dan kami berlindung denganMu dari kejahatan mereka
Ya Allah hancurkan kumpulan mereka
Ya Allah pecahkan pakatan mereka
Ya Allah leburkan pendirian mereka
Ya Allah musnahkan langkah mereka
Cengkamkan anjing-anjingMu kepada mereka
Ya Allah yang Maha Memaksa
Ya Allah yang Maha Perkasa
Ya Allah yang Maha Membalas
Ya Allahu Ya Allah
Yang tutunkan kitab
Yang gerakkan Awan
Yang tewaskan tentera ahzab
kalahkan mereka
dan kemenangan untuk kami.


*Tentera Ahzab yang disebut didalam setiap kali takbir hari Raya ialah pasukan bersekutu, pakatan diantara golongan yahudi, ahli Kitab dan pemimpin musyrikin Mekah serta Kabilah kabilah Lain di Mekah yang sentiasa berusaha untuk menghancurkan Islam dizaman tersebut.

aku ingin Pulang

In The name of Allah, The Most Compassionate, The Most Merciful
hello silent readers! n_n

'perkara yang paling jauh dari kita adalah masa silam.perkara yang paling dekat dengan kita adalah kematian'

semua manusia ada masa silam mereka. baik ataupun sebaliknya, Allah yang tahu. yang meentukan kita hari in bukan kerana masa silam kita. tapi apa yang berlaku sekarang akan membentuk diri kita pada masa hadapan. berubah sekarang, berubahlah masa depan. 

semua tahu mati itu pasti, tapi tak siapa yang sedar mati itu menghampiri. ramai yang insaf 'touch and go'sahaja. kejap je insafnya. bila dengar ceramah,tazkirah, peringatan tentang kematian,takutnya, nak taubat, nak mintak ampun. semua nak buat time tu. tapi bila habis semua tu? kembali seperti biasa. bergelumang kembali dengan noda dosa. kejap je. sebab tu Allah ciptakan antara kita untuk saling mengingatkan. saling menegur. saling mendoakan. fitrah manusia. memang selalu lupa. 

terkadang atyn terfikir, terasa macam nak kembali ke zaman yang lampau. zaman di mana semua tk mengenali diri ni. even kat kelas pon.*macamterukjebunyinye-,-* tak wujud. kejap.bajet sekarang femes.tak jugak. :p dulu-dulu. atyn suka jad pemerhati. tak banyak cakap. banyak tengok. pendiam. yes i am. tapi everything bertukar 360 lepas masuk IIC.*iicpleasebangga sikit>_<*
jumpa sahabat2 sekalian. oh bahagianya ada sahabat macam korang.Alhamdulillah. cantik aturan Allah. Allah ganti dengan yang lebih baik. now, everything we share together will be a great memories in my life.


aku sebenarnya
ingin sekali pulang
pulang kepada fitrah
di mana yang aku kenali cuma
keluarga dan Allah semata
tapi aku,
manusia hina
sering kali tersilap langkah
sering kali jatuh tersungkur
diuji permainan dunia
yang sering melupakan aku
pada pencipta yang Satu.
Allah.
aku bingung
aku buntu
hilang.tenggelam dalam dosa silam
apakah diri masih diterima
bagaimana amalanku?
berkualitkah selam ini yaAllah?
bantu aku pulang 
aku tak ingin berlama dalam dosa
kerana aku telah menyedari
setelah aku mengetahui
tentang segala sesuatu itu.
bantu aku.
fahami aku.
tolong.





the Tudung Labuh

bismillahirahmanirrahim

talking-talking about the 'tudung labuh'. yes. i am the one who wearing it. nice huh? -,- perasan kejap.haha.
 labuh itu lawa kan.kan.kan. Alhamdulillah Allah pilih atyn untuk berada di jalan ini. sekarang menjadi tugas atyn pulak untuk menyampaikan buat kalian-kalian semua^^ boleh kan. ajak mak,akak,adik, sepupu sepapat semua.(girls only) kita pi jalan yang otw ke syurga nak?

meh nak cite.

"wei, kau dulu dari sekolah agama ke?"
""ëh tak lah. aku sekolah bandar putra tu je."
öh. dah tu yang pakai tudung labuh ni apasal?"
"kenapa? tudung ni kat sekolah agama je ke?"
"selalunye kan macam tu."
"oh. sebab sekolah la ni."

selalu sangat dah soalan ni atyn dapat. dah lali dah. dari zaman sekolah sampailah masuk IPT. pelik kan pemikiran masyarakat kita. asal pakai tudung labuh je mesti dari sekolah agama. pondok ke, madrasah ke. kenapa? kalau tak masuk situ tak boleh pakai la?

Alhamdulillah ummi didik atyn pakai tudung yang menutupi bawah dada dari atyn darjah satu lagi. kalau tengok gamba sekolah time dulu-dulu. kelakar sangat. tudung atyn betul-betul bulat ummi buat.haha.. tapi, comel ap. ;)

kebaikan pakai tudung labuh?
- senang.
-aurat terjaga daripada tatapan laser mata ajnabi
-selamat.(ramai yg tak berani dekat.percayalah.(pengalaman)
-boleh buat solat
-dapat pahala
-Allah suka
-malaikat jaga
-lawa
-cun
-comel
-sejuk mata memandang :)

tudung labuh pun banyak pilihan. Islam ni kan mudah. tak semestinya kena pakai yang macam tudung sekolah tu.kalau tak nak pakai yang macam kain licin tu, pakai lah tudung apa-apa pun, bawal ke, shawl ke, half moon ke, asalkan aurat kita terjaga. 

jangan susahkan benda yang mudah k.
Allah suka kalau kita ikut perintahNya kan? yang mana wajb kita buat. yang sunat tambah-tambahkan lah. kita tak tahu amalan kita yang mana akan Allah terima kan. mungkin dengan berpakaian menutup aurat boleh jadi ibadat yang paling baik. mana tahu kan. 

ops!lagi satu. stokin jangan lupe sarung kat kaki anda yang lawa tu ye. kaki tu kan aurat kita jugak.;)


tak paham!

bismillahirrahmanirrahim.

wujudnya entry kali ini adalah kerana ingin mengisi masa lapang yang terluang dirumah. oh bahase ku.-,-
walaupun badan tak berapa nak sihat, cheq demam naa~~ mintak tembakan doa dari kalian. tapi tak mengapa.. boleh jadikan sebagai kifarah dosa. penghapus dosa-dosa kecil kan.kan.kan.

oke dah. tangan gatai nak menaip ni.
manusia ni pelik kan? kita lah. sebab tu kita ni unik. berbeza dengan yang lain. apa yang uniknye?
ni nak cite, bila kita dok ramai2 ngan kawan kita serumah, macam-macam perangai la ada kan?
pastu ada sorang kawan atyn ni, kalau dia masuk toilet, Ya Allah,~~ lama nak mampiuh! ade la dekat 20 minit. ape yang lama sangat duk dalam toilet tu tak tau la.. padahal masuk mandi ja pun. nak cakap pi basuh kain tak jugak. tak paham ni. banyak kali dengaq ramai orang kata kalau perepuan mandi lama gila. macam tadi lah. oke. seriously atyn tak paham kenapa and macam mana diorang boleh mandi la-lama dalam toilet tuh.

katanya tempat paling best menenagkan fikiran. eh, bek pegi tido. lagi best apa.hoho. atyn paling tak suka dok dalam toilet, mandi lama-lama. kalau boleh nak keluar secepatnya. apa je yang ada dalam toilet tuh.. tak mau la kawan dengan 'makhluk-makhluk'tu.

pastu tempat yang baling best na baca buku. atas katil. baik punye. ni pon atyn tak paham kenapa. kalau dok kat meja leklok kan okay sikit. baru boleh fokus. tapi pena la jugak try baca buku atas katil nih. lastnye, tido la jawabnye.

sampai sekarang tak paham.tak paham.tak paham kenapa.oke dah. baii.

ANDAI LELAKI TAHU



Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah mencintai lelaki itu.

Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itu maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak sesuatu yang terjadi.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cerewet, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu kamu berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima kamu seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan kamu, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan kamu dan masih menganggap kamu anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. terkadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, kamu akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk kamu .

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan duit atau hadiah, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat dia rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak mencintai kamu tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu dgn kamu, dia benar-benar maksudkannya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia denganmu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata kasar, dia bukan bermaksud utk berkasar, tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan sikapnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar mencintai anda. Perempuan sulit untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun sebenarnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang dapat menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

SEMOGA BERMANFAAT

Hak cipta adalah milik Allah SWT semata. Hak kita sebagai manusia adalah berlumba-lumba menyebarluaskan kata-kata kebaikan kepada seluruh umat manusia.

Sungguh bahagia insan yang telah menemukan cinta sejatinya.. ibarat tasbih & benang pengikatnya. terajut menjadi satu untaian yang selalu disentuh satu demi satu oleh insan mulia yang bibirnya basah akan cinta kepada tuhanNya

Semoga tulisan sederhana ini bermanfaat bagi Anda. Mohon maaf bila ada kata-kata yang kurang berkenan.

Semoga kita dapat mengambil hikmah dalam setiap kejadian.
c/p

Bangkitnya sekeping Hati

selawat dan salam buat junjungan baginda, Muhammad s.a.w dan para sahabat. sollualannabi.allahumasallialasaidinamuhammad.
moga pembaca sekalian berada dalam lindungan, rahmat dan nikmat Allah hendaknya.

saat jari-jemari menekan-nekan kekunci menghasilkan huruf-huruf yang bersambungan membentuk satu ayat, memberi satu makna buat yang sudi membaca, mutiara jernih yang datangnya dari sepasang kelopak mata yang Allah anugerahkan tidak henti-henti mengalir. setitis demi setitis kembali menghujan. setiap kali di usap bagi menghapusnya, makin lebat mutiara itu jatuh ke pipi. sebak. 

terasa dingin saat di sapa angin lalu. sunyi sepi di dini hari. sedang yang lain lena diulit mimpi, hati ini bagai dipanggil-panggil untuk terus sujud menghambakan diri kepada sang Pencipta diri. terasa kerdil di hadapanNya. terlayar kembali segala dosa-dosa yang menyelaputi diri mahupun hati. zikrullah belayar di hati, membersihkan diri dari segala kekotoran duniawi. air mata kembali menjadi peneman seorang hamba menyerah diri.

itu tanda, hati masih lagi impikan panduan, tarbiyyah dan Alhamdulillah masih belum mati. lumrah manusia biasa. fitrah Allah kurniakan sekeping hati bagi setiap insan. dalam hati itu terkandung berbagai-bagai perasaan. suka, bahagia, gembira, derita, kecewa, sedih, pilu. pasti setiap manusia akan merasa apa yang ada dalam hati mereka. terasa bagaimana bahagianya sekeping hati mahupun sakit atau menderita hatinya.

bahagia. tidak mampu digambarkan dengan kata-kata akan satu perkataan itu. tidak mampu dibeli mahupun dijual untuk menggapai bahagia. hanya perlu merasa. bergembiralah mereka yang merasa bahagia bersama mereka.

derita?kecewa?sedih? bagaimana? itu juga sebenarnya anugerah Allah kurniakan buat diri. dengan itu, kita kembali menyedari kesilapan diri untuk terus menghambakan diri kepada ilahi. terpulang kepada cara kita mengatasi. 

telinga di pasang. satu-persatu ceritanya dihadam oleh akal kemudian disampaikan ke hati. apa perasaan kini?  cerita apa? kalau gembira, mungkin bisa tersenyum sekarang. tapi sebaliknya. saat ini air mata tak ingin hemnti-henti mengalir. penah sudah dihapus. lalu di biarkan terus membasahi wajah. sakit dalam dada. hati bagai menunggu masa jatuh ke lubang kecewa. 

namun, tidak sekali-kali akan biarkan ianya terjadi. mengapa? kembali menilai diri. kenapa ia boleh terjadi? mengapa perlu ia di ceritakan? apa hanya untuk menyakitimu? atau dia cuba berlaku jujur denganmu?
zikrullah kembali berlagu dalam diri. mengembalikan semagat yang hampir pudar sebentar tadi. mengalirlah nama-nama Allah dalam diri. kembalikan diri dalam keaadaan redha dari Ilahi.




muhasabah diri kembali. kita manusia biasa. tetapi, cubalah untuk menjadi luar biasa. 
sakit di dalam hati, kecewa yang ingin mendekati diri, ditolak ke tepi. dipagari jauh dari hati. tidak akan sesekali dibiarkan menghampiri sekeping hati yang baru dicuci.

bibir cuba mengukir senyuman. bangkit melawan perasaan yang bersarang. kita kan nak jadi manusia luar biasa. ayuh!bangkit! Alhamdulillah. berjaya mengatasinya. tenang terasa mula menyelubingi diri. yang lalu biarkan berlalu. tak semua manusia sempurna melainkan kekasih Allah. kita hanya diuji tanda kasih sayang Allah buat diri. kembali menjalani kehidupan seperti biasa dan pastinya mencintai mereka yang memberi ujian yang menyedarkan dan menabahkan hati kita. Alhamdulillah.Alhamdulillah.Alhamdulillah.
perancangan Allah cantik kan? 
(n_n)
-oktober-


kerana dirimu begitu berharga

siapa kata jadi perempuan tu senang?

nak kena tutup sana, tutup sini

tengok budak lelaki, pakai baju pagoda pon orang x bising

perempuan, stoking pon kena pakai

cuba suruh budak lelaki jadi perempuan satu hari

komfem x tahan bertutup semua

tapi, perempuan cool jek

tengah panas pon boleh lagi pakai jubah, hebat kan perempuan?

siapa kata jadi perempuan tu senang?

tiap2 bulan, mesti ada penyakit

nak pergi kelas pon susah

kalau boleh, masa tengah jalan tu nak jek meraung sbb sakit

cuba tengok budak lelaki , selamber jek

kadang2 setahun sekali pon susah nak dapat sakit

tapi, perempuan hidup berpuluh2 tahun dgn penyakit tiap2 bulan, survive jek

tengah2 sakit pon boleh senyum lagi sampai orang pon x perasan yg dia sakit

hebat kan perempuan?

siapa kata jadi perempuan tu senang?

hati ni Allah jadikan lembut betul

cepat jek sensitif

cuba tengok orang putus cinta

selalu perempuan yg paling susah nak lupa

lelaki lepas putus cinta cepat jek pasang baru

cuba pergi wayang tengok cerita hindustan

siapa yg paling teruk menangis?

perempuan kan?lelaki boleh gelak2 lagi

lembut tak lembut hati perempuan

tapi dengan hati yg lembut tu perempuan dapat mengkagumkan lelaki

hebat tak perempuan?

disebabkan susahnya nak jadik perempuan ni lah, ramai perempuan yg merajuk dengan Allah

diorang cakap, Allah x adil

kenapa Allah lebihkan lelaki?

kenapa perempuan kena dengar cakap suami?

kenapa syurga perempuan terletak di bawah kaki suami?

padahal jadi perempuan tu sangatlah susah

bak kata orang, nak jaga 10 anak lelaki, x susah macam nak jaga sorang anak perempuan

dan disebabkan perasaan negatif dekat Allah ni, ramai perempuan2 kat luar sana yg rebel

diorang pakai pakaian yg tidak menutup aurat dengan alasan, 'lelaki x payah tutup pon'

diorang berani bertepuk tampar dengan lelaki

diorang sanggup gadaikan diri diorang sbb percaya dengan janji manis kekasih yg busuk hati

kesian kan kat diorang?

disebabkan fikiran yg negatif terhadap Allah, diorang sanggup rosakkan diri diorang

diorang cakap diorang buat macam tu sbb Allah x adil

persoalannya sekarang

betul ke Allah x adil dengan perempuan?

betul, syurga perempuan terletak di bawah kaki suami

tapi, cuba ingat balik, syurga seorang anak lelaki terletak di bawah kaki siapa kalau bukan kaki ibunya?

betul, isteri kena ikut cakap suami

tapi, seorang anak lelaki kena taat pada ibunya 3 kali lebih utama daripada ayahnya

x adil lagikah Allah pada perempuan?

Allah bukan setakat adil, tapi Allah tu sangat sayang kat perempuan

untuk lelaki, syurga isterinya terletak di bawah kakinya

kalau paling banyak dia ada 4 orang isteri

cuma ada 4 orang yg syurganya bergantung pada seorang lelaki tu

tapi perempuan, ditakdirkan ada 15 orang anak lelaki

bermakna ada 15 orang yg syurganya terletak pada seorang perempuan tu

mashaAllah, hebatnya perempuan kan?

kenapa perempuan hebat?sebab kasih sayang Allah yg jadikan kita hebat

cuba dengar pula lagu2 yg berkumandang dekat radio

banyak lagu pasal perempuan kan?

contohnya macam lagu SUMAIYYAH,

jarang kita dengar lagu pasal lelaki

sayang x sayang Allah tu dekat perempuan, sampai perempuan dikasihi macam tu sekali dekat dunia

tengok pula, bila seorang lelaki berjaya

orang akan cakap

'disebalik kejayaan seorang lelaki terdapat seorang perempuan di belakangnya'

kita x pernah dengar orang cakap

'disebalik kejayaan seorang perempuan terdapat seorang lelaki di belakangnya'

kan?hebat x Allah jadikan perempuan tu?

masih x adil lagikah Allah dekat perempuan?

Allah sebenarnya terlampau adil dekat perempuan

sampaikan disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni

perempuan senang nak masuk syurga

tengok hadis ni

"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai."

(Hadis Riwayat Ahmad)

x adil lagikah Allah dekat perempuan?

oh perempuan, sedarlah

betapa sayangnya Allah dekat kita

betapa cintanya Allah dekat kita

tapi, kenapa kita nak rosakkan diri kita kerana fikiran2 negatif yg x berasas dekat Allah?

Allah jadikan perempuan tu sebagai hiasan dunia

bayang, dunia yg besar ni, dunia yg cantik ni, kita jadi hiasan

dan seindah2 hiasan tu adalah wanita solehah

kesiannya dekat kita kalau kita tolak untuk jadi seindah hiasan kan?

P/S:Subnallah ! Kite selalu merungut susahnya jadi perempuan...Tapi kita xnampak apa kelebihan perempuan...Bahkan,ada lelaki yang cemburu dengan kelebihan yang perempuan peroleh..Tapi kita sebagai perempuan,xbersyukur dengan kelebihan yang kita dapat...Bersyukurlah..




♥|♥ Wanita ibarat EPAL... Epal yg tidak berkualiti amat mudah dipengaruhi kerana ia berguguran di tanah... Tetapi epal yg tidak mampu dibeli berada di puncak... Susah dipetik dan digapai... Terkadang ia risau kenapa tiada yg memetiknya... Lantas merendahkan dirinya... Sedangkan Allah telah menjadikan martabatnya TINGGI dan hanya lelaki yg benar-benar hebat yg mampu memilikinya...  ♥~

Destinasi Seterusnya. 'Dia' sedang menanti

mata dipejam. rapat. yang kelihatan kini hanya kegelapan.
seperti beralih ke dunia si buta. dikelilingi oleh kegelapan.
apa yang mampu dilakukan, hanya mendengar. masih ada nikat Tuhan yang masih boleh digunakan. Alhamdulillah. telinga dipasang tajam. dalam kegelapan, mencari arah hanya dengan mendegar.

"buuuuuummm!!!!"
"ïnnalillahiwainnailaihirajiun. sesungguhnya daripada Allah kita datang, dan kepada Allah jualah kita dikembalikan"
sunyi kembali.
siapa?entah siapa.

datang dari satu arah, cahaya yang menyilaukan. cuba melihat dari dalam kegelapan. 
semakin lama, gambaran pudar sedikit demi sedikit kembali jelas di pandangan. dikelilingi oleh ramai orang. ibu menangis? kenapa wajah ayah suram?
wajah dipalingkan ke sudut rumah itu. adik. adiiikkk!!! hey. dengar tak ni? sambil tangan di lambai ke arhnya. adik kaku di situ. tetapi matanya ke arah ruang tengah di rumah.
lantas wajah terus berpaling.
siapa yang berbalut kain putih di ruang tengah tu?
kedengaran suara pak imam. pak imam? apa dia buat di sini?
""masukkan elok-elok kapas dala hidung arwah"

ha!? arwah? arwah siapa pulak ni?
kaki digagahkan berdiri melangkah ke arah jasad berbalut kain putih itu.
kaku. kaki tak mampu terus berdiri. melutut di tepi jasad putih itu.
eh!!!itu bukan aku ke? aku dah mati?? ibuuuuu!!!!ayaaaahhhhhh!!!
penat menjerit. mereka tidak berpaling.

"kita mulakan solat jenazah ye. Allahuakbar"

eh!aku tak mati lagi lah.. aku kat sini. kenapa semua orang tak nampak aku ni?
aku tak nak mati lagi!!!!jangan solatkan aku.!!
aku tak nak mati!! aku masih banyak dosa!!
aku tak sempat mintak ampun ibu dan ayah aku!!
aku tinggal solat!! aku abaikan perintah Tuhan!!
aku tak nak mati lagi!!
mengongoi di situ.. tiada siapa yang mendengar.

"ängkat jenazah elok-elok ke dalam keranda.kita bergerak ke tanah perkubura. al-fatihah"
jangan!!!jangan bawa aku pergi.!! aku tak nak ke sana!
ibuuu!ayaaahh!! aku tak nak pergi!!
tolong!!aku tak nak pergi!!!
sepi. tiada siapa mendengar.

"hati-hati. hadapkan wajahnya kke kiblat. longgarkan tali-tali yang mengikatnya itu.boleh turunkan tanah dah ni. hati-hati."
tidaaaaakkkkk!!!jangan timbus akuuuuu!!!
aku tak nak mati lagii!!!!ibuu!!ayaaahhh!!adiikkk!!
aku nak balikkk!!!!
sunyi.tiada siapa yang mendengar.

usai talkin dibaca, semua bergerak meninggalkan destinasi terakhir manusia itu.
mengongoi di situ sendirian.
usai tujuh langkah yang terakhir berlalu, bau busuk mula memasuki rongga hidung.
busuknya!eh, lembaga apa tu.? buruknya.gelapnya.apa yang dia pegang tu?
semakin menghampiri.

""siapa Tuhanmu?????!!!!!"
suaranya bergema mampu menggetarkan seluruh tubuh yang mendengarnya.
"a...aaaa...aakkkuuuu takkk taaahhuuuuu"

"paaaaaannnngggg!!!!!!!!"
objek ditangannya dihayun ke jasad.

"saaaaaaakkkkkkkkkkiiiiiiiiittttttttt!!!!!!!!!!"

""siapa Nabimu???!!!!!"
bergema lagi suara lembaga itu deselangi petir.

"akuuuuu tak tahuuuuuuuu!!!!"

"paaaaaannnnnnngggggg!!!!!!!!"

cukuuup!!!!saaaaakkkkiiiittt!!!
ibuuuuu!!ayaaaaahhh!!sakiiiittt!!

"apa AGAMA mu????!!!!""
bagai halilintar lembaga itu bertanya.

"aaaaakkkkuuuu taaaakkkk tahuuuuuuu!!"

"paaaannnnnnngggggg!!!!!!"
dipukul berkali-kali ke jasad lemah itu

"apa KIBLAT kamu????!!!!!""

""äkuuuuuuuuu taaaakkkkkk taaaahuuuuuu"

"ppaaaannnnnnngggggg!!!!!!"

saaaaakkkkkiiiiiiiitttttt yaAlllahhh...
saaaaakkiiiiiiittttt!!!!

"siapa SAUDARA mu???!!!"
semakin meninggi suara lembaga itu.

"akuuuuuuuuu taaaakkkkkk taaaahuuuuuu"

"ppaaaannnnnnngggggg!!!!!!""ppaaaannnnnnngggggg!!!!!!""ppaaaannnnnnngggggg!!!!!!"

aaaaaarrrrrgggghhhh!!!!sakit ya Allah.. sakit!!

teresak di situ. terkulai layu. tiada siapa mampu membantu.
perlahan-lahan terlayar dosa-dosa selama di dunia

ibu minta tolong angkatkan kain.
apa kau balas?
ibu angkatlah sendiri.ada kaki kan. pemalas!
ayah minta tolong ambilkan air buatnya yang baru pulang menoreh.
apa kau balas
argh!!ambil lah sendiri. dah lah busuk. menyusahkan orang pulak.kaki tangan ada kan.

itu jawapan kamu setalah penat lelah ibu membesarkanmu???!!!
itu balasan kamu setelah penat seharian ayah mencari rezeki untuk kamu??!!!
kau tampar ibu bila ibu mengingatkan m tentang solat.
kau tolak ayah hingga jatuh tersungkur saat menghalangmu keluar lewat malam
mana budi mu buat mereka???
kosong! anak durhaka!
sekarang, terima balasannya!!

Allah!Allah!Allah!
gelap.sunyi.sepi.sendiri.
nak kembali?
semuanya sudah terlambat.





Ku merintih, aku menangis,
Ku meratap, aku mengharap,
Ku meminta dihidupkan semula,
Agar dapat kembali ke dunia nyata

Perjalanan rohku,
Melengkapi sebuah kembara,
Singgah di rahim bonda,
Sebelum menjejak ke dunia,
Menanti di barzakh,
Sebelum berangkat ke mahsyar,
Diperhitung amalan,
Penentu syurga atau sebaliknya

Tanah yang basah berwarna merah,
Semerah mawar dan juga rindu,
Tujuh langkah pun baru berlalu,
Seusai talkin bernada syahdu,
Tenang dan damai di pusaraku,
Nisan batu menjadi tugu,
Namun tak siapa pun tahu resah penantianku

Terbangkitnya aku dari sebuah kematian,
Seakan ku dengari,
Tangis mereka yang ku tinggalkan,
Kehidupan disini bukan suatu khayalan,
Tetapi ia sebenar kejadian

Kembali oh kembali,
Kembalilah kedalam diri,
Sendirian sendiri,
Sendiri bertemankan sepi,
Hanya kain putih yang membaluti tubuhku,
Terbujur dan kaku,
Jasad didalam keranda kayu,

Ajal yang datang dibuka pintu,
Tiada siapa yang memberi tahu,
Tiada siapa pun dapat hindari,
Tiada siapa yang terkecuali,
Lemah jemari nafas terhenti,
Tidak tergambar sakitnya mati,
Cukup sekali tak sanggup untuk ku mengulangi

Jantung berdegup kencang,
Menantikan malaikat datang,
Menggigil ketakutan gelap pekat dipandangan,
Selama ini diceritakan,
Kini aku merasakan,
Di alam barzakh jasad dikebumikan



p/s: peringatan buat diri dan semua. dunia hanya pinjaman dan ujian buat insan bergelar manusia menuju ke destinasi yang seterusnya. akhirat. di dunia lah terujinya keimanan seseorang. hanya dua kesudahan, sama ada tersungkur di tengah jalan atau pun menuju ke Jannah Nya.

selagi masih ada waktu, selagi masih ada langit dan bumi, selagi nyawa masih di jasad, masih belum terlambat untuk menyumbang sesuatu buat bekalan di akhirat kelak.

jangan hingga nyawa berada di halkum,jangan sampai jantung berhenti berdetak. saat itu, taubatmu tiada gunanya lagi.