purdah @ niqab ??

 bismillahirrahmanirrahim
dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
moga kalian sihat dan sentiasa dirahmati Allah sentiasa hendaknya.




Dia merenung tudung labuh yang siap disetarika dua hari lepas tergantung di hujung kamar biliknya. fikirannya menerawang entah kemana. baju yang siap diliipat diangkat menuju ke almarinya. pintu almari ditolak. bajunya disusun rapi. kemas. saat pintu almari ingin dia tutup kembali, terpandangkan purdah buatan kakaknya di celahan pintu almari. tudung labuh bertonakan ungu lembut kembali dipandang sepi. silih berganti pandangannya antara tudung labuh itu dan purdah di depannya.



lantas purdah berwarna sekata dengan tudung labuhnya dicapai.
Di belek terlebih dahulu. halus jahitan tangan kakaknya mengagumkan. "subhanaAllah" ucapan memuji meniti di bibirnya.
dia menuju ke hujung bilik dimana tudung labuhnya digantung. berdiri di situ. lama. tanpa banyak bicara, tudung labuhnya disarung, purdah menutupi wajahnya. usai menyelesakan diri, wajah ditatap di cermin.

"subhanaAllah.Allah"

tangannya lantas merasai degupan jantung yang semakin laju berdegup. bibir masih lagi basah dengan zikrullah. dia semakin mendekati cermin kemudian berhenti beberapa tapak di hadapan cermin penuh di kamarnya. mata dikerdipkan beberapa kali.

äkukah ini?"

soalan itu terus berlagu di kalbu. terasa basah tubir matanya. dia sebak. mengapa? dia sendiri keliru.

"perasaan apakah ini ya Allah?"

lama dia menghadap dirinya yang 'baru'dihapan cermin itu. pelbagai persoalan menerjah di minda.

ketukan di pintu kedengaran. adiknya sudah pulang mungkin. sekali lagi dia menatap dirinya di hadapan cermin itu. terdetik satu niat. kemudian dia menyimpan kembali tudung dan purdah ditempatnya semula.

kerjanya disambung semula. dalam pada itu, fikirannya kembali menagih jawapan daripada persoalan yang timbul.

mengapa dia begitu terkejut dan jantungnya berdegup laju menatap wajah 'baru'nya sendiri tadi?
kenapa wanita itu begitu indah Allah ciptakan?
apa pandangan 'mereka' andaikata dia .........?
beginikah rasanya terlindung?

selama ini, dia cuma memakai tudung labuh ataupun tudung bidang besar menutupi auratnya. tidak terlintas lagi akan purdah yang menyinggahi wajahnya sebentar tadi.

ketika Tuhan menciptakan wanita, malaikat datang dan bertanya,
"mengapa begitu lama engkau ciptakan wanita, Tuhan?"
"sudahkan engkau melihat setiap detail yang telah aku ciptakan untuk wanita? lihatlah dua tangannya mampu menjaga  banyak anak pada saat yang sama, punya pelukan yang dapat menyembuhkan sakit hati dan kerisauan, dan semua itu dengan hanya dua tangan."
malaikat menjawab dan takjub "hanya dengan dua tangan? tidak mungkin.!"

Tuhan menjawab,
"tidakkah kau tahu, dia juga mampu menyembuhkan dirinya sendiri dan boleh bekerja 18 jam sehari."

malaikat mendekati dan mengamati wanita tersebut dan bertanya,
"Tuhan. mengapa wanita terlihat  begitu lelah dan rapuh seolah-olah terlalu banyak beban baginya?"
"itu tidak seperti yang engkau bayangkan. itu adalah air mata."
"untuk apa???"tanya malaikat.                    

" air mata adalah salah satu cara dia menunjukkan kegembiraan, kerisauan, cinta, kesepian, penderitaan dan kebanggaan, serta wanita ini mempunyai kekuatan mempesona lelaki. ini hanya dengan beberapa kemampuan yang dimiliki wanita.dia dapat mengatasi beban lebihbaik daripada lelaki. dia mampu meniman kebahagiaan dan pendapatnya sendiri. dia mampu tersenyum ketika hatinya menjerit kesedihan. mampu menyanyi ketika menangis, menangis saat terharu, bahkan  tertawa ketika ketakutan. dia berkorban demi orang yang dicintainya.dia menangis saat melihat anaknya adalah pemenang. dia gembira dan bersoraksaat sahabatnya tertawa bahagia.  dia begitu bahagia mendengar suara kelahiran. dia begitu bersedih mendengar berita kesakitan dan kematian, tapi dia mampu mengatasinya. dia tahu bahawa sebuah ciuman dan pelukan dapat menyembuhkan luka"

Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:
"ketika aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia, namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."

"aku mmberikannya kekuatan dari dalaman untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya."


" aku memberikannya kepekaan untuk mncintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya"
"aku memberikannya kekuatan utk menyokong suaminya dalam kegagalan dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya.
"aku memberikannya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik  takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu"

"dan akhirnya aku memberikan air mata untuk dititiskan. ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun is perlukan."

"kecantikan sorang wanita bukanlah daripakaian yang dikenakannya, susuk tubuh yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. kecantikan wanita haruslah dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."

cuma wanita itu sentiasa terlupa. betapa berharganya ia. sedangkan yang tertutup indah ini juga dipandang begitu cantik dan takjub oleh sang ajnabi. apatah lagi yang terbuka. Allahu.

hujan. n_n

Bismillahirrahmanirrahim

اَللَّهُمَّ صَيِّبًا نَافِعًا 
Allahumma Shoyyiban Na’fian 
"Ya Allah turunkanlah hujan yang bermanfaat (HR. Bukhari) 

“Dua doa yang tidak pernah ditolak ; doa ketika waktu adzan dan doa ketika waktu hujan”. (HR. Hakim/dishahihkan oleh Adz-Dzahabi ).


dah lama nak share benda ni. baru teringat ni .hehe.
tau tak? buat yang tahu, Alhamdulillah lah. kalau tak, meh sini. kte share sesame k.
sharing is caring kan. ^,~

antara waktu mustajab doa adalah ketika hujan turun.
banyak lagi waktu mustajab doa. tapi nak cerita yang time hujan ni.
kenape? sebab atyn suka sangat time hujan turun.
subhanaAllah.  suka sangat,. kalau boleh rasa nak baring atas rumput menghadap langit.
rasa macam nkmat tak terhingga bila air hujan tu jatuh kat atas badan kita.
waaaaa. bestnyer kalau dapat buat tuu..
atyn selalu berangan, nanti kalau dah khwin, nak cari rumah yang private sikit. kat blakang ke, tepi ke, depan rumah tu ke nak buat taman. jaga rumput leklok. kucing pun aku tak bagi pijak.. hahaha. sebab nanti nak baring situ.. sebelah ada husband i. same2 duk tengok langit time hujan..oh, indahnye.. hahaha. tapi tak buat la time huujan lebat tu. takut gak kene panah petir tak masal kan. hahaha
kemain berangan. blajaq pon tak abih lagi. -,-

setiap kali hujan, atyn akan duk tepi tingkap. kalau hulur tangan, boleh rasa air hujan tu titis kat atas tangan, ya Allah. bestnye.
subhanaAllah. besar nikmat yang Allah kurniakan buat kita selama ni.

dan sepanjang tangan dihulur. sambil air hujan terus menitis ke bumi, doa dipanjat sepanjang waktu hujan tu. nampak sangat time tu, ya Allah, banyak nya yang aku pinta. sedangkan selama ini saku sentiasa lalai dalam bersyukur kepadaMu.
allahu.

belajar daripada alam. belajar daripada hujan. terus menitis ke bumi walaupun tahu, ia mungkin tak dihargai oleh sesetengah manusia.
Allah. moga kita semua tergolong dalam dolongan manusia yang sentisa bersyukur dalam apa jua keadaan dan ketika. amiin.

atyn ada cerita pasal hujan ni.
kisah Rasulullah s.a.w dan malaikat penghitung titisan air hujan.
diriwayatkan ( al mustadrah syeikh an nuri, jilid 5:355, hadis ke 72)
bahawa Rasulullah s.a.w berdabda yang bermaksud:
" di saat aku tiba  di langit di malam isra' miraj, aku melihat satu malaikat memiliki 1000 tangan., di setiap tangan ada 1000 jari. aku melihatnya menghitung jarinya. satu persatu. aku bertanya kepasa Jibril as, pendampingku,

"siapakah gerangan malaikat itu, dan apa tugasnya?"
jibril berkata, sesungguhnya dia adalah malaikat  yang diberi tugas untuk menghitung titisan air hujan yang turun dari langit ke bumi.
Rasulullah bertanya kepada alaikat tadi, 'apakah kamu tahu berapa bilangan titisan hujan yang turun dari langit ke bumi sejak diciptakan Adam as?
malaikat itupun berkata "wahai Rasulullah s.a.w, semi yang telah mengutusmu dengan hak(kebenaran) sesungguhnya aku mengetahui semua jumlah titisan hujan yang turun dari langit ke bumi dari mulai Adam as diciptakan sampai sekarang ini, begitu pula aku mengetahui titisan yang turun ke laut, ke darat, ke hutan rimba, ke gunung ganang, ke lembah, ke sungai, ke sawah dan ke tempat yang tidak diketahui manusia."

mendengar huraian malaikat tadi, Rasulullah s.a.w sangat takjub dan bangga ats kecerdasannya menghitung titisan air hujan. kemudian malaikat tadi berkata kepada baginda,
"wahai Rasulullah s.a.w, walaupun aku memiliki seribu tangan dan sejuta jari dan diberikan kepandaian dan keulungan untuk menghitung titisan hujan, tapi aku memiliki kekurangan dan kelamahan.
Rasulullah bertanya "apakah kekurangan dan kelamahan kamu?"

"wahai Rasulullah, jika ummatmu berkumpul di suatu tempat, mereka menyebut namamu lalu berselawat atasmu, pada saat itu akutidak bisa menghitung berapa banyaknya pahala yang diberikan Allah kepada mereka atas selawat yang mereka ucapkan keatas dirimu."

Allahuakbar.
Allahummasollialasayyidina muhamad.

lembutnya kamu. ^^

bismillah.

today i wanna story about things happened in my life.
atyn ade kenal dengan sorang ni. dah lama kenal, tetiba ada yang menyedarkan atyn yang bagitahu dia ni nampak 'lembut'.
lembut yang macam mana tu? bukan lembut yang macam laen macam tu. lembut yang lembut lah.haha. nanti atyn explain pandangan atyn cemane ye. first, atyn nak kongsi apa yang terlintas kat fikiran bile terfikir pasal lembut ni. ia adalah antara salah satu sifat Rasulullah s.a.w.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud, “ sesiapa yang dikurniakan sifat lemah lembut nescaya ia akan memperoleh kebaikan dalam semua hal.” (riwayat muslim)
boleh dikatakan orang yang lembut ni sangat penyabar.
Lembut dan sabar bukan bererti mengalah, tapi itu adalah tanda orang yang beriman. Itu  yang diajarkan Allah kepada umat islam agar berhemah dan berlemah-lembut dalam setiap urusan.
orang yang memiliki sifat lemah-lembut adalah orang yang sangat beruntung.


daripada pemerhatian atyn la kan, and berdsarkan cerita, orang yang ada sifat lemah lembut ni,
ada yang sejak dari lahir lagi Allah bagi sifat tu dalam diri dia. tapi, ada juga sebb dia latih diri dia dan secara tak langsung sifat tu ada dalam diri dia. tahan marah actually mampu melatih diri memuuk sifat ni.
 dan memeperttimbangkan baik buruknya sesuatu perkara sebelum bertindak.


Orang yang lemah-lembut melambangkan orang yang sentiasa sabar dan tenang (tidak tergesa-gesa). 
tapi, jangan sebab kite ni lembut sangat sampaikan orang boleh pijak kepala kite atau diperbodohkan. kalau dia tegas, MasyaAllah. sangat bagus seiring dengan sifat lemah lembut tu.
orang akan pandang dia ni macam terpelihara. bak kata pepatah melayu, jinak-jinak burung merpati. mudah didekati. tapi bila nk ditangkap, ia lari.


Rasulullah adalah contoh orang yang paling lemah-lembut yang paling baik dalam pergaulan. Sesiapa yang melihat baginda dari jau akan berasa gentar tetapi sesiapa yang bercampur atau bergaul dengan baginda tentu akan menyayangi baginda disebabkan oleh sikap lemah lembut baginda.

jadi,beruntunglah mereka yang mempunyai sifat ni sebab mencontohi sifat baginda Muhammad s.a.w

TAPI KANNN..    
biasa kita dengar lemah lembut ni sinonim dengan perempuan. yang sememangnya Allah kurniakan buat mereka kan..
tapi bila lemah lembut ni kena dengan lelaki, subhanaAllah. ni pada pandangan atyn la kan, lelaki yang lemah lembut ni romantik. ^^. tak semua lelaki yang mampu tonjolkan sifat lemah lembut ni. sebab ego dia tinggi.





sweet je sebenarnya lelaki yang ada sifatRasulullah ni. n_n
atyn pulak lemah ngan manusia yang macam ni.
kenapa? hmm. ntah lah.
yang nak marah tak jadi nak marah
and jadi makin sayang la pulak kan. memang pandai ambik hati dengan sifat ni. sebab tu lah ramai yang sayang Rasulullah kan.
bile dah sayang susah la nak lepas kan. rase macam nak je ikat dia ngan kite 24 jam kan. takut orangg curi. hahaha. merepek.-,-
tapi tu lah hakikatnya apayang atyn rasa.
orang yang lemahlembut biasanya dia ikhlas dengan apa yang dia buat selagi mana benda tu mendatangkan kebaikan buat diri dia.

so, konklusinya aku sayang kamu lah. ^^


pesanan.

Bismillahirrahmanirrahim

allahummasollialasaiyyidinamuhammad.

moga pembaca sekalian berada dalam rahmat dan lindungan Allah hendaknya setiap masa dan ketika. insyaAllah.amiin.

erm..kali ni nak kongsi sikit apa yang terjumpa kat youtube. almaklumlah aku ni memang suka sangat bukak mende alah tu. macam- macam ada. hahaha.tapi ada batasnye lah kan.
video ni khas untuk pasangan yang duk ada perasaan antara satu sama laen ye.
kenape begitu? eh, suke hati akulah nak taip ape kan. haha. oke dah. stop talking alone.-,-

ni dripada pandangan prof muhaya. and bile difikir2 balik, betul jugak apa yang prof cakap ni.
so, selamat menengok and selamat beramal.
 ^___^