USRAH-Terapi Jiwa Muslim


Perkataan usrah berasal dari kalimah Arab, (الأسرة ( yang bermaksud keluarga. Manakala menurut Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka, keluarga bermaksud kaum, saudara mara, kaum kerabat, sanak saudara atau pun ia disebut sebagai Famili. Di dalam kamus al-Munjid Fi al- lughatu Wa al-A’lam adalah mufrad kepada (أسر ) iaitu satu kumpulan yang mempunyai hubungan yang kukuh.


Usrah adalah suatu terapi ataupun makanan kepada jiwa kita,,kalau perut,kita lapar,,kita suapkan dengan makanannya,,begitu juga dengan jiwa kita,,memerlukan makanannya supaya sentiasa sihat dan hidup.Selain itu,dengan berusrah juga,,kita dapat berkongsi segala maklumat sesama kita.dengan ini maklumat kita juga semakin bertambah selain meningkatkan iman kita.Usrah juga membantu kita untuk saling memperingati antara satu sama lain kerana setiap muslim itu adalah bersaudara.Usrah juga mampu mengeratkan silaturrahim sesama kita

TA'ARUF =bekenalan
Sabda Rasulullah SAW : “ seorang mukmin kepada mukmin yang lain ibarat satu binaan yang saling kuat memperkuat antara satu sama lain” ( riwayat Bukhari dan Muslim).
TAFAHUM= saling memahami
saling bermuhasabah atas ketaatan dan maksiat dan saling memberi nasihat jika melihat kekurangan yang ada pada akh mereka. Setiap akh bersedia memberi nasihat pada akh yang lain manakala akh itu pula bersedia menerima nasihat tersebut.
TAKAFUL=setiap akh akan memikul beban akh yang lain sebagai bukti ketinggian iman dan keluhuran ukhuwwah.
Rasulullah SAW bersabda : “manusia yang paling disayangi ialah yang paling bermanfaat kepada manusia lain, sebaik-baik amalan pula ialah memberikan kegembiraan pada saudara seislam, menghilangkan kesusahannya, melunaskan hutang, menghapuskan kelaparannya, sesungguhnya aku suka berjalan bersama saudaraku untuk menunaikan hajatnya lebih aku sukai dari beriktikaf di dalam masjid ini sebulan…”

Ada Apa Pada Usrah??

Usrah ibarat seorang yang sedang mencangkul tanah,mereka nampak pada zahirnya,namun mereka tidak tahu sebenarnya kita sedang membina batas.Begitu juga dengan usrah,mereka nampak kita berhimpun,berbincang,tetapi mereka tidak tahu sebenarnya kita sedang membina semula ISLAM dalam hati-hati kita..Usrah hingga ke syurga
-I LUV ISLAM-



I'll Miss Them

  life must go on,,keep looking foward,,kejayaan sentiasa menanti sesiapa yang ingin menggapainya,,moga2 tercapai impian merealisasikan cita2,
pengalaman lalu mematangkan kte pd hari ini,,4 all my friends,,i'll miss u much,,moga2 kte semua bertemu kembali atas kehendak-Nya


~you left so soon~


sekali kite berkawan,,selamanya tetap kawan,,

buat shabat2ku,,
~you dont die for your friends,,you live for them~

Dan seorang remaja berkata, Bicaralah pada kami tentang Persahabatan.
Dan dia  menjawab:
Sahabat adalah keperluan jiwa, yang mesti dipenuhi.
Dialah ladang hati, yang kau taburi dengan kasih dan kau tuai dengan penuh rasa terima kasih.
Dan dia pulalah naungan dan pendianganmu.
Kerana kau menghampirinya saat hati lupa dan mencarinya saat jiwa mahu kedamaian.

Bila dia berbicara, mengungkapkan fikirannya, kau tiada takut membisikkan kata “Tidak” di kalbumu sendiri, pun tiada kau menyembunyikan kata “Ya”.
Dan bilamana dia diam,hatimu berhenti dari mendengar hatinya; kerana tanpa ungkapan kata, dalam  persahabatan, segala fikiran, hasrat, dan keinginan dilahirkan bersama dan dikongsi, dengan kegembiraan tiada terkirakan.
Di kala berpisah dengan sahabat, tiadalah kau berdukacita;
Kerana yang paling kau kasihi dalam dirinya, mungkin kau nampak lebih jelas dalam ketiadaannya, bagai sebuah gunung bagi seorang pendaki, nampak lebih agung daripada tanah ngarai dataran.

Dan tiada maksud lain dari persahabatan kecuali saling memperkaya roh kejiwaan.
Kerana cinta yang mencari sesuatu di luar jangkauan misterinya, bukanlah cinta , tetapi sebuah jala yang ditebarkan: hanya menangkap yang tiada diharapkan.

Dan persembahkanlah yang terindah bagi sahabatmu.
Jika dia harus tahu musim surutmu, biarlah dia mengenali pula musim pasangmu.
Gerangan apa sahabat itu jika  kau sentiasa mencarinya, untuk sekadar bersama dalam membunuh waktu?
Carilah ia untuk bersama menghidupkan sang waktu!
Kerana dialah yang bisa mengisi kekuranganmu, bukan mengisi kekosonganmu.
Dan dalam manisnya persahabatan, biarkanlah ada tawa ria dan berkongsi kegembiraan..
Kerana dalam titisan kecil embun pagi, hati manusia menemui fajar dan ghairah segar kehidupan.

~ Khalil Gibran


Antara Dua O_o

SPM pon da lepas,,keputusan pun da keluar,,skrg mse tok membuat pilihan,,sy tersangat la pening untk memilih diantara dua,,dua-dua ada kebaikan dan keburukannya,, pakcik sy mengesyorkan Kolej Islam Antarabangsa,,parents sy plak ckp amek STPM@form 6 




  
                                                              kolej nie under UIA


                                                        masok blek sekolah ^^

skrg nie tgah blur nak pegi yang mne,,dan sementara itu,istikharah adalah sebaik2 penyelesaian ^^,,hope dapt keputusan secepatnya dan keputusan yg bakal diambil adlah tepat,,insyaAllah