cerita dulu kala.

Bismillah.
berzaman tak update, post semua lah draft yg ada.
lama tak menaip. ingat nak bersara dah. tak jadi. sekarang aku menaip, menulis, untuk kepuasan diri sendiri. nak baca, bca, nak komen, komen. tak nak sudah. sila blah. simple kan?

terasa nak describe diri sendiri tapi tak reti. kah. :3
bila tanya orang lae, aku ni cemana dulu, jawapan paling aku bosan dengar,
' kau ni misteri. lama mana kenal kau pun, aku tetap tak kenal kau'
' sombong'
'berlagak'
'pendiam'

hmm. ada aku kesah semua tu? tak. ahahaha. zaman sekolah, aku lebih suka and bahagia dengan dunia aku sendiri. aku tak suka mengenali dan dikenali. nampak sadis tak? aku peduli ape. asal hati aku bukan kau yang bahagiakan.  hidup aku, kawan kat sekolah, sekolah ja. balik ghumah, famili. aku-sekolah-famili. itu sahaja. tak dak la time tu kata nak hang out ngn kengkawan ka, jenjalan ka, lepak pepetang ke. no.no.no. tak dak dalam kamus hidup aku. selagi mana aku ada kat rumah boleh tengok mak bapak, selagi tu la aku tak peduli yang lain. nak kawan kat sekolah ja. 
bagi aku, oh gila bahagia boleh duduk rumah sama ummi abah.adik adik. 
entah kenapa. tapi, itu yang ummi abah ajar. 

lagi satu. 
zaman sekolah dulu aku cukup anti dengan lelaki. cikgu lelaki terkecuali.
budak lelaki, memang aku anti. tp takde lah anti sampai jeling maut ke nak bunuh diorang ke apa. 
cuma aku tak suka. tak suka berurusan dengan lelaki. 
borak lagi jaoh. kenapa? ada sejarah hitam yang buat aku jadi gitu.

nak dijadikan cerita, meh nak cite.
ada seorang budak lelaki indian mix.( sebb kulit dia tak macam indian sgt)
dia ni pulak duk kelas sebelah kelas aku. and dia tak kawan pun ngn budak sebangsa dengan dia. i mean bukan tak kawan langsung. tp tak rapat. best friend dia semua melayu. astu siap masuk geng kompang dipalu eh eh eh eh. haa. tak ke pelik. aku nmpak dia masuk kompang sebb ritu ada majlis yg kene men kompang kat dataran sekolah tu lah. nama dia pun aku lupa dah.

pendekkan cerita. aku ni tak reti nak ambik kesah pasal apa yang jadi ngn bebudak kelas aku tetiba bff aku yg duk sebelah aku dr form 1 sampai 3 sampaikan mesej kejam gila kat aku ritu.
 mamat indian tu suka aku !!!! 
whatttt????
dia cakap, mamat tu tiap hari lalu depan kelas kteorang sebb just nak tengok kau dtg tak sekolah aritu.
ada aku kesah ke kau lalu berapa banyak kat kelas aku tuh? yang aku pelik, dia suka budak melayu. ha?? moga Tuhan bagi petunjuk hidayah kat kau cecepat la eah.amin.

hmm. dia nak aku perasan kut tu yg dia lalu depan kelas aku tetiap ari. lantak dia lah. sampai ke sudah aku buat bodoh. 
satu hari tu, tengah exam. beg kene letak luar. last exam, bila dah habis, balik lah kan.
cari beg aku, tak jumpa. sampai kesudah. dekat 15 minit aku cari. tetiba ada yang huluq beg aku tetengah aku tension ngadap meja sekolah time tu. tahu siapa? dia lah.! kwangjaq. bff aku a.k.a body guard aku pun siasat lah dia kenapa ambik beg aku.
boleh dia jawab , sebb aku tak pernah nak perasan dia. even dia tegur pun aku tak layan dia. heh! nak je menyumpah b****k kat situ.  pastu aku terus blah. boleh tahan lagi sabar time tu. 

ada satu hari tu, aku perasan masuk sekolah pagi tu, dia ada kat tepi tangga nak nek kelas. sebb tu ja jalan yang ada terpaksa lalu. aku tak tahu la dia geram ke dendam ngan aku, tengah tengah aku nek tangga tu, dia tarik beg aku dari belakang. apa lagi, nak jatuh tergolek la wei ! naseb sempat aku pegang palang tu ja. nak tahu apa aku buat? pepagi dah buat aku baran.
aku nampak dia macam terkejut and tak sangka aku nak jatuh kut. tetiba mintak sorry bagai. tau takut. tp aku tak peduli dah. lama dah aku tahan. aku diri depan dia. dengan senyuman dipaksa aku mintak pinjam buku kat tangan dia.
aku belek belek sikit acah acah nengok padahal buku geografi ting 3. agak lah tebal mana.
and dengan muka tak bersalah, tangan yg pegang buku tu aku hayun setinggi mungkin. pap! hinggap kat muka dia.

amaran akhir aku bg ' sekali lagi kau kacau aku, bukan setakat  tapak kasut aku ni hinggap kat muka kau, tp dengan muka kau sekali aku bg cium lantai!'
ayat tu aku ingt sampai mati lah !
dia? dengan pipi nampak merah, pandang aku dengn terngaga.
hambek kau. cari pasal lagi. 
kesudahnya, aku masuk kelas dengan badan yang menggigil teramat. 
satu sebb aku geram sangat dia tak reti nak  hormat aku sebagai perempuan and yg kedua,
sebab aku tampar dia pakai buku tebal . benda yg tak pernah aku buat! hahahaha.

aman hidup aku lepas tu. tp aku dengar je diorang duk ngumpat cerita pasal aku.
hmm. mcam biasa, ada aku kesah? ceit !

itu cerita lama aku. panjang pulak.
sekarang? next post la sambung.
ok.bye.  


cerita angan angan

Assalamualaikum
bismillahirrahmanirrahim.


tiap-tiap hari aku berangan. 
berangan nak itu berangan nak ini. angan angan akan tetap jadi angan angan kalau tak usaha untuk capai angan angn tu.
dreams until your dreams come true.

disebabkan angan-angan aku terlalu banyak :p
meh cerita satu je lah.

cerita dia, aku suka berangan. kbye.