Umar al-Khattab

Bismillah.

terjumpa ni somewhere. terasa nak share kepada semua. moga bisa juga menyentuh hati kalian.

Pada suatu hari Rasulullah SAW berkumpul dengan para Sahabatnya, Beliau berkata pada Umar al Khattab.

Cuba ceritakan kepadaku yang boleh membuat aku tertawa dan membuat aku menangis.”

Maka Umar al Khattab pun bercerita. ”Dahulu sebelum aku mengenal Islam, aku membuat patung berhala dari manisan. Lalu aku pun menyembah patung itu.”

“Selesai menyembah berhala itu aku berasa lapar lalu pergi ke dapur, tak kudapatkan walau sedikitpun makanan lalu aku kembali ke tempat penyembahanku. Ketika itu Tak ada makanan selain tuhan sembahanku itu, akhirnya dengan rasa sesal aku pun memakan tuhan yang kusembah sebelumnya. Aku memakan berhala tersebut mulai dari kepalanya, kemudian tangannya, badannya hingga habis tak tersisa lagi.”

Mendengar cerita Umar al Khattab itu Rasulullah tertawa hingga kelihatan gigi grahamnya, Beliau pun bertanya,

”Dimana akalmu waktu Itu?”

Umar al Khattab menjawab, “Akalku memang pintar namun sembahan itu yang menyesatkan daku.”

Lalu Rasulullah SAW bertanya kepada Umar al Khattab. "Ceritakan kepadaku perkara yang boleh membuat aku menangis?"

Umar al Khattab pun bercerita. ”Dahulu aku ada seorang anak perempuan, aku ajak anak tersebut kesuatu tempat, Tiba ditempat yang aku tuju, aku mulai menggali sebuah lubang. Setiap kali tanah yang aku gali mengenai bajuku, maka anak perempuanku membersihkannya.

“Dia tidak mengetahui sesungguhnya lubang yang aku gali adalah untuk menguburnya hidup-hidup, untuk persembahan berhala. Selesai menggali lubang, aku melempar anak perempuanku kedalam lubang. Dia menangis kuat sambil menatap wajahku. Masih terngiang wajah anakku yang masih tidak mengerti apa yang dilakukan ayahnya sendiri dari bawah lubang."

Mendengar cerita itu maka menitis air mata Rasulullah SAW…

(petikan dari Kisah-Kisah Islam Syeikh Mustafa Shadiq Rafi, Syeikh Ali al Thonthowi dan Syeikh Muhibuddin Al Khotib)

___________________________________________________________
Kisah di atas adalah cerita Umar Al-Khattab sebelum zaman keislamannya. Selepas memeluk Islam, beliau menjadi salah seorang sahabat Rasulullah yang dimuliakan Allah kerana perjuangannya menegakkan Islam dan dijamin masuk syurga.


Sekarang lihat diri anda. 


Adakah anda seorang pelaku dosa? Pada masa yang sama, tanyakan diri anda, "adakah diriku masih bernyawa?". Jangan sia-siakan nyawa tersebut, Gunakan untuk bertaubat. Sedangkan Umar al Khattab yang pernah dahulunya sembah berhala pun boleh masuk syurga setelah bertaubat. Jangan putus asa dengan rahmat Allah. Sesungguhnya, Allah sangat menyayangi dirimu <3
kerana dirimu begitu berharga.

back.

bismillahirrahmanirrrahim..

actually, tak tau nak start balik menghidupkan balik blog ni cemane. lameee sgt tak hupdate.kan.kan.kan.
btw, salam sejahtera.
apa khabar iman,
apa khabar amal,
moga sentiasa terjaga hendaknya.
insyaAllah. amiin,

sekarang ni dalam mood exam. so, memang tak best la cerita dia ni kan.
sape suke exam? ce angkat tangn sikit.. tak nmpak pun. memang tak nmpak pun. ini cuma banyangn sahaja. haha. baguih betoi sapayang suka exam tu kan.. ish3. baguih.baguih.
moga cemerlang lah noo..

act. exam ni kalau kite nilai dedalam kan, macam ujian. eh. memang ujian pon. nak uji sejauh mana yang kite dah belajaq kan. sejauh mana pencapaian kita sepanjang kite belajaq kan. dapat result, haa. banyak tu lah yang kita belajar selama ni.
tapi, kalau hang pi blajaq, niat semata-mata exam nak dapat markah tinggi, pointer tinggi, nak tunjuk kat kengkawan yang hang tu pandai,
sebanaqnye la kan, hang tak blajaq ape-ape pun. cuma pandai dalam exam je.
realiti, ce tanye balik pas due tiga hari exam, ap yg blaja first2 masuk kelas dulu,
mesti dah tak ingt dah. sebab? niat. niat nak blajaq tu lain. lain la yang dapat.
ce pasang niat balik. nak blajar ni sebab nak timba ilmu Allah yang sangat luas. nak amalkan. biar bermanfaat suatu hari nnti. insyaAllah. dengan kuasa Allah, apa yang kita belajar, akan lekat dalam diri kita sampai bila-bila.

okay. dah lari tajuk. nk cerite pasal ujian sebenaqnye ni. exam, peksa, ujian. same macm hidup kite gak an.
mesti selalu dengar or terbace yang hidup ni memang akan ada ujian kan. tanda Allah sayang.
ce bayangkan. hidup korang same je hari-hari. tak ada ujian langsung. seronok ke?
dengan ujian yang Allah berikan ni lah yang bagi warna kat hidup kite. tak kesah la warne pelangi ke, warna cat ke, warna warni ke, better dari hitam putih. tapi tu pun warne jugak tau.
bile kene uji, baru lah kite akan explore apa erti hidup kita ni.

ada yang kata tak kuat lah. tak patut Allah uji dia macam ni, macam tu,
padahal Allah dah bagitau dalam al-quran.
haa. pi bukak sekarang kalau nak tau. at least dapat jugak pahala pegang, tengok quran tu kan.
ni nak baca al-quran, masyaAllah, lagi besar pahala dia.
bukak surah al-baqarah. ayat 286.
selamat membaca dan memahaminya.
tak faham? boleh tanya kan. tambah ilmu,
masyaAllah. moga Allah redha.
doakan patik yang nak pi exam minggu depan ni. lagi due paper.
terima kasih kalian.
hanya Allah yang mampu membalasnya,