Meniti Jalan Ke Sana

Bismillahirrahmanirrahim 


am i? dah kahwin? eh, tak,tak,, saje buat gempak kalian,, hoho (^_^) terserlah kemengongan
kahwin. siapa tak nak kahwin? ce angkat tangan sikit.. tak nampak pun.. haaa.. semua nak kahwin la kan maksudnye di situ..gatai eh..ngeh3..oke dah.stop merapu

bicara tentang perkahwinan. apa yang terlintas di fikiran kalian? cinta? pasangan? baju kahwin? kad kahwin? parents? yes,yes,yes,yes. betul semua tu. semuanya indah belaka. tapi, kehidupan lepas kahwin bagaimana? ada fikir tak? buat si bakal suami, pendapatan mestilah kukuh untuk menyara keluarga kamu. bila kita kahwin, kita bukan sahaja berkahwin dengan si gadis pilihan, malah keluarganya juga. that the most important part yang ramai pandang remeh. eh! kalu parents korang tak redha korang berkahwin, tunggang langgang hidup tau. redha Allah terletak pada redha kedua ibubapa mu sayang.

atyn pun terfikir, macam mana kalau aku kahwin nanti, macam mana parents aku terima dia nanti, tanggungjawab? oh! sangat besar okay. at least keinginan tu ada kan. jadi, bila keinginan, kesedaran tentang tanggungjawab semua tu ada, perlulah seiring dengan usaha kan. mestilah kalian nak jadi suami yang soleh, isteri yang solehah dan anak yang membahagiakan ibu ayahnya kan,kan,kan. so, ilmu perlu ditimba, sahsiah,akhlak dan iman perlu sentiasa di'upgrade'.  insyaAllah lahirlah generasi ummah yang cemerlang.

bagi kaum adam, kalian nak pilih isteri jangan pakai tangkap muat je. nanti menyesal jangan tak sudah-sudah ye. Rasulullah dah guide kita macam mana nak pilih pasangan yang baik
Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Kahwinilah wanita itu kerana empat perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikan dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, engkau akan selamat".
teet¬¬ buat kaum hawa pula, tak semestinya kita kena tunggu si Adam masuk meminang je. terima dengan redho je, tapi andai kata, kalian sudah ketemu si jejaka idaman, yang baik akhlaknya, soleh, tinggi budi pekertinya, yang boleh pimpin kamu menuju syurgaNya, why not kalian yang purpose dia. nanti terlepas, kecewa sedunia. even, nabi kita Muhammad, Siti Khadijah yang datang merisik baginda kan. tak salah kalau timba yang mencari perigi. as long as lelaki itu baik buatnya. tapi andai kata si dia bukan jodoh kalian, jangan sesekali berburuk sangka dengan Allah.mungkin Allah nak hantar yang lebih baik untuk kamu kan. perancangan Allah sentiasa yang terbaik. ada hikmah di sebalik setiap kejadian.


Rasulullah bersabda yang bermaksud :
“Jika seorang lelaki datang untuk meminang anak perempuan kamu 
dan kamu redha (berpuas hati) tentang agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah dia (dengan anak perempuan kamu). Jika hal itu tidak kamu lakukan, akan 
berlakulah fitnah di muka bumi dan kerosakan yang besar”.

Diriwayatkan dalam sebuah kisah, seorang lelaki datang menemui Hasan 
bin Ali RA (cucu Rasulullah SAW) untuk meminta nasihat. Katanya, “Anak 
perempuanku dipinang oleh beberapa orang lelaki. Dengan lelaki yang 
bagaimanakah yang layak dikahwinkan dengan puteriku?” Hasan menjawab, 
“Kahwinkanlah dia dengan lelaki yang bertakwa kepada Allah, kerana jika ia 
menyukai isterinya ia pasti mengasihinya, teteapi jika ia tidak menyukai isterinya 
pasti ia tidak akan berlaku zalim terhadapnya (tetap menghormati isterinya)”. 

sayang-sayang saudara seislamku sekalian, perkahwinan adalah ikatan hidup mati antara pasangan . sekali seumur hidup. maka, sebelum kalian melangkah ke gerbang perkahwinan, membina masjid, memimpin ahli keluargamu ke syurgaNya, persiapkanlah dirimu untuk menjadi yang terbaik buat keluargamu. moga Allah lindungi dan merahmati kalian semuanya. Wanita solehah?itu kamu, pemuda soleh? itu kamu. insyaAllah
andai ada tersalah, terlanjur kata dari atyn, mohon sejuta kemaafan. andai ada perkongsian, share yuk ^^

aku hanya gadis biasa
yang masih lagi terkapai-kapai
mencari jalan pulang
yang cuba menjadi wanita solehah
kerana aku mengimpikan
seorang pemuda soleh
datang memimpinku
tatkala aku jatuh tersungkur
erat memegang hati dan jiwaku
menuju JannahnNya.

aku impikan seorang pemuda soleh
dan dengan itu
aku mempersiapkan diriku 
untuk menjadi
puteri solehahnya nanti
insyaAllah
moga Allah redha

No comments:

Post a Comment