Beza Kita dan Dia

Bismillahirrahmanirrahim.
solluallannabi.

tadi layan youtube. ni memang my favourite bile time lapang. macam-macam kita boleh explore dalam youtube. tapi kena hati-hati la sebab 'macam-macam' ada kat dalam youtube.kan,kan,kan.
dalam dok tekan sane, tekan sini, then atyn found this video. (woah¬im speaking -,-)

jemputlah tengok eh. tekan kat situ je.

dah tengok dah? okay. apa yang kalian fikir @ rasa sekarang? sedih?kesian?insaf? syukur? alhamdulillah. at least korang masih ada perasaan. means masih ada hati. dan hati belum mati. based on apa yang kita tengok dalam video tadi, budak tu buta kan. tapi dia seorang HAFIZ. subhanallah! kita? bute tak?tak kan. nak baca al-quran pun payah.pegang quran pun jarang.bace quran pun masih gagap.(malu ngan diri sendiri kejap) .Adik ni tak pernah merungut dengan kekurangan dia kan. Dia bersyukur Allah taik penglihatan dia. kenapa? agar bisa menjadi penyelamat buatnya di akhirat kelak. matanya suci dari segala dosa. beza dengan kita yang cukup sifat. sempurna kejadiannya. mampukah kita menjaga pandangan kita dari perkara yang sia-sia? atau sebaliknya?

kembali muhasabah diri. kelak setiap anggota badan kita akan bercakap tentang apa yang dilihat, di lakukan oleh setiap diri manusia itu. mulut tidak mampu lagi berkata-kata. kerana di dunia, mulut sudah terlalu banyak mengeluarkan bicara.

Rasulullah S.A.W. bersabda : "Maka kamu semua adalah pemimpin dan kamu semua akan disoal akan kepimpinannya". Riwayat Bukhairi dan Muslim dari IbnuUmar R.A. Semua anggota akan menjadi saksi di atas segala perbuatan di Padang Mahsyar. 

Firman Allah S.W.T : "Dihari itu (Kiamat) akan bersaksilah ke atas kamu oleh segala lidah mu, tangan mu dan kakimu dengan segala sesuatu yang telah kamu perbuat (di Dunia dahulu)." - Surah An Nur : Ayat 24. "Pada hari ini (Kiamat) Kami akan kunci mulut-mulut mereka dan akan bercakap kepada Kami tangan-tangan mereka dan bersaksi di hadapan Kami kaki-kaki mereka terhadap apa-apa yang mereka telah lakukan (di Dunia dahulu)." SurahYassin : ayat 65

ucaplah Alhamdulillah atas nikmat yang Allah telah pinjamkan sementara ini buat kita. gunakan dengan sebaiknya di jalan Allah. kita sebagai seorang khalifah dan hamba di muka bumi ini. tugas yang tak pernah surut rintangan dan cabarannya. mohonlah pertolongan Allah dalam segala sesuatu yang kita lakukan. moga Allah redha.

"aku tinggalkan dikalangan kamu dua perkara yang kamu tidak akan sekali-kali sesat selagi kamu berpegang teguh kepada keduanya iaitu, kitab Allah dan sunnah Rasulullah s.a.w"- Imam Malik

dalam melihat mereka
kembali menilai diri kita
beza kita dan dia?
kesedaran
di mana kita?
di mana dia?
di sedang mengejar syurga Allah
kita? mengejar duniakah?
koreksi diri
dosa masih menyelaputi diri
apakah harus bertangguh lagi?
Dia memanggil
sahutlah panggilan seruan Ilahi
terbanglah ke syurga
dengan bertapak di bumi yang hina.

No comments:

Post a Comment