Abah


Bismillahirrahmanirrahim

kepulanganku disambut ceria oleh abah di perhentian bus. senyuman lebar terukir diwajah abah menyambut anaknya pulang dari 'kesibukan kota raya'. salam kuhulur. pipi kami berlaga. abah ku peluk erat. lama tidak ketemu. rindu rasanya. mata abah merah. abah selau begitu. rehat abah korbankan dengan melunaskan kerja yang sememangnya tak akan pernah habis. kerja abah sebagai seorang ayah,guru, imam dan ketua usrah bagiku sangat memenatkan untuk abah. abah bukanlah kuat seperti dulu. abah kian dimamah usia. tapi semangat abah tetap seperti dulu. tak pernah berubah. setiap kerja yang diamanahkan tidak pernah abah serahkan kepada yang lain untuk dibereskan. semua abah buat sendiri. kata abah, 
'orang bagi amanah kat kita.kenapa kena pass kat orang lain? kalau orang tu tak buat macam mana? sape kena?kita jugak. lagipun, untuk anak-anak abah jugak'

hari ni abah balik dari sekolah jam 4.30 petang. kata abah ada mesyuarat. sebab tu lambat balik. selepas solat asar abah ambil laptopnya. tanganku menatang dulang minum petang, mataku melihat abah dimeja. abah ku ajak minum bersama. abah kata '
"kejap.abah tengah siapkan power point untuk ceramah malam ni""
"ceramah kat mane abah?"tanyaku
"kat masjid dekat ngan buloh kasap. untuk orang kampung.pasal korban ni."
"tak ada orang lain ke boleh bagi ceramah ni abah?abah baru balik tadi"
örang dah berharap kat abah. tak akan abah nak suruh orang lain pulak. kesian mereka kalau kecewa nanti."
"hmm."

jam 6.30 petang, kami mnemani abah pergi ke tempat yang dituju. selepas magrib, abah menyampaikan ceramahnya. aku duduk di belakang. aku lihat abah menyampaikan tugasnya dengan penuh bersemangat. walhal abah tidak sempat untuk berehat lagi hari ini. abah bangun seawal jam 5 pagi, ke masjid dan bersiap-siap untuk hantar adik-adik ke sekolah dan memulakan tugasnya sebgai seorang guru. dari jauh ku lihat abah. mane datang segala tenaga itu. Allahu. besar pengorbanan abah. semuanya selesai jam 10 malam. kami bertolak pulang. dalam kereta, ada yang menelefon abah. selsai sudah menelefon, abah memberitahu kami, esok abah akan ke Johor Bharu. ada kursus di situ. abah akan bertolak jam 5 pagi nanti.

kami sampai dirumah jam 11.15 malam. abah ganti jubah yang dipakai tadi dengan t shirt dan kain pelikat. kopiah abah capai. kunci kereta abah cari. aku bertanya.
"nak pegi mana lagi abah?"
"nak pegi sekolah kejap. snak siapkan fail dan ambil dokumen untuk esok.kejap lagi abah balik lah"

aku tunggu abah. jam 12.30 pagi. bunyi kereta abah masuk di halaman rumah. abah meletakkan dokumen di atas meja.kemudian abah masuk tidur. jam 4.00 pagi abah dah bangun. abah siap-siap untuk ke JB. sedang kami enak diulit mimpi, abah tinggalkan kami mencari rezeki. jam 5.00 petang abah sampai dirumah. mata abah makin bengkak tanda tak cukup rehat. abah duduk minum petang bersama kami. abah bercerita tentang kursus yang diikuti. sebentar kemudian, adikku yang berada di asrama menelefon abah. minta abah hantarkan barang utuknya. abah menghabiskan minumnya, lalu bergegas ke sana.

jam 6.30 abah pulang dari tempat adik. wajah abah terpancar kepenatan. berapa jam saja abah rehat? tak sampai 4 jam pun. namun, abah masih lagi bertenaga melayan kerenah anak-anaknya. lepas magrib, kami berbual. abah meminta maaf hujung minggu ini abah tiada dirumah. abah ada kerja.
"la. penat la macam tu abah.abah tak cukup rehat nanti"kakakku berkata
"nak buat macam mana. kalau tak anak-anak abah nak makan apa? abah baru penat sikit je nak. malu dengan Rasulullah. Rasulullah tak pernah rehat. dia lagi penat. nak sebarkan islam ke seluruh dunia. apa lah sangat nak dibandingkan dengan penat abah mencari rezeki untuk keluarga."
kami terkedu di situ.

abah. penat abah, abah abaikan. asalkan keluarga abah terjaga. asalkan anak-anak abah mampu memberi sumbangan untuk ummah.untuk Islam. abah selalu pesan.
"setiap apa yang kita lakukan niatkan kerana Allah. kerana apa, apa2 perkara yang kita lakukan bukan kerana Allah, akan jadi sia-sia" 
abah nak anak-anak abah jadi anak yang soleh dan solehah. boleh doakan abah nanti. boleh pimpin abah masuk syurga sama-sama. InsyaAllah abah.

tak pernah aku mendengar perkataan "tak boleh"dari bibir abah jika anak-anaknya meminta sesuatu. abah akan jawab
"nanti kita beli ye"

ingatkan hal itu, air mataku laju mengenangkan jasa abah.doa pasti tidak putusku kirim buat abah. tak mampu untuk dibalas pengorbanan abah buat keluarga. moga Allah sentiasa memberkati abah. moga tersedia syurga palig indah buat abah.
amin.
abah.we love you abah.

No comments:

Post a Comment