hujan. n_n

Bismillahirrahmanirrahim

اَللَّهُمَّ صَيِّبًا نَافِعًا 
Allahumma Shoyyiban Na’fian 
"Ya Allah turunkanlah hujan yang bermanfaat (HR. Bukhari) 

“Dua doa yang tidak pernah ditolak ; doa ketika waktu adzan dan doa ketika waktu hujan”. (HR. Hakim/dishahihkan oleh Adz-Dzahabi ).


dah lama nak share benda ni. baru teringat ni .hehe.
tau tak? buat yang tahu, Alhamdulillah lah. kalau tak, meh sini. kte share sesame k.
sharing is caring kan. ^,~

antara waktu mustajab doa adalah ketika hujan turun.
banyak lagi waktu mustajab doa. tapi nak cerita yang time hujan ni.
kenape? sebab atyn suka sangat time hujan turun.
subhanaAllah.  suka sangat,. kalau boleh rasa nak baring atas rumput menghadap langit.
rasa macam nkmat tak terhingga bila air hujan tu jatuh kat atas badan kita.
waaaaa. bestnyer kalau dapat buat tuu..
atyn selalu berangan, nanti kalau dah khwin, nak cari rumah yang private sikit. kat blakang ke, tepi ke, depan rumah tu ke nak buat taman. jaga rumput leklok. kucing pun aku tak bagi pijak.. hahaha. sebab nanti nak baring situ.. sebelah ada husband i. same2 duk tengok langit time hujan..oh, indahnye.. hahaha. tapi tak buat la time huujan lebat tu. takut gak kene panah petir tak masal kan. hahaha
kemain berangan. blajaq pon tak abih lagi. -,-

setiap kali hujan, atyn akan duk tepi tingkap. kalau hulur tangan, boleh rasa air hujan tu titis kat atas tangan, ya Allah. bestnye.
subhanaAllah. besar nikmat yang Allah kurniakan buat kita selama ni.

dan sepanjang tangan dihulur. sambil air hujan terus menitis ke bumi, doa dipanjat sepanjang waktu hujan tu. nampak sangat time tu, ya Allah, banyak nya yang aku pinta. sedangkan selama ini saku sentiasa lalai dalam bersyukur kepadaMu.
allahu.

belajar daripada alam. belajar daripada hujan. terus menitis ke bumi walaupun tahu, ia mungkin tak dihargai oleh sesetengah manusia.
Allah. moga kita semua tergolong dalam dolongan manusia yang sentisa bersyukur dalam apa jua keadaan dan ketika. amiin.

atyn ada cerita pasal hujan ni.
kisah Rasulullah s.a.w dan malaikat penghitung titisan air hujan.
diriwayatkan ( al mustadrah syeikh an nuri, jilid 5:355, hadis ke 72)
bahawa Rasulullah s.a.w berdabda yang bermaksud:
" di saat aku tiba  di langit di malam isra' miraj, aku melihat satu malaikat memiliki 1000 tangan., di setiap tangan ada 1000 jari. aku melihatnya menghitung jarinya. satu persatu. aku bertanya kepasa Jibril as, pendampingku,

"siapakah gerangan malaikat itu, dan apa tugasnya?"
jibril berkata, sesungguhnya dia adalah malaikat  yang diberi tugas untuk menghitung titisan air hujan yang turun dari langit ke bumi.
Rasulullah bertanya kepada alaikat tadi, 'apakah kamu tahu berapa bilangan titisan hujan yang turun dari langit ke bumi sejak diciptakan Adam as?
malaikat itupun berkata "wahai Rasulullah s.a.w, semi yang telah mengutusmu dengan hak(kebenaran) sesungguhnya aku mengetahui semua jumlah titisan hujan yang turun dari langit ke bumi dari mulai Adam as diciptakan sampai sekarang ini, begitu pula aku mengetahui titisan yang turun ke laut, ke darat, ke hutan rimba, ke gunung ganang, ke lembah, ke sungai, ke sawah dan ke tempat yang tidak diketahui manusia."

mendengar huraian malaikat tadi, Rasulullah s.a.w sangat takjub dan bangga ats kecerdasannya menghitung titisan air hujan. kemudian malaikat tadi berkata kepada baginda,
"wahai Rasulullah s.a.w, walaupun aku memiliki seribu tangan dan sejuta jari dan diberikan kepandaian dan keulungan untuk menghitung titisan hujan, tapi aku memiliki kekurangan dan kelamahan.
Rasulullah bertanya "apakah kekurangan dan kelamahan kamu?"

"wahai Rasulullah, jika ummatmu berkumpul di suatu tempat, mereka menyebut namamu lalu berselawat atasmu, pada saat itu akutidak bisa menghitung berapa banyaknya pahala yang diberikan Allah kepada mereka atas selawat yang mereka ucapkan keatas dirimu."

Allahuakbar.
Allahummasollialasayyidina muhamad.

No comments:

Post a Comment