Sama Tapi tak Serupa ~

Bismillahirrahmanirrahim
atyn doakan semoga pembaca-pembaca, sahabat- sahabat sekalian sentiasa sihat, ceria dan dalam rahmat dan redha Allah hendaknya, insyaAllah.amin.

di pagi yg hening lagi mendamaikan ini,, jam menunjukkan ke angka 4.30 pg.. jari-jemariku pantas menari-nari di papan kekunci melakar sesuatu, melukis catatan baru buat santapan di pagi hari sang pembaca sekalian.. amboi ~~ berbunga-bunga pulak ayat pagi-pagi bute ni an..hahaha. oke2. selingan je tuh. ^^ 
sebenanya atyn baru je bagun tido tadi.. tersedar.. terus tak leyh tido.. atyn solat jap.. pastu dok terkebil-kebil atas katil tak leh nak lelap mata lantas lappy ini dicapai dan otak mula menjalankan tugasnya merencanakan sesuatu yang membuatkan adanya entry pada kali ini..huhu..

okay! ~ berdasarkan tajuk di atas , sama tapi tak serupa. ape kejadah mende alah tu?? bukan same ke dua-dua tu? oh sama sekali tidak kerana kali ni, atyn nak mengupas ( ayat kamus dewan) tentang perkara ini. *mke serius*

actually, atyn da buat sedikit research pasal ni.. atyn nak kaitkan antara manusia ngan program alam maya ni. and of coz atyn pilih laman sesawang yang sangat famous di kalangan remaja (sy msih remaja k. ^^) iaitu FACEBOOK. kenapakah dengan beliau? beliau telah banyak memberi kebaikan.contoh?contohnya dengan laman beliau kite boleh sebarkan dakwah, berkongsi pendapat dan sebagainya. ye,ye,ye. semua itu benar saudara, saudari cikebum..hehe. but.. atyn nak bercerita tentang 'komunikasi'..... x paham? ' 
COMMUNICATION' ha, paham dah? bagus.
 knapakah? knapa? berdasarkan apa yang atyn kaji*rajin kan.haha* kebanyakan mereka-mereka yang berfacebooking, yang duk berjam2 depan lappy bukak facebook, duk scroll up,scroll down tu, yang duk berchatting, yang duk update status dan yg sebagainya tu, telah mengalami lack of communication skill bile kamu-kamu semua berhadapan dengan situasi di alam nyata. ada faham? 

why? oke, atyn amek contoh terdekat sekali okay.. membe atyn sendiri.. tp x semua macam ni tau.. segelintir je..atyn dulu2 pon ske sgt dok depan fb lame2.tp skrg da kurang la... bile dok lame-lame online tu mesti la ade bunyi 'ting' (bunyi chat masuk) kan?kan?kan? tak kire la lelaki ke perempuan ke same je.. n bile kite-kite da stat berchatting tu, macam- macam cara percakapan ade kan? kan? kan?oke. stop dengan kan tu =_=...mesti la korang fikir dulu kan sebelum nak tulis,,eh, taip kan n sebelum tekan butang 'enter' bace balek betul ke ap yang ditulis. borak-borak kat chatting tu macam mesra alam je kan. macam da lame kawan kan walaupun baru je kenal. mengalahkan debater antarabangsa lagi...BUT...cuba bila soh cakap depan-depan. mula la malu-malu kambing >_< kalau boleh muke tu sorok, bawah meja pon sanggup menyorok. bile dok depan-depan, kaku semacam je. x de dah yang mesra lam macam dalam fb tuh? mane2? hilang dah? ke dah lari pi hujung dunia?

pernah tak kene macam ni? blum lagi? x caye cuba try test.  dlm fb budak ni, bukan men peramah lagi,semua orang ditegurnya. tapi realitinya, kat kelas, macam ade emas dalam mulut dye uh.ha. tu lah yang sama tapi tak serupa. orang sama,, tapi sikapnye x serupa pon..boleh tak gitu..hehe.hmmm.. macam-macam ade kan..so? apa konklusinya?

conclusionnye, kurangkan komunikasi di alam maya, lebihkan di alam reality.. masok la pertandingan debat ke, choral speaking ke, public speaking ke. at least boleh improve diri kita ek. ingatan ini bukan hanya buat korang je, untuk atyn gak.. kadang- kadang, atyn pon cam tu.. biasa lah.. manusia.. namun, yang terbaik, sentiasa perbaiki diri ke arah yang lebih baik. jikalau ade yang salah, mohon diperbetulkan lah ye..k lah.. mate sudah ingin melabuhkan tirainya. jumpa next time..morning sume.. ^^ tidur dalam senyuman k. assalamualaikum.














No comments:

Post a Comment