Perubahan Itu Perlu


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..atyn harap semua pembaca sekalian sentiasa berada si bawah lembayung rahmat Allah hendaknya..

Entry kali ni, atyn nak berceritakan sedikit tentang apa yang berlaku pada diri atyn dua tiga hari nie.. al maklumlah atyn tengah cuti sem sekarang nie,,so, atyn kat rumah.banyak masa lapang kat rumah,, suatu malam tu, atyn online lame sangat.x taw cari apa kat facebook tu,, scroll up,scroll down, stalker fb orang, tegok gamba, tengok video. Macam2 atyn buat.sedar tak sedar da jam 2.30 pagi.. mata pulak tak mengantok sebab petang da ‘ter’tidur pada petangnya. Jadi, atyn sambung balek ap yg atyn buat. 
Tiba-tiba ‘ting’ (bunyi chat masuk) .. kawan sekolah lama.. dia nie atyn tak pernah tegur pon nagn dye walaupun kteorang dulu sekelas. Mungkin sebab dye lelaki kot. Sebab dulu atyn ‘alergic’ sket dengan kaum Adam nie. Mintak maaf lah ye. Tapi,tu semua dulu punya cerita.. sekarang dah tak dah.. tapi, batas pergaulan tetap dijaga.setelah bertanya khabar sekadarnya,, satu tegurannya membuatkan atyn tersentap. ‘Ya Allah..sebelum ni tak pernah terfikir pun pasal tu’ ..pasal ap?? Katanya ‘kecantikan seorang wanita akan terhakis apabila menjadi tatapan lelaki lain. Yang bukan mahramnya.’ Kalau korang, tak kan tak faham lagi? Atyn pandang teguran dia secara positif. Atyn faham..kecantikan wanita hanya pada keluarga dan suaminya. Means, bukannya nak suruh pakai purdah tok tutup kecantikan tu. Tp apa salahnya. Kalau tak pun tak perlu nak letak gambar yang sebesar alam kat facebook. Ustaz azhar pernah cakap. Nak letak boleh,, tapi yang biasa-biasa sudah la. Tak perlu yang sampai penuh lappy kite ngan gambar tu saja.sampai liang roma pon boleh nampak.




Okay, back to the story.. time baca apa yang dia tulis, terasa macam ade satu perasaan halus masuk dalam hati. Jantung tetiba laju pulak dia berdegup.. astaghfirullah. Selama ni atyn tak pernah pun fikir semua tu. Tak pernah pon terlintas di fikiran. Dia ada jugak sebut. ‘tak takut ke kalau gamba kita ada dalam phone,lappy someone yang kita tak kenal.macam-macam dia boley buat hanya dengan sekeping gambar tau. Macam-macam dia boleh tafsir dengan hanya satu gambar. Apatah lagi lelaki yg melihat gambar2 yg tak cukup kain tu.ya Allah mintak dijauhkan. Perasaan halus yang melingkari hati, atyn cuba abaikan. Time tu atyn mula sedar,, atyn tanya pada diri atyn ‘apa tujuan aku upload sume gamba aku?na bagi dunia tengok? Ke nak tambah dosa?’ macam2 bermain dalam fikiran. Kalau ye pon na letak gamba kita sebab takut membe tak kenal fb kita, 1 gamba kita dah memadai,, yg lain tu untuk ap? Hanya jadi tatapan mata-mata yang belum tentu berniat baik terhadap kia kan. Dari situ, hati atyn sedang berperang. Ye, atyn manusia biasa,, iman masih lemah,, mudah termakan dengan hasutan syaitan lagi.. gambar atyn, atyn delete sikit-sikit..

Keesokan harinya, atyn terfikir ‘kecantikan wanita tu bagaimana?’ atyn decide nak mintak and tegok pandangan rakan-rakan fb. Lelaki mahupun perempuan semua atyn tanya.. masing-masing bagi pendapat sendiri.. atyn teima semua tu. Atyn perbaiki diri daripada semua pandangan mereka tu. Antara pandagan-pandangan mereka ialah, aede yang cakap, wanita cantik bila pandai hormat orang tua, jaga solat, tutup aurat, yang mnjaga pandangan, jaga hubungan dengan Allah, wanita yg cantik tu x smestinya cntik luaran shja, tapi yg paling cantik itu adalah secara syumul,myeluruh. n cantik terbaik,daebak, adalah cantik dalamannya,iaitu hati..  hati cantik PASTI semuanya turut cantik.,, ade yang cakap, kecantikan wanita terpelihara apabila gambar di facebooknya tak menjadi tatapan org lain (means x yah letak la), taat Allah dan Rasulnya, yang tahu menjaga maruah diri, tahu tanggungjawab dye sebagai seorang muslimah. Tak kurang juga ada pendapat yang cakap ikut ‘combine’ dye mcm mne.sesuai ke tak. Maksudnye,, kalau la seseorang wanita tu cantik, tp akhlak dye sgt lah teruk, pasti keburukan yg terserlah,, tapi andai kata, dia dikenali sebagai seorang yg memiliki akhlak terpuji, pasti seri di wajah terpancar.

But daripada semua jawapan tu, atyn rasa macm tak puas.memang pandangan yang diberi sangat bagus. Semua na yang solehah. Tp seperti ada yang belum lengkap jawapan mereka. Atyn cuba lagi tanya pada someone. Lelaki. Mintak pandangan dia tentang perkara ni. Pandangan daropada dia agak memuaskan hati dan membuatkan atyn terfikir ‘kenapa tak pernah terperasan pada perkara ni?’ sebab jelas nyata di situ akan kecantikan wanita. Katanya ‘nafsu mengatakan wanita cantik atas dasar rupa,,akal mengatakan wanita cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya,,hati mengatakan wanita cantik atas dasar akhlaknya dan yang paling penting seseorang wanita itu cantik pada agamanya.  Ya. WANITA CANTIK PADA AGAMANYA. Islam. Islam bersifat sejahtera. Segala kebaikan terdapat dalam islam. Bila kita memahami agama, segala perkara baik aka nada dalam diri kita right?.. islam itu syumul. Menyeluruh. even kalau lelaki yang nak cari calon isteri, Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud : “Wanita dinikahi karena empat perkara, karena hartanya, nasabnya, kecantikannya, & karena agamanya & pilihlah karena agamanya, niscaya kamu akan beruntung.”. see? 




Okay. Then dia ckp ade na bgtau something. Once again atyn ditegur tentang gambar di facebook… okay,, untuk kaum Hawa, apa perasaan korang kalau ditegur oleh kaum ygang berlainan jantina dengan kita? Perasaan tu lain kan.. time tu jugak hati atyn tetiba rasa sedih, malu, sama macam atyn ditegur sebelum ni. Terdetik dalam hati atyn ‘Allah hantar mereka untuk menegur aku menjadi lebih baik mungkin’ time tu jugak tetiba rasa sebak. Allah masih sayangkan aku. Air mata tak mampu lagi atyn tahan.. laju je dia menaglir.. Ya Allah,, aku manusia berdosa.’ perancangan Allah yang terbaik kan. Take it positive… tau tak kelemahan wanita kat mana? Pada HATI nya. Hati wanita sangat lembut kan? Sebab tu wanita yang hebat adalah yang mampu melawan kata hati.


“Kelemahan wanita adalah pada hatinya. Bila hatinya lemah, mulalah dirinya goyah. Kuatkan dengan Zikrullah. Teguhkan dengan solat dan sabar. Mantapkan dengan al-Quran dan tahajjud malam.”


Ingat 'PEREMPUAN' jangan jadikan diri kita fitnah kepada 'LELAKI' dan jangan jadikan diri kita perosak hati dan iman 'LELAKI'..  sesungguhnya, seindah-indah perhiasan dunia adalah wanita SOLEHAH. Mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis (n_n)

Muslimah- Ustaz Nazrey Johani

p/s: sory entry kali nie panjang sket. Sekadar perkongsian. Moga mampu memberi manfaat buat pembaca yang di rahmati Allah sekalian..

No comments:

Post a Comment