USRAH-Terapi Jiwa Muslim


Perkataan usrah berasal dari kalimah Arab, (الأسرة ( yang bermaksud keluarga. Manakala menurut Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka, keluarga bermaksud kaum, saudara mara, kaum kerabat, sanak saudara atau pun ia disebut sebagai Famili. Di dalam kamus al-Munjid Fi al- lughatu Wa al-A’lam adalah mufrad kepada (أسر ) iaitu satu kumpulan yang mempunyai hubungan yang kukuh.


Usrah adalah suatu terapi ataupun makanan kepada jiwa kita,,kalau perut,kita lapar,,kita suapkan dengan makanannya,,begitu juga dengan jiwa kita,,memerlukan makanannya supaya sentiasa sihat dan hidup.Selain itu,dengan berusrah juga,,kita dapat berkongsi segala maklumat sesama kita.dengan ini maklumat kita juga semakin bertambah selain meningkatkan iman kita.Usrah juga membantu kita untuk saling memperingati antara satu sama lain kerana setiap muslim itu adalah bersaudara.Usrah juga mampu mengeratkan silaturrahim sesama kita

TA'ARUF =bekenalan
Sabda Rasulullah SAW : “ seorang mukmin kepada mukmin yang lain ibarat satu binaan yang saling kuat memperkuat antara satu sama lain” ( riwayat Bukhari dan Muslim).
TAFAHUM= saling memahami
saling bermuhasabah atas ketaatan dan maksiat dan saling memberi nasihat jika melihat kekurangan yang ada pada akh mereka. Setiap akh bersedia memberi nasihat pada akh yang lain manakala akh itu pula bersedia menerima nasihat tersebut.
TAKAFUL=setiap akh akan memikul beban akh yang lain sebagai bukti ketinggian iman dan keluhuran ukhuwwah.
Rasulullah SAW bersabda : “manusia yang paling disayangi ialah yang paling bermanfaat kepada manusia lain, sebaik-baik amalan pula ialah memberikan kegembiraan pada saudara seislam, menghilangkan kesusahannya, melunaskan hutang, menghapuskan kelaparannya, sesungguhnya aku suka berjalan bersama saudaraku untuk menunaikan hajatnya lebih aku sukai dari beriktikaf di dalam masjid ini sebulan…”

Ada Apa Pada Usrah??

Usrah ibarat seorang yang sedang mencangkul tanah,mereka nampak pada zahirnya,namun mereka tidak tahu sebenarnya kita sedang membina batas.Begitu juga dengan usrah,mereka nampak kita berhimpun,berbincang,tetapi mereka tidak tahu sebenarnya kita sedang membina semula ISLAM dalam hati-hati kita..Usrah hingga ke syurga
-I LUV ISLAM-



No comments:

Post a Comment