Takdir Cinta

"Hai awak.Erm,kita tengok awk nie sorang je.Mesti awak tak dapat kawan lagi kan..Same la kita. Kita kawan nak? Saya Nadia. Awak?" katanya sambil menghulurkan tangan.Aku tersenyum lantas menyambut hularan salamnya.
'Tau2 je dia nie aku tak de kawan'

"Saya Aisya Humaira'.Panggil sya je."balasku

Sepanjang minggu orentasi, itu kami berkawan rapat. Aku senang dengannya dek kerana keramahannya. Nurul Nadia Bt Naim.Itulah tuan empunya badan. Cantik orangnya seindah namanya. Nadia seorang yang terbuka. Dia tidak memilih dalam berkawan.Aku sukakan sifatnya. Suatu hari dia bertanya.

"Erm, Sya,boley saya tanya something tak?"

"Eh, nape sampai mintak-mintak izin ni..hehe.Tanya je la.Insyaallah, saya sedia menjawabnya."

"Erm,nape awak pakai tudung labuh ek?Budak lain pakai tudung biasa je.Saya minta maaf kalau pertanyaan saya ni tak berapa sopan dan buat awak terasa.Just nak taw je." katanya sambil tertunduk takut dimarahi.

"Awak ni kelakar la.Tak kan la tanya cam tu pon saya nak terasa.Kenapa saya pakai tudung labuh?Erm,maybe saya dah terbiasa kot.hehe.Ummi saya yang buatkan tudung nie.Dari dulu saya dah pakai macam ni.Lagi pun, ummi saya cakap, yang tertutup tu kan indah. Saya pun selesa pakai macam ni."

"Tapi pelajar lain pun tertutup jugak."

"Betul, tapi sempurna ke?Dia tutup sepenuhnya ke? Cube awak tengok akak tu. Tudung dia singkat sampai nampak tali singlet dia.Itu tertutup ke? Aurat perempuan, lagi-lagidengan lelaki yang bukan muhrim kita seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan. Kalau kita pakai macam tadi, tertutup ke?Itu dikira aurat taw. Kalau kita tak jaga aurat kita, berdosa taw. Allah kan suka hambanya yang menutup aurat. Lagipun dapat pahala.."

"Hehe.Betul juga tu.Terima kasih tuk penerangan panjang lebar tu.Awak ni boleh jadi ustazahla.hehe."
Aku tertawa kecil mendengar bicaranya.
********************

"Ketua kelas, sila ambil kehadiran pelajar kelas awak."minta kaunselor muda itu.

Adam berjalan ke barisannya mengambil kehadiran.

"Nama?"tanyanya sambil memandang gadis bertudung labuh itu. 'Cantiknya dia'bisiknya nakal.

"Hah?ape?"

"Nama awak siapa?"

"Meh saya tanda sendiri"gadis itu meminta.

"Eh, tak pe,tak pe. Saya tandakan"

"Tak nak bagi tak payah tanda" jawabnya.
'Banyak songeh pulak dia nie.'bisik Adam

"ok.ok.Nah"akhirnya Adam beralah.Kertas itu berganti tangan.

"Nah.Terima kasih"gadis itu memulangkan semula kertas sambil tersenyum mesra dan kembali menghadap buku di tangannya.

'Pergh.Cair hati aku.Dia senyum kat aku.hehehe.'monolognya sendiri di dalam hati.

"Owh. Nur Aisya Humaira' Bt Abd.Rahman.Cantik namanya.Secantik orangnya."Adam terlepas.

"Hah?apa dia?awak ada cakap apa-apa ke?"

"Eh, tak de pape."balasnya.'huh!selamat'

Adam kembali ke tempatnya semula.

"Baiklah semua pelajar diminta berada dalam barisan masing-masing.Saya akan pinda semula nama- nama kamu ke kelas yang ditentukan.Setelah itu diminta ketua kelas yang telah dilantik mengambil nama kawan-kawan di kelas kamu."terang kaunselor muda itu panjang lebar.
Seorang demi seorang dipanggil.
"Mohd Adam Hafizi Bin Mohd Yusof.1A."

"Alahai,melepas aku.Asal la cikgu pergi tukar kelas pulak.Budak tu kelas 1B.Ish!"Adam mengomel sendirian.

"Wei, agaknya kau ni kenapa?berkerut semacam je aku tengok?"Izzudin menyampuk melihat sahabatnya itu seperti cacing kepanasan.

"Tak ada apa-apa la.aku ok la."jawabnya berselindung.

"Betul ni tak nak cerita kat aku?"

"Ala.Yela-yela aku cerita.Tadi aku pergi ambil kehadiran yang cikgu suruh tu.Pastu kan,pergh!"

"Ha!!nie mesti kes ko jumpa awek baru kan.Aku dah agak dah.Eh, cun tak?Bagi aku tengok sikit siapa yang dapat member aku yang smart ni"

"Kau ni, melebih pulak.Dia pakai tudung labuh la.Cantik.Tenang je muka dia aku tengok.Tu..tu la yang tengah baca buku tu."

"Yang tu ke? Cayalah bro.Kau pilih yang alim.Jap lagi mesti ko berubah punya.Hahahaha"

"Ala wei, ok apa dia tu.Cantik,lawa,sedap mata memandang,sopan.Tapi belum tentu dia terima aku."

"Wei,kau nak mintak couple dengan dia ke?kau ni, baru form 1 da fikir pasal cinta-cinta ni.Baik kau fikir pasal exam."

"Yang kau tetiba jadi baik ni pe hal?"
Mereka berdua tertawa dengan telatah masing-masing.
Di suatu sudut, ada mata yang memerhati ke arah mereka bertiga tanpa mereka sedari.

***********************

Aku terpaksa berpisah dengan Nadia memandangkan dia berda di kelas lain.Nampaknya terpaksalah aku mencari teman bual yang baru.Tiba-tiba

"Awak,awak tak ada kawan ea?awak duduk dengan ea kat kelas nanti. Nama saya Sakinah.Panggil Ina je.Awak?"seorang pelajar menegurku sambil menghulurkan salam perkenalan.

lantas aku menyambutnya sambil tersenyum.Akhirnya aku mendapat teman baru.

"Saya Aisya Humaira'.Panggil Sya je.".' 



"Pelajar sekalian, awak semua akan dibawa ronda-ronda di kawasan sekitar sekolah memandangkan awak pelajar baru di sini.Guru kelas masing- masing akan temani awak.Lepas itu awak akan masuk ke kelasmasing-masing dan sebelum masuk ke kelas sila kembali ke dewan dan ambil kerusi di belakang dewan ni.Kalau tak bersila awak kat kelas nanti.Faham semua?Ok,kita mulakan dengan kelas 1A.Dipersilakan."sempat lagi guru itu berjenaka dalam penerangannya.

Kami dibawa menziarahi sekolah yang agak besar sebelum dimasukkan ke dalam kelas.Aku dan Sakinah memilih barisan yang kedua dari depan agar mudah menerima ilmu dari guru nanti.Kami kemudian turun ke dewan untuk mengambil kerusi.Macam-macam bunyi kedengaran.Bising sekali.

"Ish, bisingnya.Tak boleh ke klau angkat kerusi tu.Bukannya berat sangat."keluhku.

"Ina,sya masuk kelas dulu la.Bising sangat kat sini.Sya tunggu Ina kat kelas eh?"

"OK.OK.Sya pergi dulu, nanti Ina menyusul.".Aku kembali ke kelas sendirian.

"Wei Ina, sini jap"Adam memanggilnya.

"Kejap la.Aku nak ambil kerusi ni."

"Cepat la sikit"

"Hah!nak apa Adam?gelisah semacam je aku tengok kau ni."

"Alahai kau ni, meh la sini jap.Aku nak tanya sikit."
Sakinah merapati Adam.

"Ermm,budak yang pakai tudung labuh tu, ala apa ek nama dia?"Adam cuba mengingati nama gadis yang ditujunya.

"Aisya?"

"Ha, nama dia Aisya Humaira' kan.Eh, dia sekelas dengan kau eh?"

"Ha'ah.Kenapa?nak menggatal dengan dia?eh,bukan kau tak suka budak yang alim macam dia tu?kau demam eh?"

"Ala wei,itu dulu.Ni lain, dia tu cantik la.Sejuk mata memandang,hehehe.Kau boleh tolong aku tak?please.please.please."Adam merayu.

"Mengada la kau ni Adam.Kau nak aku tolong apa?"

"Macam tu la kawan aku.Kau tolong kirim salam kat dia eh.Boleh tak?"

"Yela, nanti aku bagitahu dia."

"Thanks Ina.Sayang kau.Hehehe."

Sakinah menggeleng kepala melihat telatah sahabatnya.Mereka telah mengenali satu sama lain sejak dari sekolah rendah lagi menjadikan mereka begitu rapat.
Sakinah kembali ke kelasnya semula.

"Lamanya Ina ambil kerusi tadi."

"Tadi ramai sangat la Sya."

"Owh.Ok."

"Erm Sya, Ina nak cakap something boleh tak?"

"Apa dia?Ina buat Sya suspen je."

"Hehehe.Ada budak tu kan, dia minta Ina kirim salam kat Sya.

"Owh.Walaikumsalam."

"Eh, takkan macam tu je?tak nak tau ke siapa?"

"Habis tu macam mana?siapakan gerangan orangnya wahai sahabatku Sakinah Sulaiman?"

"Budak lelaki kelas sebelah tu la.Dulu dia jadi ketua kelas kita.Sya ingat tak?nama dia Adam Hafizi."

"Kelas sebelah?ketua kelas kita?Adam?"mindaku ligat berputar mengingati kembali.Adakah dia?

"Ina, yang muka dia putih-putih tu ke?yang ada rupa cina sikit tu eh?"

"Ha'ah.Dia lah tu."

"Sya ingat dia budak cina.Melayu rupanya."

"Nampak gayanya dia minat kat awak lah."

"Apa?minat.Oh tidak,tidak.Sya tak suka dengar tu.Ya Allah maafkan aku kerana mendengar perkara yang sia-sia.Ampunkan aku."kelakuanku diperhatikan Sakinah.

"Sya,Ina minta maaf kalau Ina buat Sya rasa macam ni.Ina tak tahu.Ina jahil selama ni."

"Ina, Ina tak bersalah.Ina cuma tak tahu aja kan.Sya cakap macam tu tadi sebab Allah kan tak suka kita bercakap perkara yang tidak mendatangkan faedah kepada kita.Sebab tu Sya minta ampun pada Allah."

"Maafkan aku Ya Allah"aku tersenyum melihatnya.

"Eh Ina, dah rehat la.Jom pergi kantin."

"Jom."pada hari itu Sakinah mendapat sesuatu yang baru bagi dirinya.Seorang sahabat yang baik dan ilmu yang baru diperolehnya.

*************************************************

"Wei Adam, kau tengah buat apa tu?"

"Sibuk lah kau ni."Adam menepis tangan Izzudin namun Izzudin lebih pantas.

"Ape ni?Adam Hafizi love Aisya Humaira.Wow!AH love AH.Hahaha.Kau ni da angau la aku tengok.Minah tu sikit pun tak layan kau.Kau masih nak usha dia?Gila apa?"

"Biar la.Aku yang syok kat dia,bukannya kau."

(2 tahun setelah itu)

Adam duduk termenung di halaman rumahnya.Ibunya menghampirinya.

"Fizi,kenapa ni sayang?mama tengok Fizi monyok je?tak nak cerita kat mama?"

"Tak ada apa la ma.Macam biasa"

"Putus lagi?hai kamu ni Fizi.Tak pernah serik.Dengan siapa?Aisya?"

"Ish mama ni.Minah tu sikit pun tak nak layan Fizi jauh nak couple dengan Fizi.Eh, mane mama tau nama dia ni?setahu Fizi,Fizi tak pernah cerita kat mama pasal dia kan?"minda Adam ligat mengingati wajah Aisya.Nama gadis itu masih utuh lagi di hatinya.Cuma dia terlalu ego untuk mengakuinya sampai sekarang.

"Hmm..Macam mana mama tak tahu.Mama jumpa nametag dia kat bilik Fizi hari tu.Kamu tau tak Fizi,gadis macam tu la patut kamu cari.Mahal harganya.Macam mawar berduri."

"Da minah tu tak nak layan Fizi.Lagipun dia pakai tudung tu labuh sangat.hehe.Erm ma,malam ni Fizi nak keluar kejap.Nak jumpa member la.Dah lama tak jumpa diorang sejak lepas PMR dulu."

"Kan malam tu.Bahaya.Tak payah la.Nak jumpa, jumpa la siang-siang macam ni.Mama tau kamu ada malam kat rumah malam ni."

"Ala mama ni.Fizi keluar kejap aje.Fizi tak kira.Malam ni Fizi nak keluar."Adam Hafizi berlalu meninggalkan ibunya.

=============================

Adam melangkah perlahan-lahan ke arah motornya.Takut didengari ibunya.Dia menunggang menuju ke Dark Club.Salh satu kelab yang popular di kalangan remaja.Malam itu dia ada tugas yang lebih penting.

"Wei, bro.Lama btul tak jumpa kau.Apa khabar kau?Masih usha minah alim tu lagi ke?"

"Aku baik je.Minah tu aku dah bosan la dengan dia.Dia tak nak layan aku, cari lain la beb."

"Hahaha.Aku ingat kau boleh tahan dengan dia.Eh,dengar cerita kau ade projek malam ni.Brape bro?"

"Owh.Budak-budak tu cabar aku.Aku terima la bro!RM500.Mane boleh lepas macam tu je beb!"

"Adam, kau fikir baik-baik dulu.Benda ni bahaya.Membahayakan nyawa kau tau.Aku ni bukan apa.Aku sayang ko beb.Hidup kita masih panjang lagi.Kita baru 16 tahun."Izzudin memberi sedikit peringatan.

"Ah!tak ada apa nya.Semua akan Ok.Kau percayakan aku la Din.Aku pun sayangkan kau jugak.Hahaha."Adam menjawab sambil bergurau.Izzudin menggeleng melihat sahabatnya itu.

"Get ready guys!"gadis montel seksi itu memberi isyarat.

"Adam!"Izzudin memamggilnya.Dia mendekati Adam dan memeluknya seolah tidak ingin melepaskan sahabatnya itu.

"Woi,kau ni apa hal?Aku dah nak mula dah ni"Adam melapaskan pelukannya.

"Gud luck bro.Aku sayang kau."Adam memandang sahabatnya itu.'Maafkan aku Izzudin.Aku terpaksa sebab aku sayangkan Aisya.Kalau aku tak ambil cabaran ni,diorang akan kacau Aisya.Aku sayangkan dia.' Adam membisikkan sesuatu ke telinga Izzudin.

"Tolong aku jagakan Aisya.Aku masih sayangkan dia."Izzudin terpinga-pinga dengan ucapan sahabatnya tadi.

"GO!"Adam memecut laju meninggalkan yang lain.Dia menoleh ke belakang untuk memastikan tiada siapa yang mendahuluinya.Tiba-tiba...... 



==============

Sementara di bilik Fatimah, Aisya sedang berlawan dengan perasaannya sendiri.Lebih-lebih lagi sejak dia dan Sakinah verpindah ke sekolah lain.Tangisannya kedengaran.'Ya Allah.Maafkan hambamu yang hina ini.Bersihkan lah hatiku ini daripada menyimpan perasaan ini.Bersihkan lah mindaku daripada mengingati ida Ya Allah.Ampunkan aku Ya Allah.Sesungguhnya hanya Engkau yang Maha mendengar rintihan hambamu ini.'Aisya berdoa di dalam hati.Dia berteleku di atas sejadah kesayangnnya itu.Lama.

Sakinah mendekati sahabat kesayangannya.Dia tahu ada sesuatu yang dipendamnya sejak akhir-akhir ini.Emosi Aisya juga kurang stabil.Dia risaukannya.

"Sya,are you ok?ada apa yang Ina boleh bantu?"Aisya berpaling.Matanya merah.Segera dia memeluk sahabatnya sambil menagis teresak-esak di bahu Sakinah."

"Sya.Kenapa ni.Sya, Ina akan sentiasa ada di sisi Sya.Kadang-kadang ada perkara yang perlu kita luahkan kat seseoarng Sya.Baru lega perasaan tu.Ina sedia mendengar Sya."

"Ina.Sya rindu.Tolong Sya.Sya tak suka perasaan ini.Dah lama Sya simpan dan sekarang Sya dah tak kuat."Aku kembali menangis di bahunya.

"Sya.Maafkan Ina kalau selama ini Ina kurang perhatian kat Sya.Ada apa ni Sya.Cerita kat Ina, mana tahu Ina boleh bantu."
Aku menceritakan segala-galanya kepada Ina.Hanya tangisan mengiringi ceritaku.Aku benar-benar rindukan gurauannya.

"Aisya, kenapa dipendam sorang-sorang.Ina kan ada.Ina rasa Sya dah jatuh cinta dengan dia kan.Tapi Sya nafikannya."

"Ina.Sya tak tahu.Sya rindukan dia.Tapi Sya rasa berdosa sebab perasaan Sya kat dia."

"Sya.Setiap insan dikurniakan perasaan cinta.Cinta itu anugerah dari Allah.Kalau Sya menafikan macam ni,Sya juga yang sakit.Sya harus sabar.Kalu dia jodoh Sya, dia akan kembali pada Sya."
Jawapan Ina sedikit sebanyak menenagkan hatiku. 



*bersambung:mohon komen2 membina dripda kalian.terima kasih

No comments:

Post a Comment