last but not least

bismillahirrahmanirrahim
sollualannabi.

esok akn berangkatnya daku ke dunia seorang pelajar. balik hostel maa.. akan bersawanglah sebentar belog ini. moga apa yang dikarang sebelum ini mampu memberi sebijik due kata bermakna buat silent readers sekalian. saham akhirat jugak ni.

tak tau nak taip apa. perasaan tengah berkecamuk.berserabut sekarang. ujian datang tiba-tiba. tak bagi salam pun -,-
Allah. rasa macam nak menangis, melalak, menjerit semua ada ni. tapi atyn masih normal. tak minat nak buat semua tu.

berat rasa ujian Allah bagi. sesak nafas jadinya. tengah-tengah tension tadi fikir masalah yg membelenggu, ternampak buku 'khutbah Rasulullah' kat atas katil. teringan kat baginda. teringat perjuangan baginda. dakwah baginda. Allahu. jauh sangat nak dibandingkan dengan diri ni. baru Allah sentuh sikit dah goyang nak jatuh. 

Nabi dulu Allah uji lagi kuat. Allah tarik insan yang dia sayang. ni, Allah baru uji dengan jauhkan atyn dengan dia. dah rasa gelap dunia. teruk kan. sape tak sedih bile orang yang paling kita rapat, paling kita sayang, tiba-tiba kena uji, ramai tak suka atyn kawan ngan dia. cakap yang tak elok pasal dia. padahal kita lagi mengenal dia dari yang lain. benda kecik je kan rasenye.. hati masih tak kuat lagi ni.. sebab tu Allah nak uji dengan hadirkan orang orang macam tu kan.

time rasa down ni mula lah nak cari someone yang boleh kongsi rasa ngan kita kan. contact semua.
'assalamualaikum A'
'waalaikumsalam tyn. wei, kau kol aku la..gempak la..haha.. kau tau tak aku kt mane?langkawi. syok gile pegi sini.'
'oh ye ke? bestnye. eh sorry ganngu. t aku kol len kali la.'
'okay'
hampa. 
'salam B'
'wassalam tyn.. nsib bek kau msj. ni nak cite ni..bla.bla...bla..'
'oh..gitu. hmm tape la gitu'
hampa.
'assalamualaikum C'
'waalaikumsalam tyn.'
'eh, kenapa suara lain je ni. demam ea.?'
'hmm.. demam sikit2 je.. ni sakit kepala la'
'eh, sorry kacau.rehatlah.salam.'
'okay.wssalam'
sekali lagi. hampa.

selalu dengan situasi macam ni saat saat macam ni. tak sampai hati nak cerita masalah kita pada mereka bila mana keaadaan mereka sedang bergembira, sakit and so on..
kenapa?
Allah nak hambaNya mengadu kat Dia. Dia yang setia mendengar segala rintihan hambaNya. tak kira siang mahupun malam. setiap saat dan ketika. setia mendengar keluhan hambaNya. hanya kita yang telalu buta untuk menilai cintaNya.

salam sayang,
insanbiasa

u_u

tak mampu meluah kata bicara
biar gambar meyampaikan rahsia hati
selama ini









hakikatnya

In The Name of Allah The Most Compassionate, The Most Merciful
Love our Prophet, Muhammad s.a.w.

'free burger at McD'
'buy 1 free 1'

hai.hai. semua suka dengar perkataan FREE tu kan. lagi-lagi makcik2 sekalian.haha.gurau je. pantang dengar free sana, free sini, kita semua tersenyum lebar kan. nak lah. dapat free kan.kan.kan. semua free.sekarang ni no money no talk kan..semua benda dalam dunia sekarang ni nok pitih. nak pi masuk tandas pun bebayor tau. amek kau. 30 sen sorang. tak tau la kalau sekarang dah naik rega kan. bub tu semua suka benda free kan.

cuba fikir sejenak. macam mana kalau udara kena bayar. nak hirup udara pun kena bayar.erk!boleh hidup ke macam tuh?we need air 24 hours okay. nazak.!! ramai yang dah mati la cenggitu.
tapi Allah dah bagi kat kita FREE OF CHARGE je. tak yah dok baya2 nih. nampak tak kasih sayang Dia kat situ. He love you.mata Dia bagi kat kita percuma je nak lihat dunia. jantung berdegup, semua Dia bagi free nak bagi hambaNya hidup kat dunia ni. pijak atas bumi ni pon free je tau. 
hakikatnya manusia lupa

macam-macam nikmat dah Dia bagi kat kita. takkan untuk sesaaat dua kita tak leh nak ucap Alhamdulillah. jangan jadi manusia ego sangat. hidung tinggi walaupun pendek.ngeh3. u_u
kita sentiasa buat salah. Allah bagi peluang untuk bertaubat. tapi apa yang dijawab? dibalasnya, nanti-nantilah.esok masih ada. ingat ni iklan dalam tibi ke ap? eh bro, sis, dibuatnya Allah tarik nyawa kau kejap lagi, sempat ke nak tobat? jangan ditangguh-tangguhkan perkara yang baik. dah ada niat nak taubat dah dapat satu pahala. bile dah buat, berganda-ganda pahala dapat. tak nak jugak? ucaplah astaghfirullah.. taubat tu Allah terima ke tak tu yang nombor dua. tu urusan Allah. yang penting, tugas kita, kita jalankan.kan.kan.

bile ditegur, dinasihatkan, jagan maki orang, jangan buat jahat kat orang, jangan tu, jangan ni, Allah tak suka. nabi tak ajar kita buat macam tu, 
kau sape nak ceramah aku, kau sape nak tegur aku, mak bapak aku pun tak pernah jentik aku.
-,- dapat yang macam ni, rase nak pelempang sebijik dua bagi sedaq sikit.tapi, kesabaran masih ada. tak buat kot. *peacenowar*
eh sayang, pijak ni bumi sape? kau ummat mane? kite ni saudare beb. kita tegur tak nak bagi kau kena bakaq sesorang. kita tegur nak ajak kau masuk taman syurga ramai-ramai.
kalau nak masuk neraka jangan ajak orang, nak masuk syurga jangan lah sensorang. orang tegur tanda dia sayang. 

hidup ni memerlukan bimbingan. kalau tak nak, pi dok gua sane sensorang. selfish sangat. 
setiap antara kita ni adalah pemimpin. hakikatnya kita adalah pemimpin buat diri sendiri. bimbingan tu perlu untuk pimpin diri kita. mana betul.mane yang salah. 
andai kata kalau kita tegur someone tuh, dibalas ngan caci maki, ingat dakwah Rasulullah lagi la kuat cabarannya. kena ludah. kena pinggir.kena ugut. macam -macam.
kita ni, kena ludah sikit, agak2 melenting tak.
ya.kita memang tak sesempurna Rasulullah. tapi, tak salah kan mencontohi akhlaknya menjadi lebih baik dari sebelum ni kan.
memang hakikatnya, cabaran dan dugaan tak akan pernah berhenti mengejar mereka yang inginkan syurga.
tapi, andai iman menebal dalam dada, kesudahannya, bile kita mampu melalui semua ujian tu, kita mampu tersenyum bangga. kuat aku sebenarnya. Alhamdulillah.

sesungguhnya tugas sebagai da'ie kat dunia tidak akan pernah habis sehinggalah kedua kakinya telah menginjak ke syurga.

Percaya

Bismillahirrahmanirrahim


أَشْهَدُ أَن لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ الل

“Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang sebenarnya melainkan Allah, dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu utusan Allah”.

saban hari kita mengucapkannya dalam solat 5 waktu. inilah lafaz yang paling sesuai bagi menjelaskan tuntutan iman dan islam. setiap pengakuan hendaklah didahului dengan kepercayaan, dan setiap kepercayaan hendaklah didahului dengan pengetahuan dan ilmu. jika tidak,pengakuan dan kepercayaan itu suatu pembohongan.

percaya tak pada Allah?
percaya
percaya Rasulullah?
percaya

semua percaya kalau ditanya soalan macam ni. jawapan semua sama. tapi kepercayaan tu kat mana? di hati atau di bibir semata?
 re-check balik diri kita. kepercayaan kita setakat mana?

andai kata kita dicampakkan di satu lubang besar. kosong. gelap. senyi sepi. apakah kepercayaan kita masih utuh?
andai diberi ujian, Allah tarik insan-insan yang kita sayang, insan yang rapat dengan kita. apakah kita masih percayakan qada' dan qadar Allah?
andai kata kita sering dihina, di caci maki, dibenci seluruh dunia. adakah kita masih percaya Allah masih bersama kita? Allah sayangkan hambaNya?

cakap memang senang. ya. saya percaya. cuba letakkan diri kamu dalam situasi2 genting macam tu. pertimbangan kamu apa? iman masih goyahkah?

terbaca satu artikel daripada 'whatssapp'. bekas pelajar sebuat institusi islam di malaysia*tak ingat kat mana* kejadian berlaku lebih 10 tahun yang lepas. dia ni seorang ustazah. dah kahwin dah tapi malangnya telah bercerai akibat sering di dera sang suami. dalam keadaan yang lemah dan hilang tempat pergantungan, datang seorang makhluk ni beragama kristian menghulurkan bantuan. segala makan pakai wanita ini dijaga. sambil2 itu, dia bercerita tentang agamanya. akibat tidak lagi percayakan takdir Allah terhadap ujian yang di timpa ke atasnya, wanita tadi mengambil keputusan bertukar agama. dari Islam kepada Cristian. Allahuakbar. senipis kulit bawang imannya. dan semudah abc dia menukarkan agamanya. hilang segala ilmu dan kepercayaan yang dimiliki dan dipegang selama ini hanya kerana sekecil ujian yang Allah timpakan. wanita berkenaan berkahwin dengan lelaki yang membantunya selama ini dan berpindah hidup ke US. sekarang menjadi salah satu duta bantuan dalam agama baru yang dianutinya.

hilang sudah kepercayaan terhadap agama Allah. astaghfirullah. moga kita dijauhkan daripada kejadian seperti ini.

macam mana nak renew iman kita? nak letakkan Allah dihati kita?
banyakkan membaca kitab cintaNya, al-Quran. baca pulak jangan men hentam je. tak faham apa. kalau boleh, carilah yang ada tafsir. banyak dah yang jual ada tafsir sekarang. memudahkan mereka yang membaca memahami isi-isi dan kata-kata Allah. fahami maksud yang nak Allah sampaikan.
banyakkan berzikir muhasabah diri.
insyaAllah Allah jaga iman kita.

nasihat buat kalian dan diri ini juga yang sering lalai.
semoga bermanfaat dan selamat beramal

Doa Qunut Nazilah


BISMILLAH AR RAHMAN AR RAHIM

Ya Allah. kami letakkanMu di batang leher musuh-musuh kami
dan kami berlindung denganMu dari kejahatan mereka
Ya Allah hancurkan kumpulan mereka
Ya Allah pecahkan pakatan mereka
Ya Allah leburkan pendirian mereka
Ya Allah musnahkan langkah mereka
Cengkamkan anjing-anjingMu kepada mereka
Ya Allah yang Maha Memaksa
Ya Allah yang Maha Perkasa
Ya Allah yang Maha Membalas
Ya Allahu Ya Allah
Yang tutunkan kitab
Yang gerakkan Awan
Yang tewaskan tentera ahzab
kalahkan mereka
dan kemenangan untuk kami.


*Tentera Ahzab yang disebut didalam setiap kali takbir hari Raya ialah pasukan bersekutu, pakatan diantara golongan yahudi, ahli Kitab dan pemimpin musyrikin Mekah serta Kabilah kabilah Lain di Mekah yang sentiasa berusaha untuk menghancurkan Islam dizaman tersebut.

aku ingin Pulang

In The name of Allah, The Most Compassionate, The Most Merciful
hello silent readers! n_n

'perkara yang paling jauh dari kita adalah masa silam.perkara yang paling dekat dengan kita adalah kematian'

semua manusia ada masa silam mereka. baik ataupun sebaliknya, Allah yang tahu. yang meentukan kita hari in bukan kerana masa silam kita. tapi apa yang berlaku sekarang akan membentuk diri kita pada masa hadapan. berubah sekarang, berubahlah masa depan. 

semua tahu mati itu pasti, tapi tak siapa yang sedar mati itu menghampiri. ramai yang insaf 'touch and go'sahaja. kejap je insafnya. bila dengar ceramah,tazkirah, peringatan tentang kematian,takutnya, nak taubat, nak mintak ampun. semua nak buat time tu. tapi bila habis semua tu? kembali seperti biasa. bergelumang kembali dengan noda dosa. kejap je. sebab tu Allah ciptakan antara kita untuk saling mengingatkan. saling menegur. saling mendoakan. fitrah manusia. memang selalu lupa. 

terkadang atyn terfikir, terasa macam nak kembali ke zaman yang lampau. zaman di mana semua tk mengenali diri ni. even kat kelas pon.*macamterukjebunyinye-,-* tak wujud. kejap.bajet sekarang femes.tak jugak. :p dulu-dulu. atyn suka jad pemerhati. tak banyak cakap. banyak tengok. pendiam. yes i am. tapi everything bertukar 360 lepas masuk IIC.*iicpleasebangga sikit>_<*
jumpa sahabat2 sekalian. oh bahagianya ada sahabat macam korang.Alhamdulillah. cantik aturan Allah. Allah ganti dengan yang lebih baik. now, everything we share together will be a great memories in my life.


aku sebenarnya
ingin sekali pulang
pulang kepada fitrah
di mana yang aku kenali cuma
keluarga dan Allah semata
tapi aku,
manusia hina
sering kali tersilap langkah
sering kali jatuh tersungkur
diuji permainan dunia
yang sering melupakan aku
pada pencipta yang Satu.
Allah.
aku bingung
aku buntu
hilang.tenggelam dalam dosa silam
apakah diri masih diterima
bagaimana amalanku?
berkualitkah selam ini yaAllah?
bantu aku pulang 
aku tak ingin berlama dalam dosa
kerana aku telah menyedari
setelah aku mengetahui
tentang segala sesuatu itu.
bantu aku.
fahami aku.
tolong.





the Tudung Labuh

bismillahirahmanirrahim

talking-talking about the 'tudung labuh'. yes. i am the one who wearing it. nice huh? -,- perasan kejap.haha.
 labuh itu lawa kan.kan.kan. Alhamdulillah Allah pilih atyn untuk berada di jalan ini. sekarang menjadi tugas atyn pulak untuk menyampaikan buat kalian-kalian semua^^ boleh kan. ajak mak,akak,adik, sepupu sepapat semua.(girls only) kita pi jalan yang otw ke syurga nak?

meh nak cite.

"wei, kau dulu dari sekolah agama ke?"
""ëh tak lah. aku sekolah bandar putra tu je."
öh. dah tu yang pakai tudung labuh ni apasal?"
"kenapa? tudung ni kat sekolah agama je ke?"
"selalunye kan macam tu."
"oh. sebab sekolah la ni."

selalu sangat dah soalan ni atyn dapat. dah lali dah. dari zaman sekolah sampailah masuk IPT. pelik kan pemikiran masyarakat kita. asal pakai tudung labuh je mesti dari sekolah agama. pondok ke, madrasah ke. kenapa? kalau tak masuk situ tak boleh pakai la?

Alhamdulillah ummi didik atyn pakai tudung yang menutupi bawah dada dari atyn darjah satu lagi. kalau tengok gamba sekolah time dulu-dulu. kelakar sangat. tudung atyn betul-betul bulat ummi buat.haha.. tapi, comel ap. ;)

kebaikan pakai tudung labuh?
- senang.
-aurat terjaga daripada tatapan laser mata ajnabi
-selamat.(ramai yg tak berani dekat.percayalah.(pengalaman)
-boleh buat solat
-dapat pahala
-Allah suka
-malaikat jaga
-lawa
-cun
-comel
-sejuk mata memandang :)

tudung labuh pun banyak pilihan. Islam ni kan mudah. tak semestinya kena pakai yang macam tudung sekolah tu.kalau tak nak pakai yang macam kain licin tu, pakai lah tudung apa-apa pun, bawal ke, shawl ke, half moon ke, asalkan aurat kita terjaga. 

jangan susahkan benda yang mudah k.
Allah suka kalau kita ikut perintahNya kan? yang mana wajb kita buat. yang sunat tambah-tambahkan lah. kita tak tahu amalan kita yang mana akan Allah terima kan. mungkin dengan berpakaian menutup aurat boleh jadi ibadat yang paling baik. mana tahu kan. 

ops!lagi satu. stokin jangan lupe sarung kat kaki anda yang lawa tu ye. kaki tu kan aurat kita jugak.;)