lembutnya kamu. ^^

bismillah.

today i wanna story about things happened in my life.
atyn ade kenal dengan sorang ni. dah lama kenal, tetiba ada yang menyedarkan atyn yang bagitahu dia ni nampak 'lembut'.
lembut yang macam mana tu? bukan lembut yang macam laen macam tu. lembut yang lembut lah.haha. nanti atyn explain pandangan atyn cemane ye. first, atyn nak kongsi apa yang terlintas kat fikiran bile terfikir pasal lembut ni. ia adalah antara salah satu sifat Rasulullah s.a.w.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud, “ sesiapa yang dikurniakan sifat lemah lembut nescaya ia akan memperoleh kebaikan dalam semua hal.” (riwayat muslim)
boleh dikatakan orang yang lembut ni sangat penyabar.
Lembut dan sabar bukan bererti mengalah, tapi itu adalah tanda orang yang beriman. Itu  yang diajarkan Allah kepada umat islam agar berhemah dan berlemah-lembut dalam setiap urusan.
orang yang memiliki sifat lemah-lembut adalah orang yang sangat beruntung.


daripada pemerhatian atyn la kan, and berdsarkan cerita, orang yang ada sifat lemah lembut ni,
ada yang sejak dari lahir lagi Allah bagi sifat tu dalam diri dia. tapi, ada juga sebb dia latih diri dia dan secara tak langsung sifat tu ada dalam diri dia. tahan marah actually mampu melatih diri memuuk sifat ni.
 dan memeperttimbangkan baik buruknya sesuatu perkara sebelum bertindak.


Orang yang lemah-lembut melambangkan orang yang sentiasa sabar dan tenang (tidak tergesa-gesa). 
tapi, jangan sebab kite ni lembut sangat sampaikan orang boleh pijak kepala kite atau diperbodohkan. kalau dia tegas, MasyaAllah. sangat bagus seiring dengan sifat lemah lembut tu.
orang akan pandang dia ni macam terpelihara. bak kata pepatah melayu, jinak-jinak burung merpati. mudah didekati. tapi bila nk ditangkap, ia lari.


Rasulullah adalah contoh orang yang paling lemah-lembut yang paling baik dalam pergaulan. Sesiapa yang melihat baginda dari jau akan berasa gentar tetapi sesiapa yang bercampur atau bergaul dengan baginda tentu akan menyayangi baginda disebabkan oleh sikap lemah lembut baginda.

jadi,beruntunglah mereka yang mempunyai sifat ni sebab mencontohi sifat baginda Muhammad s.a.w

TAPI KANNN..    
biasa kita dengar lemah lembut ni sinonim dengan perempuan. yang sememangnya Allah kurniakan buat mereka kan..
tapi bila lemah lembut ni kena dengan lelaki, subhanaAllah. ni pada pandangan atyn la kan, lelaki yang lemah lembut ni romantik. ^^. tak semua lelaki yang mampu tonjolkan sifat lemah lembut ni. sebab ego dia tinggi.





sweet je sebenarnya lelaki yang ada sifatRasulullah ni. n_n
atyn pulak lemah ngan manusia yang macam ni.
kenapa? hmm. ntah lah.
yang nak marah tak jadi nak marah
and jadi makin sayang la pulak kan. memang pandai ambik hati dengan sifat ni. sebab tu lah ramai yang sayang Rasulullah kan.
bile dah sayang susah la nak lepas kan. rase macam nak je ikat dia ngan kite 24 jam kan. takut orangg curi. hahaha. merepek.-,-
tapi tu lah hakikatnya apayang atyn rasa.
orang yang lemahlembut biasanya dia ikhlas dengan apa yang dia buat selagi mana benda tu mendatangkan kebaikan buat diri dia.

so, konklusinya aku sayang kamu lah. ^^


pesanan.

Bismillahirrahmanirrahim

allahummasollialasaiyyidinamuhammad.

moga pembaca sekalian berada dalam rahmat dan lindungan Allah hendaknya setiap masa dan ketika. insyaAllah.amiin.

erm..kali ni nak kongsi sikit apa yang terjumpa kat youtube. almaklumlah aku ni memang suka sangat bukak mende alah tu. macam- macam ada. hahaha.tapi ada batasnye lah kan.
video ni khas untuk pasangan yang duk ada perasaan antara satu sama laen ye.
kenape begitu? eh, suke hati akulah nak taip ape kan. haha. oke dah. stop talking alone.-,-

ni dripada pandangan prof muhaya. and bile difikir2 balik, betul jugak apa yang prof cakap ni.
so, selamat menengok and selamat beramal.
 ^___^

Umar al-Khattab

Bismillah.

terjumpa ni somewhere. terasa nak share kepada semua. moga bisa juga menyentuh hati kalian.

Pada suatu hari Rasulullah SAW berkumpul dengan para Sahabatnya, Beliau berkata pada Umar al Khattab.

Cuba ceritakan kepadaku yang boleh membuat aku tertawa dan membuat aku menangis.”

Maka Umar al Khattab pun bercerita. ”Dahulu sebelum aku mengenal Islam, aku membuat patung berhala dari manisan. Lalu aku pun menyembah patung itu.”

“Selesai menyembah berhala itu aku berasa lapar lalu pergi ke dapur, tak kudapatkan walau sedikitpun makanan lalu aku kembali ke tempat penyembahanku. Ketika itu Tak ada makanan selain tuhan sembahanku itu, akhirnya dengan rasa sesal aku pun memakan tuhan yang kusembah sebelumnya. Aku memakan berhala tersebut mulai dari kepalanya, kemudian tangannya, badannya hingga habis tak tersisa lagi.”

Mendengar cerita Umar al Khattab itu Rasulullah tertawa hingga kelihatan gigi grahamnya, Beliau pun bertanya,

”Dimana akalmu waktu Itu?”

Umar al Khattab menjawab, “Akalku memang pintar namun sembahan itu yang menyesatkan daku.”

Lalu Rasulullah SAW bertanya kepada Umar al Khattab. "Ceritakan kepadaku perkara yang boleh membuat aku menangis?"

Umar al Khattab pun bercerita. ”Dahulu aku ada seorang anak perempuan, aku ajak anak tersebut kesuatu tempat, Tiba ditempat yang aku tuju, aku mulai menggali sebuah lubang. Setiap kali tanah yang aku gali mengenai bajuku, maka anak perempuanku membersihkannya.

“Dia tidak mengetahui sesungguhnya lubang yang aku gali adalah untuk menguburnya hidup-hidup, untuk persembahan berhala. Selesai menggali lubang, aku melempar anak perempuanku kedalam lubang. Dia menangis kuat sambil menatap wajahku. Masih terngiang wajah anakku yang masih tidak mengerti apa yang dilakukan ayahnya sendiri dari bawah lubang."

Mendengar cerita itu maka menitis air mata Rasulullah SAW…

(petikan dari Kisah-Kisah Islam Syeikh Mustafa Shadiq Rafi, Syeikh Ali al Thonthowi dan Syeikh Muhibuddin Al Khotib)

___________________________________________________________
Kisah di atas adalah cerita Umar Al-Khattab sebelum zaman keislamannya. Selepas memeluk Islam, beliau menjadi salah seorang sahabat Rasulullah yang dimuliakan Allah kerana perjuangannya menegakkan Islam dan dijamin masuk syurga.


Sekarang lihat diri anda. 


Adakah anda seorang pelaku dosa? Pada masa yang sama, tanyakan diri anda, "adakah diriku masih bernyawa?". Jangan sia-siakan nyawa tersebut, Gunakan untuk bertaubat. Sedangkan Umar al Khattab yang pernah dahulunya sembah berhala pun boleh masuk syurga setelah bertaubat. Jangan putus asa dengan rahmat Allah. Sesungguhnya, Allah sangat menyayangi dirimu <3
kerana dirimu begitu berharga.

back.

bismillahirrahmanirrrahim..

actually, tak tau nak start balik menghidupkan balik blog ni cemane. lameee sgt tak hupdate.kan.kan.kan.
btw, salam sejahtera.
apa khabar iman,
apa khabar amal,
moga sentiasa terjaga hendaknya.
insyaAllah. amiin,

sekarang ni dalam mood exam. so, memang tak best la cerita dia ni kan.
sape suke exam? ce angkat tangn sikit.. tak nmpak pun. memang tak nmpak pun. ini cuma banyangn sahaja. haha. baguih betoi sapayang suka exam tu kan.. ish3. baguih.baguih.
moga cemerlang lah noo..

act. exam ni kalau kite nilai dedalam kan, macam ujian. eh. memang ujian pon. nak uji sejauh mana yang kite dah belajaq kan. sejauh mana pencapaian kita sepanjang kite belajaq kan. dapat result, haa. banyak tu lah yang kita belajar selama ni.
tapi, kalau hang pi blajaq, niat semata-mata exam nak dapat markah tinggi, pointer tinggi, nak tunjuk kat kengkawan yang hang tu pandai,
sebanaqnye la kan, hang tak blajaq ape-ape pun. cuma pandai dalam exam je.
realiti, ce tanye balik pas due tiga hari exam, ap yg blaja first2 masuk kelas dulu,
mesti dah tak ingt dah. sebab? niat. niat nak blajaq tu lain. lain la yang dapat.
ce pasang niat balik. nak blajar ni sebab nak timba ilmu Allah yang sangat luas. nak amalkan. biar bermanfaat suatu hari nnti. insyaAllah. dengan kuasa Allah, apa yang kita belajar, akan lekat dalam diri kita sampai bila-bila.

okay. dah lari tajuk. nk cerite pasal ujian sebenaqnye ni. exam, peksa, ujian. same macm hidup kite gak an.
mesti selalu dengar or terbace yang hidup ni memang akan ada ujian kan. tanda Allah sayang.
ce bayangkan. hidup korang same je hari-hari. tak ada ujian langsung. seronok ke?
dengan ujian yang Allah berikan ni lah yang bagi warna kat hidup kite. tak kesah la warne pelangi ke, warna cat ke, warna warni ke, better dari hitam putih. tapi tu pun warne jugak tau.
bile kene uji, baru lah kite akan explore apa erti hidup kita ni.

ada yang kata tak kuat lah. tak patut Allah uji dia macam ni, macam tu,
padahal Allah dah bagitau dalam al-quran.
haa. pi bukak sekarang kalau nak tau. at least dapat jugak pahala pegang, tengok quran tu kan.
ni nak baca al-quran, masyaAllah, lagi besar pahala dia.
bukak surah al-baqarah. ayat 286.
selamat membaca dan memahaminya.
tak faham? boleh tanya kan. tambah ilmu,
masyaAllah. moga Allah redha.
doakan patik yang nak pi exam minggu depan ni. lagi due paper.
terima kasih kalian.
hanya Allah yang mampu membalasnya, 

semalam punya cerita

Bismillahirrahmanirrahim


060214
taman layang-layang



balik dari kelas. jam 1615 pm atyn pergi taman layang layang kat kepong.
tiba-tiba terdetik kat hati nak pergi sini.
sampai je sini, cari port yang paling best skali. 
menghadap tasik. 
waktu tu pulak dah petang, nampak matahari
SubhanaAllah. cantik sangat. tegok matahari terbenam
rasa macam tak nak berkelip je mata ni tengok ciptaan Allah. 
lawa sangat.
terlupa kejap masalah yang melanda diri.
pergi sini pun just nak tenangkan fikiran. 
nak tengok ciptaan Allah.
asyik duk menhgadap yang manusia cipta je kan hari2.

time ni hati rasa tenang sangat. tambah dengan zikir lagi.
' dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang' ;)

masalah tak akan pernah selesai kan.
bahkan mungkin setiap hari ada je masalah baru.
yang ni buat perangai la
esemen tak siap lagi la
yang tu tak hanta lagi la.
kan.kan.kann.

nak balik, jalan jem.
so, atyn solat dekat tepi tasik tu. subhanAllah, Allahuakbar.
tenang sangat rasa bila wajah ni mencium bumi. 
terbayang waktu dalam alam kubur nanti. bila wajah mencecah tanah. agaknya macam ni lah rasanya,

tapi seronok sangat solat ats rumput. 
rasa real sangat berbanding atas sejadah.
try la..
sangat best..
Alhamdulillah.

k la. tu je nak story mory..
next time, lain cerita ^^

coz i am a lady

bismillah


coz i am a lady
please treat me well
coz i am a lady
please respect me
as you respect ur mom
coz i am a lady
im trying to stand by you
coz i am a lady
i love you 



mood: bercelaru
im not begging you for the thing that you cannot do. 
i just need you to try understand me as im trying too
aku hanya pinta kamu masa untuk mendengar
mendengar segala apa yang aku pendam selama ini
mungkin aku tak pandai bermain kata
tapi dalam gurau dan senda
aku selitkan apa bicara hatiku

aku kini cuba keraskan hati
sekerasnya batu di pinggiran pantai
mengharap ada yang sudi menyapa
walaupun tahu ia tak mungkin
akan berganjak
walaupun seinci
namun
kehadirannya sudah cukup mampu 
membuatkan nya gembira
tidak terkata.
mungkin tidak melalui kata-kata
tapi melalui tingkah lakunya.

.mengarut.

.

bismillah
salam dan selawat ats as junjungan mulia, Muhammad s.a.w


kerana dia seorang wanita
kau perlekehkan
kerana dia seorang gadis
kau pandang sebelah mata
kerana dia seorang perempuan
perasaannya kau abaikan
kerana bagi kau
wanita hanya takhlukan lelaki
kerana bagi kau
mereka wajib patuh apa katamu
kerana bagi kau
mereka lemah.

kau lupa satu perkara
nabi sangat mengagunggkan kedudukan wanita
sangat menghormati seorang gadis
bahkan berlembut dengan perempuan.

maka, apakah kau mengaku umatnya 
sedangkan wanita itu kau 
perlekehkan?